Bab 16

2.1K 180 8
                                    


Hadhira duduk-duduk di sofa di ruang tamu rumah Jo itu.. Jo dah hilang entah ke mana. Melayani tetamu yang datang kut.. tinggalkan aku keseorangan lagi. Nak bersembang, sorang manusia pun aku tak kenal. Jam ditangan dipandangnya untuk ke 1234567890 berapa kali dah.. 'Oh di manakah Nurrania Ahmad dengan Arul ni?'

"Weh kawan apa ni? Janji nak pergi sekali?" tanpa salam greetings apa ke, Arul terus fire dia pagi tadi.. Masa tu dia on the way ke masjid untuk majlis pernikahan Jo.

"Assalamualaikum.." ucapnya. Malas nak layan.

"Hehehe. Sorry sorry. Waalaikumussalam.."

"Aku drive ni weii.. nak gi Masjid"

"Oh ye ke. Okay okay. Sorry. Kang nanti kita makan sekali kat kenduri Jo eh. Period. Thank you.. bye"

Klik. Telefon dimatikan dihujung sana.

Maka di mana kamu berdua? Mahu je dia menjerit biar semua orang dengar. Aku dah lapar ni.. kang aku makan dulu bising buat drama 'Inikah kawan?' padahal dia mai lambat bagi aku kelaparan ni dia tak pikir pulak. Gumam Hadhira.

"Auntie Dhir..!"

Mata Hadhira mencari arah suara yang memanggilnya. Alisha dengan Alina sedang berlari ke arahnya. Dia tersenyum melihat telatah dua orang kanak-kanak yang sedang berlari dengan mengangkat sekali gown putih mereka hingga menampakkan paha mereka. Alahai si comel ni!

"Kata nak bagi hadiah semalam sebab tolong masukkan telur" tanya Alina.

"Yalla. Auntie lupa.. kejap auntie tengok ada tak lagi Lollipop dalam bag auntie.."kata Hadhira sambil menyeluk beg tangannya mencari Lollipop.. selalunya memang akan ada stock.. entah sejak bila dia dah terbiasa menyimpan Lollipop dalam begnya.. seingatnya sejak zaman duduk OZ kut.. Dua batang Lollipop dikeluarkan. Nasib baik!

"Siapa nak strawberry? Siapa nak lychee?"

"Lina nak strawberry!!"

"Auntie sama je dengan uncle.. suka bagi Lollipop!"tukas Alisha.

"Huh.. I heard my name mentioned.. siapa kutuk ni?"

'Alahai.. ada je dia dimana-mana' gumam Hadhira.

Ezzaq datang ke arah mereka sambil berpimpinan dengan seorang perempuan yang nampaknya sudah berusia. Tapi walaupun dah ada kedut-kedut dimukanya tapi Hadhira pasti wanita itu pastinya cantik ketika muda dahulu.

"Tok nyang!" jerit Alina dan Alisha lalu memeluk wanita itu.

"Salam la tok nyang dulu.."nasihat wanita itu. Alina dan Alisha terus patuh.

"Opah saya. Opah ni Hadhira.." terang Ezzaq. Hadhira hanya mengangguk lalu dia berjalan ke arah wanita itu lalu menyalaminya.

"Opah dah makan dah opah?" tanya Hadhira. Berbahasa.

"Dah.. ni nak duduk dalam sekejap. Dah tua kaki sakit-sakit.." ramah wanita itu bercerita. Macam cucunya yang satu tu jugak! Hadhira membawanya ke arah sofa yang didudukinya tadi.. kesian nenek ni.. dia pun ada nenek. Nenek pun selalu lenguh-lenguh macam ni.. tak larat nak berdiri lama-lama.

"Dah makan?"tanya Ezzaq.

Hadhira mengeleng sambil bermain dengan rambut Alisha yang didandan rapi itu. Flower girl!

"La awat tak makan lagi.. pi makan dulu satgi habis.." Opah menyampuk. Hadhira hanya tersenyum.. jenis nenek aku jugak Opah ni. Kalau nenek sah-sah dia kena bantai suruh pi makan cepat-cepat.

"Jom makan sekali!" ajak Ezzaq tiba-tiba. Peluang terbaik ni sebab ada Opah! Ha ha ha. Kau guna Opah ye, Ezzaq. Ezzaq nampak mata Hadhira yang menjeling ke arahnya. Ha ha ha.

COMPLETED - Si Hoodies PinkWhere stories live. Discover now