Ezzaq memandang kawannya, Alia yang sedang menulis di kaunter depan ward Kenanga itu. Ada dua tiga orang jururawat sedang bertugas di situ. Dia berjalan ke arah mereka. Jam di tangan dah menunjukkan pukul 5.10 petang, shiftnya sudah tamat. Imej katil sudah bermain di kepala. Nak qada' tidur. Kalau boleh mahu saja dia terbang balik, penatnya YA ALLAH. Nasib baik hari ni tak da on-call, tunggu hari minggu pulak. Wuh wuh wuh. Semangat oh semangat.
"Kau masuk?" tanya Ezzaq kepada Alia. Alia hanya mengangguk sambil tersenyum simpul. Apahal pulak cik kak ni?
"Kenapa?" tanya Ezzaq lagi. Pelik. Alia ni spesies Hadhira jugak, spesies jarang senyum. Ni boleh plak senyum kambing kat sini. Ezzaq melihat dirinya atas bawah. Baju smart. Tali leher jerut okay je.. lab coat putih berseri tanpa sebarang darah atau muntah. So what's the problem now, Dr. Alia?
Alia ulang tayang posture tayang gigi dia. Pen yang dipegangnya ditunjukkan ke arah sejambak besar bunga ros pink yang duduk elok di atas bangku yang disediakan itu. Elok pulak duduk elok sebelah Ezzaq.
Ezzaq mengangguk.
"Patient mana ni?" tanya Ezzaq. Hari-hari dia tengok pesakit-pesakit di sini dapat bunga atau buah-buahan dari orang yang datang menziarah. Tapi kali ni macam pelik pulak bila bunga tu masih berada di kaunter lagi dari berada di sisi pesakit.. dan tambahan pulak saiznya kali ni lebih besar dari selalu.
Alia mengangkat bahu.
"First time aku nampak laki dapat bunga weii.. warna pink lagi.. hui hui hui.. eh alamak! Aku dah lambat aku nak round ward dulu," kata Alia lalu pergi dengan sisa senyuman yang tidak lekang lagi.
Ezzaq hanya mengangguk walaupun dia masih tak faham apa yang Alia cuba sampaikan. Mimpi apa cik Alia ni hari ni?
"Doc tak balik lagi?" tanya seorang jururawat di situ.
"Dah nak balik ni. Isi ni kejap," jawab Ezzaq. Tangannya ligat menulis. Mahu cepat pulang. Misinya hari ni nak ke bazar Ramadhan.. mahu membeli juadah berbuka.
Done.
Pennya ditekan dan dimasukkan ke dalam lab coat. Kakinya bergerak ke arah pintu ward Kenanga tapi sebelum sempat dia bergerak sepuluh langkah dia dipanggil balik oleh misi yang sedang bertugas itu."Doc ni jangan lupa pulak," kata jururawat itu.
Ezzaq mengerutkan dahi. Seingat-ingatnya dia tidak lupakan apa-apa. Semua benda dah siap. Dia terus berpaling ke belakang. Matanya dibesarkan. Apa kes? Betapa terkejutnya dia bila melihat jururawat itu mengangkat jambangan bunga ros pink itu kepadanya.
"Huh?" takkan nurse ni nak suruh dia buat special delivery kat patient kut?
"Ni doc punya. Tadi ada delivery," terang jururawat muda itu sambil tersenyum menunjukkan lesung pipit di kanan mukanya itu.
"Saya?"
"Dr. Firas kan?" tanya jururawat itu lagi. Ada Dr. Firas lain ke?
"Bertuah ye doc," sambung jururawat itu sebelum berlalu pergi.
Lambat-lambat Ezzaq mengambil jambangan itu. Hidden camera ke apa ni? Aiyoo. Siapa pulak spesies luar alam nak bagi bunga kat aku ni? Dalam fikirannya mula mencari idea siapakah gerangan yang bertuah sangat menghantar bunga ini kepadanya. Matanya jatuh ke arah bunga-bunga pink yang rasa-rasanya lebih dari 20 tangkai ini.
Pink roses.
Pink.
Memang tak lain tak bukan.. pastinya si hoodies pink.
"First time aku nampak laki dapat bunga weii.. warna pink lagi.."
"Bertuah ye doc.."
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomanceLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...