Bab 38

2.1K 180 4
                                    

"Kalau awak dah suka, just telling him. Don't let him in the dark." kata Nadiah semalam sebelum dia pulang.

"Si hoodies pink, did you ever, ever, loved me?"

Suka? Hadhira angguk. Mestilah suka. Kalau tak dia tak akan terima langsung pinangan dari Ezzaq. Kalau tak suka tak adanya dia nak pening kepala tak boleh fokus bila Ezzaq tiba-tiba diam. Kalau tak suka, tak adalah hatinya girang bila tengok garis senyuman terpancar di wajah lelaki mata sepet itu.

Cinta? Dia dah mula bingung.. dia sayangkan lelaki tu. Itu dia pasti.

Just telling him. Don't let him in the dark.

Hadhira bingung. Macam mana? Kekuatan dalam dirinya dikumpulkan.

I can do it. Saya kan Nur'iz Hadhira!

"Ezzaq!" kata Hadhira. Tangannya digenggamkan. Kasi semangat sikit dekat diri.

Ezzaq yang dah jumpa tie ditangannya mengadap si hoodies pink sekali lagi. Terkejut dipanggil sebegitu dengan Hadhira. Bunyi macam nak declare war je dengan dia. Agak-agaknya ni dia nak tanya apa pulak. Cheesecake, semalam dah tanya. Sekarang nak suruh pilih air kegemaran pulak ka? Kalau betul la dia tanya air kegemaran, memang aku ambik notepad atas meja tu dan terus listkan. Bukan setakat air kegemaran je, makanan kegemaran, warna kegemaran, alamat, hobi semuanya aku letak. Buat macam biodata.

"I.. YOU.." kata Hadhira tergagap-gagap. Mahu je dia lari menyorok belakang almari. Tak reti. Nak menangis boleh.

Ezzaq menaikkan kening. Alahai.. apa hal ni? Hadhira, what's wrong with you?

"I.. love.. err I'd love you to help you with the tie!" kata Hadhira. Terus dia mengambil tie dari tangan Ezzaq. Kan? Kekuatan tu tak pernah ada.

Ezzaq bingung. Hadhira ni kenapa? Pelik semacam. Kalau selalu, nak kena suruh dulu baru dia nak buat.. tup tup kali ni siap sukarela je nak pakaikan tali leher. Awak mimpi apa malam tadi ni? Tak pon baru tengok 2012, kut-kut la insaf sikit lepas tu. Si hoodies pink oh si hoodies pink!

"Awak, tak siap lagi ke?" tanya Ezzaq. Dah nak dekat lima minit dah ni. Ingat senang ke nak lawan perasaan duduk dekat-dekat ni.

"Huh?" tanya Hadhira. Aiii berangan lagi..

Ezzaq menurunkan fokus matanya. Tie yang dipegang Hadhira masih lagi belum terikat di leher kemejanya.. Huh?

"Dah lupa macam mana.. nak.."

Ezzaq terus ketawa. Sumpah si hoodies pink ni buat lawak antarabangsa pulak hari ni. Nasib baik si hoodies pink, kalau orang lain, memang dah lama dah dia kasi flying kick, ada ke buat lawak-nak-pakaikan-tie-tapi-tak-pandai pagi-pagi ni. Dah la dah lewat ni. Kut nanti Hafiz dah tunggu kat depan tu, kesian pulak.

"Dah tu tadi nak sangat, ingatkan macam dah pro la." kata Ezzaq. Betul la. Masa dia Hadhira tanya ja tadi, memang dia ingatkan dah jadi pro dah.. alih-alih...

"Okaylah.. cakap la apa yang awak nak cakap. Malas nak layan,"

"Merajuk la tu."

Hadhira terus menyambar beg tangan atas katil. Kan? Benda lain yang nak buat, benda lain yang jadi. Tak bolehkah kalau tak luahkan perasaan kita kat orang tu, just tunjukkan saja yang kita sayangkan dia. Tak bolehkah?

Sebelum dia keluar bilik, terus dia menyambar tangan Ezzaq. Salam dan berlalu keluar dengan cepat. Kalau duduk je dalam bilik tu, sah-sah kena gula dengan Ezzaq. Tak sanggup wooo. Malu kaum kerabat. Ego dah macam tertoreh dengan pedang samurai dah ni.

Sebaliknya Ezzaq yang sudah memakai tienya itu pula terkejut dengan sikap Hadhira yang sangat tiba-tiba. Sah-sah si hoodies pink ni dah mimpi malam tadi.

COMPLETED - Si Hoodies PinkWhere stories live. Discover now