Jo tersengih bila melihat muka Hadhira yang sudah siap bersolek itu. Inilah pertama kalinya dia melihat Hadhira disolek. Lain benar dari selalu. Dah macam baby doll dah dia tengok. Dengan mata bulat yang kadang-kadang tu selalu digunakan untuk meminta simpati. Dia terus tergelak..
"Kau gelak apasal?" tanya Hadhira. Ya Allah beratnya benda-benda alah atas kepala ni. Berat juga bulu mata palsu ni. Boleh tertidur aku macam ni.. padan sangat la semalam tak cukup tidur nak siapkan hantaran kawen. Kawen express lagi..
"Muka banyak cantik lorrrr..." Memang cantik pun. Sumpah tak tipu. Cuma dia tak biasa saja sebab Hadhira ni mana pernah pakai mekap pun seumur hidup dia. Even keluar pergi jalan-jalan pun dia bare face je.
"Nak kutuk la tu?"
"Serious..ni!"
"Macam la tak biasa tengok aku pakai mekap"
"Elleh bila masa kau pakai?" tanya Jo. Kepalanya mula ligat berpikir bilakah yang Hadhira ni pernah sekali pakai full mekap. Tak pernah kut. Enam tahun diorang berkawan.. sumpah sekali pon tak pernah tengok.
"Dulu masa dinner.."
"Dinner tu kau pakai bedak dengan celak je okay.."
"Serious ke muka aku pelik?"
"Cantik.. Ezzaq pasti tertawan"
"Dah lama dah Ezzaq tertawan.. masa tu cik kak ni selekeh kut dengan hood dia tu" kata suara dari luar bilik. Jo dan Hadhira berpaling.. Ya Allah Sarah dengan Aini. Rindunya zaman bilik 105!
"Mangkuk betul la.. kau balik rupanya?"kata Hadhira.
Sarah dan Aini tayang gigi. Saja ja diorang kata dekat Hadhira yang diorang tengah busy dengan klinikal sebab tu tak boleh nak balik padahal awal-awal lagi dah tempat tiket flight.
"Aku kan nak tunaikan janji aku.. Mestilah kena balik.."kata Sarah."Sungguhla aku cakap.. aku doakan dia ended up dengan mamat tu jugak.. pastu masa dia nikah je aku nak pergi kat dia senyum sinis dengan buat muka I-TELL-YOU-SO. Expression dia masa tu aku nak tangkap gambar dan bingkaikan. Serius aku cakap!"
Jo, Sarah dengan Aini tersengih. Mereka semua ingat lagi perkara lima tahun lepas di bilik 105 itu.
Hadhira je yang masih bingung. Sumpah dia tak faham drama apa yang kawan-kawan dia tengah lakonkan sekarang ni.
Jo lantas menceritakan kisah sebenar.
Hadhira terus menunjukkan buku limanya. Amboi minah ni.. dah jadi psikik apa.
"See? mulut aku masin kan?" kata Sarah..
"Kau doakan aku bahagia jugak tahu.."kata Hadhira. Sarah hanya mengangguk. Dia tumpang gembira untuk kawannya yang sorang ni. Aini pun begitu tapi tidak pulak bagi Jo. Baginya ayat terakhir Hadhira tadi macam ada something wrong somewhere.. cuma dia tatahu kenapa.
"Jom tangkap gambaq!"
Suara Aini itu membantutkan fikirannya. Dia pantas ke arah tiga kawannya yang sudah posing semacam di hadapan kamera. Rindunya kolej.
...
"Finally boleh rest!!!" jerit hati Ezzaq. Dia masuk ke dalam bilik. Mahu rehatkan badan sekejap. Dari semalam lagi badan ni tak fully rest. Ada je kerja nak kena buat tapi dalam penat-penat ni dia rasa blissfully happy. Senyum je kalau fikir..
Finally after five years.. I'm married.. to Nur'iz Hadhira Hisham.
The same girl yang aku jatuh cinta pandang pertama lima tahun lepas.
YOU ARE READING
COMPLETED - Si Hoodies Pink
RomanceLove at first sight does happen. Cuma tak semuanya berakhir dengan happy ending.. kan? Yeah cerita pertama ni cerita mengenai love at first sight. The beauty of love. Enjoy. Karakter fiksi: Hadhira - Orang panggil dia gadis dingin, choosy, spoiled...