[Yoonji POV]
Hai manusia-manusia sekalian, nama aku Min Yoonji dan aku merupakan satu-satunya anak perempuan dalam family aku. Ok riak jap😎
Tanpa membuang masa mari la kita mulakan cerita kita. Eh salah cerita aku la.
Di dalam bilik tidur aku, tengah aku sedap-sedap tido tetiba loceng jam aku dok memekak kat sebelah telinga aku yg gojes nie.
And.....nanti kejap....sejak bile lak aku ada kunci jam nie. Ni mesti keje oppa aku nie. Bertuah punye abang-_-#
Dengan penuh rasa malasnya, aku pun bangun dan mencapai jam aku di atas kabinet kecil di tepi katil aku. Tanpa melihat jam pukul berapa, aku hanya mencampak jam tersebut ke tepi.
Lantak kau la jam nak rosak ker apa. Kau dah banyak menyusahkan hidup aku😒
Dan tak lama selepas itu, satu makhluk spesis manusia lelaki sergah masuk bilik aku tanpa memberi salam.
"YAH!!! KAU TAK SIAP LAGI!! KITA DAH LAMBAT GILER NAK PEGI SEKOLAH NIE KAU TAU TAK!!" jerit oppa aku.
Ya....itulah oppa aku yang namanya Min Yoongi a.k.a mayat hidup. Mana tak nya aku panggil dia mayat hidup. Korang bayangkan abang aku kulit dia putih pucat kalah kulit aku yang cerah berseri dan gojes nie. Jeles saya dibuatnya tau.😖
"Ala....orang baru bangun la" rungut aku dengan nada malas.
Malas weyh nak pegi sekolah. Sape je rajin gi sekolah.
"Dah dah, oppa nak kau gi siap-siap cepat. Oppa tunggu kat luar dengan driver kita" pesan oppa lalu dia pon berambus dari bilik aku.
Maka selepas itu, aku pon pegi la mandi and bersiap-siap untuk ke sekolah.
Dalam beberapa minit kemudian, aku pon keluar dari rumah aku dan pabila aku melihat jam di telefon pintar aku, ternyata sekarang dah pukul 8.15 pagi.
"Kau nie lambat betul la nak bersiap. Nak pegi sekolah je pon bukan nak pegi shopping complex" bebel oppa.
Halah, Yoongi oppa nie membebel lak nasib membebel je belum ceramah lagi dia kasi kat aku.
"Biar la. Oppa tu boleh pulak datang lambat. Dah la oppa tu ketua pengawas sekolah tapi pegi sekolah lambat. Nie la contoh ketua pengawas sekolah yang berjaya" perli aku.
"Eh eh kau perli aku lak. Dah, gi masuk dalam kereta kita dah lambat sangat dah nie" kata oppa.
Aku pun masuk la dalam kereta selepas oppa aku cakap cam tu. Ceh, dah tak tahu nak balas apa la tu. Well, apa aku cakap tadi memang betul pon wahahhah.
Skip time
Dalam beberapa minit, aku dengan oppa pon tiba di sekolah kami.
Sebelum kami keluar, driver family aku membuka pintu untuk kami berdua.
"Selamat maju jaya, tuan muda dan cik muda" ucap driver kami.
Yoongi oppa ucapkan terima kasih kepadanya dan aku pulak hanya sekadar memberi senyuman aku sahaja pada driver kitaorang tu.
Bukan nak kata aku sombong tapi ayat yang pak cik driver cakap tu hampir setiap hari aku dengar setiap kali dia hantar aku dengan oppa pegi sekolah. Sampai naik bosan aku dibuatnya.
Selepas itu, kami dua beradik pon melangkah masuk ke perkarangan sekolah dengan penuh selamba.
Tapi langkah kitaorang terhenti pabila ada satu suara menegur kitaorg dari belakang.
"Hah, baru sampai adik beradik Min nie" tegur atau lebih tepat perli orang itu.
Aku dengan oppa pon menoleh ke belakang dan memandang pemilik suara yang menegur tadi.
YOU ARE READING
CRUSH [ BTS ]
Fanfiction[Slow Burn] Mengisahkan Min Yoonji iaitu satu-satunya adik perempuan kepada Min Yoongi bersahabat dengan pasangan kembar iaitu Park Jimin dan Park Jiae sejak kecil. Mereka bertiga sentiasa bersama sejak dari tadika ke sekolah menengah sehingga Yoong...