"Nuriz.. busy ke?" panggil Kak Hani.
Tangannya yang tadi sibuk menyiapkan interim payment untuk projek pembangunan di Melaka itu terhenti seketika. Kak Hani sedang tersenyum. Kak Hani tu receptionist firma tempat dia berkerja sekarang. Cantik orangnya walaupun dah beranak tiga.
"Tak da la busy sangat.. nak siapkan interim ni cepat-cepat.. pastu boleh la hantar terus dekat En. Idrus.. kenapa kak?"jawab Hadhira. Air mineral di atas meja diambilnya. Dahaga. Punyalah semangat nak siapkan kerja sampai terlupa nak minum.
"Malam kang pukul 8.30.. kitorang nak makan kat Seoul Garden OU.. sempena birthday Jerry.. Nuriz nak join sekali tak?" tanya Kak Hani.
Nuriz. Kadang-kadang tu dia rasa janggal gila bila orang panggil dia Nuriz walaupun Nuriz tu sebenarnya nama dia jugak. Sebab sebelum-sebelum ni baik di sekolah mahupun di kolej, semua orang akan memanggilnya Dhir.. tapi ni semua sejak En. Adri la yang memperkenalkannya sebagai Nuriz ketika dia mula-mula bekerja di sini. Habis sangkut satu pejabat memanggilnya dengan gelaran Nuriz.
"Seoul Garden kak?? Woooow.. lama dah tak makan ni! Boleh jugak..""Pukul 8.30. Sharp. Bak kata En. Ahmad.."
En. Ahmad tu Senior QS di situ. Muka memang nampak garang, siap dengan misai lebat dia tu. Mula-mula masuk firm ni, Hadhira memang paling takutkan dia la.. tapi bila lama-lama dah kenal, baru dia faham yang En. Ahmad tu baik orangnya. Selalu jugakla dia tolong Hadhira yang kadang-kadang clueless ni. Ngeee.
"Okay kak. Set!"
Tangannya pantas menaip kembali interim payment itu. Mahu cepat siap. Bila cepat siap boleh la cepat hantar dekat En. Idrus untuk proses penyemakkan dan tanda tangan.
...
"Ya Allah... kenyangnya. Alhamdulilah!" jerit hatinya. Dah lama benar tak makan kat Seoul Garden. Kali terakhir masa dia datang sini pun dengan Nadiah tiga tahun lepas. Masa tu dia ingat lagi yang Nadiah mengkhabarkan berita menggemparkan, hampir membuatkan dia tidak bernafas buat seketika.
"Saya nak kahwin. Dengan senior saya kat UIA" beritahu Nadiah ketika dia sedang membalikkan daging di atas periuk itu.
"Ahh-ha" masih lagi ralit membalikkan daging-daging di atas periuk. Dah lama tak makan ni.
"Nur'iz Hadhira.. saya ni nak kahwin" Sabar Nadiah menyampaikan berita itu."Ye ye.. so siapa nak kahwin? Mak ucu awak tu eh?" tanya Hadhira. Air Oren dihirupnya. Sekarang matanya memang dah 100% fokus ke arah Nadiah yang memakai tudung biru lembut itu.
"Saya. Nurul Nadiah.. kawan baik awak ni"
Mata Hadhira dibesarkan.
"You heard me dear.." ujar Nadiah..
'Ye ye saya dengar' bisik hati Hadhira serentak dengan itu bunyi garfu melantun dari tangannya ke meja. Terkejut punya pasal.
Dia hanya mampu tergelak ketika itu. Speechless. Nak kata apa lagi kan? Memang tak disangka-sangka. Tak pernah nak khabar kata feeling meeling apa tup-tup kata dah nak kahwin.
"I. Am. Serious" ujar Nadiah satu-satu.
Diam. Masa tu memang air mata dah bertakung dah. Menangis sebab gembira ke atau sedih pun tatahu tapi for sure masa tu dia ingat lagi mereka berdua menangis sama-sama selepas keluar je dari Seoul Garden. Nangis dalam kereta. Sama-sama. Sumpah lawak bila ingat balik.
Hadhira tersenyum. Kalau ikutkan sekarang dia rasa dia menangis dulu tu mungkin sebab tumpang gembira kut. Yella kawan baik tiba-tiba Allah dah bagi jodoh dulu kan. Tapi dalam masa yang sama dia ingat lagi dia risau gila kalau Nadiah ini akan lupakan dia tapi Alhamdulilah sampai sekarang pun mereka masih lagi bersama walaupun Nadiah sendiri dah ada anak seorang. Aku je yang solo sorang-sorang sekarang. Hadhira tersenyum. Alahai Hadhira, dalam jalan-jalan dalam Mall pun kau boleh buat sesi pandang balik zaman dulu-dulu ey?
Matanya menangkap kedai CD di hadapannya. Nice. Boleh cari CD baru untuk dipasangkan dalam kereta. Dah bosan dah dengar lagu-lagu yang dah berzaman dalam simpanan dia tu. Lagu zaman-zaman kegemilangan The Corrs.. Michelle Branch..Vanessa Carlton..
Kakinya berhenti di hadapan CD-CD lagu Inggeris.
Britney Spears. Lirik entah apa-apa. Not approved.Bruno Mars. Nanti kang overdosed dengan gula sangat. Not approved.
Justin Bieber. Too young? Not approved.
Jessi...
Tiba-tiba ada sepasang pasangan yang melintas dihadapannya. Matanya mengikut arah pasangan itu ke kaunter pembayaran. Perempuan yang sedang membayar di kaunter itu sedang tersenyum sambil bercakap-cakap dengan pasangannya itu. Lover. Hatinya berdetik.
Macam kenal.Matanya masih lagi leka mengikut pasangan itu.. akhir sekali satu nama keluar dari kepalanya..
Kak Nia dengan Hazrul!Sejak bila? Fikirannya mula pantas memikir. Hazrul? Dengan Kak Nia? Fikirannya teringatkan kisah dua bulan lepas.
"Dhir sukalah Arul tu Kak Nia" pancake yang sedang digoreng di atas kuali dipusingkannya. Jo yang duduk atas stool tu hanya tersengih. Rahsia yang bukan rahsia lagi. Dengan Jo mana ada yang boleh disorokkan. Jo tu sebijik spesies Dr. Cal Lightman dalam cerita Lie To Me. Tak boleh nak berahsia sikit.. Memang mimpi siang la kalau nak tipu dia. Dia mesti akan dapat detect.
"Kenapa? Dari Arul baik amek Hadif. Hadif lagi handsome, kaya plak tu sesuai la dengan Dhir.."ujar Kak Nia.
"Hadif poyo" kata Nia dengan Jo serentak.
"Kak Nia nak tahu tak? Sebenarnya Arul la orang pertama yang Dhir berjaya suka tahu? Bukan senang nak timbus hati batu ni.." sambung Jo lagi. Mata Hadhira mencerun. Apa ni kawan?
"Arul tu selalu tolong kitorang. Memang sesuaila buat calon. Ingat nak propose dia la kalau tak ada orang masuk meminang Dhir lepas ni" kata Dhir. Matanya masa tu memang dah glowing sangat-sangat dah.Mukanya yang memang putih merah itu lagi terserlah kemerahan. CD yang patutnya ditengoknya ditinggalkan tepi. Dia rasa malu tiba-tiba. Kalaulah Kak Nia dengan Arul memang betul-betul bercinta.. mana dia nak letak mukanya ni. Dah terus terang mengaku sukakan Arul.. tapi..
Kenapa Kak Nia tak cakap awal-awal Kak Nia?
Malu la Dhir sorang-sorang macam ni.
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomanceLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...