Barang-barang studio dicampaknya di koridor lab sains. Kedebam. Bunyi T-Square dan Bazooka akibat bersentuhan dengan lantai simen koridor tersebut. Hadhira terus terduduk. Air matanya yang ditahan sejak dari studio tadi dilepaskan. Sungguh dia rasa terbeban sangat belajar benda yang dia tak minat ini.
"Apa yang awak try nak buat sekarang ni Hadhira?"tanya Encik Anuar. Studio master studionya. Lelaki itu lelaki garang..dan sinis.
Garang itu dia tak kisah sangat kerana abah lebih garang daripada itu tapi bila part sinis tu.. oh Ya ALLAH kenapa la rasa down sangat. Rasa loser gila. Dia tak kuat dan pandai macam rakan-rakan sekelasnya yang lain.
"Kalau awak buat macam ni Hadhira.. awak tahu tak apa yang saya nak rekomenkan kat awak? Awak quit je study and kerja kilang. Awak tak berani Hadhira.. bidang ni hanya untuk orang yang berani dan kuat. Apa awak expect lembut dan penakut macam ni awak boleh survive nanti bila dah kerja?? You're absolutely at the wrong place. Wrong course.."
Kata-kata Encik Anuar masih lagi segar dalam benak kepalanya. Masa tu mahu saja dia menjawab 'WHAT CAN I DO!! Abah yang paksa saya!!' tapi dia sedar itu lagi menampakkan dia ini seorang yang pengecut, tak berani nak mencapai impian sendiri. Bagaikan si lalang yang hanya mengikut sang angin.
Air mata merembes keluar lagi. Esakannya yang tadinya perlahan mulai rancak. Malu rasanya bila ditengking sedemikian di hadapan rakan-rakan walaupun dia berjaya membuat muka tanpa riak ketika di studio tadi. Dia hanya mampu tersenyum bila Jo datang menghampiri dan cuba memujuknya tapi yang sebenarnya hanya Tuhan saja yang tahu apa yang di dalam hatinya.
"Errr miss.. are you okay?"
Hadhira mengangkat mukanya dari lutut. Seorang lelaki tersenyum di hadapannya. Tangan kirinya memegang lab coat. Ahhh mesti dari lab ni. Tangan Hadhira terus mencapai beg Tote-nya. Mencari tisu. Ya ALLAH, malunya menangis macam nie.
"Ahh mana dia plak ni?"tingkahnya. Tangannya masih sibuk mencari tisu.
"Here.." lelaki itu menyerahkan sapu tangannya.
'Eee mamat ni mushy semacam je. Apa dia ingat ni soap opera ke?'gumamnya di dalam hati.
"Jangan risau it's clean and clear. Tak pernah guna.."
"Err it's okay.. but.. okay...errr.. thanks" tangannya mencapai juga sapu tangan biru itu. Ada inital AFEAH dijahit di atasnya. Ngeeee.. nama macam perempuan.
"Kenapa menangis?" riak concern ada diwajah chinese-look lelaki itu.
Hadhira geleng kepala. Rasa macam tak sesuai je nak buat curahan hati dengan stranger. Lagipun Ma ada pesan sejak kecil lagi yang jangan percaya orang yang kita tak kenal. Agaknya sekarang pun boleh apply lagi kan teori dan amanat Ma tu?
"LIFE? LOVE? STUDY? FAMILY? Pick one." lelaki itu memandangnya dan terus duduk sedepa darinya.
'Haish dia ni tak nak kalah langsung!' bingkas hatinya.
Tapi bila kembali teringat apa yang terjadi di studio tadi air matanya terus merembes keluar lagi tanpa dipaksa-paksa. Serentak dengan itu semua cerita yang berlaku diceritakannya kepada si stranger seorang ni. Dari peristiwa kena paksa oleh abah sampaikan apa yang telah berlaku hari ni. Si stranger hanya mengangguk dan mencelah bila perlu. Sumpah sebijik perangai macam Nadiah. Pendengar yang baik.. 2 thumbs up!
Air matanya dilap lagi.
Nasib kau lah stranger terpaksa dengar cerita bosan aku ni di petang hari. Aiyooo malu malu malu. Lepas ni harap-harap kita tak berjumpa lagi la ye inche stranger! Saya malu...
"Nah!" sebatang Lolipop diserahkan kepada Hadhira. Hadhira membulatkan matanya.
"Saya ada adik perempuan.. kalau dia menangis je, sedih, etc.. saya tutup je mulut dia guna aiskrim tapi memandangkan saya tak ada aiskrim sekarang .. maka apa kata kita ganti dengan something sweet.. macam Lolipop walaupun sebenarnya jujur saya cakap yang Lolipop je ada dalam bag doraemon ni" kata lelaki itu lelaki sambil tersenyum.
Smiling eyes. Mr. Smiling Eyes. Bisik hati Hadhira.
"Thank you.. sedikit sebanyak dapat la comfortkan saya.."kata Hadhira perlahan. Apa nak jadi ni Nur'iz Hadhira. Tak pernah-pernah cakap dengan lelaki.. tup-tup terus memuji mata anak teruna orang ni. Haip haip.
"No big deal.. it comforts me too.."
"Btw.. sorry for being rude.. kita pernah berjumpa ke?"tanya Hadhira. Melihat lelaki itu buat pertama kali tadi membuatkan dia rasa macam pernah berjumpa tapi di mana ye?
"People all the time cakap saya macam Nicholas Tse.."kata lelaki itu sambil tersenyum.Hadhira mencebir. Nicholas Tse? Err Nicholas Tse tu sumpah sangat different dari lelaki ni. Lelaki ni memanglah nampak chinese-look tapi dia bermata bulat, dan Nicholas pulak memang lain. Lain sangat-sangat.
"Err really?.. orang cakap saya macam Cecilia Cheung" Hadhira mencebir. Tengok aku pun boleh jadi sarakastikus macam Jo jugak.
Hadhira=Cecilia Cheung. Yang ni lagi lawak. Macam langit dan bumi. Hadhira is no way akan jadi macam Cecilia Cheung. Muka pun Melayu tulen with a lil bit mix with Arab and Indo, dekat mana nak jadi chinesenya. Aduyaii.
"Sesuai sangat la tu. That makes us a beautiful couple. Nicholas-Cecilia kan married.."
Kedepap. Senyuman yang mula-mula ada di wajah Hadhira akhirnya bertukar. Lelaki itu masih lagi tersenyum.
"Lawak je la cik adik... Awak ni jenis kelam kabut tahu tak.. err got to go. Ada kelas in fifteen minutes.." lelaki itu bingkas bangun dari tempat duduknya. Tangan kanannya menunjukkan jam ditangannya tanda dia sedang mengejar masa.
"Jangan lupa untuk tersenyum tau! sebab kawan saya pernah cakap kalau terjatuh terduduk macam mana sekali pun kita tetap kena senyum. Senyum itu sedekah.. Smile, girl! Lagipun you fall 99th times.. it's okay asalkan u stand up for the 100th times.." ujar lelaki itu lagi lalu membengkokkan badan mengambil beg galasnya yang diletakkan di koridor tadi lalu berjalan ke arah lab hadapan.
Sebelum sempat dia membelok ke arah kanan, lelaki itu berpaling kembali.
"Btw, my name is Ezzaq. Nice meeting you girl!" jerit lelaki itu lalu hilang di pandangan Hadhira.
Hadhira masih lagi menyandar di dinding koridor. Entah kenapa dia rasa lega sungguh bila dapat meluahkan masalah. Walaupun masalahnya itu diluahkan kepada seorang yang dia tak kenal langsung.."Jangan lupa untuk tersenyum tau! sebab kawan saya pernah cakap kalau terjatuh terduduk macam mana sekali pun kita tetap kena senyum. Senyum itu sedekah.. Smile, girl! Lagipun you fall 99th times.. it's okay asalkan u stand up for the 100th times.."
Serentak dengan itu senyuman terukir di wajahnya.Talking to stranger is not a bad idea.. at all!
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomanceLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...