🌸Friend or Rival..?🌸
.
.
.
.
.[Bangtan High School]
Minggu persekolahan pun bermula dan murid-murid Bangtan High School mula melangkah masuk pada pagi isnin itu.
Tetapi apa yang mereka tidak tahu, sekolah mereka bakal menerima pelajar baru sekali lagi.
Yoongi pula sebagai ketua pengawas, dia ditugaskan di pagar sekolah.
"Haish, kenapa la dalam banyak-banyak budak pengawas, aku jugak yang kene jaga pagar sekolah. Tak pasal-pasal aku kene bangun pagi" rungut Yoongi.
Untuk pengetahuan anda, yang buat jadual bertugas pengawas ialah penolong pengawas sekolah iaitu tak lain dan tak bukan, Kim Taerin.
Disebabkan dari apa yang diperhatikan oleh gadis itu, hanya Yoongi seorang sahaja yang layak untuk bertugas di pagar sekolah kerana murid-murid lain sangat takut pada lelaki itu berbanding pengawas-pengawas yang lain.
Sedang Yoongi merungut berseorangan di situ, Yoonji yang baru tiba menyapa abangnya itu.
"Annyeong, oppa. Alolololo, kesian. Dah la kene bangun awal lepas tu kene bertugas kat pagar sekolah awal-awal pagi" perli Yoonji sambil tersenyum nakal pada Yoongi.
"Hish... Diam la. Gi masuk kelas sekarang" arah Yoongi. Malas hendak melayan perangai adiknya yang suka mengusik itu.
Yoonji hanya menggelakkan abangnya sambil berjalan masuk ke kawasan sekolah.
Tak lama selepas itu, murid-murid yang datang pun semakin berkurang.
Taerin pun berjalan ke arah Yoongi dengan buku laporan di tangannya.
"Hah. Sampai pun kau. Meh sini buku laporan tu" arah Yoongi.
Taerin hanya menyerahkan buku laporan itu tanpa berkata apa-apa.
"Semua murid dah masuk kelas ker? Dah check dah semua tempat, kot la ada yang melepak lagi" soal Yoongi sambil mencatat sesuatu pada buku itu.
"Dah. Saya dan budak-budak pengawas lain dah buat spot check tadi. Tak ada satu pon murid yang masih di luar kelas" jawab Taerin.
Yoongi hanya mengangguk kepalanya tanpa mengalih pandangannya dari buku laporan yang dipegangnya.
Selepas itu, tiba la seorang gadis yang berpakaian sekolah di hadapan mereka yang hanya berjalan masuk ke kawasan sekolah dengan selambanya.
Yoongi yang perasan gadis itu terus menahannya lalu menyerahkan buku yang dipegangnya pada Taerin.
"Hoi, kau tahu tak sekarang dah pukul berapa? Asal lambat giler datang sekolah hah!!??" Marah Yoongi.
Gadis itu hanya memandang Yoongi tanpa rasa takut pada lelaki itu. Malah, senyuman nakal terukir pada wajahnya.
"Hai pak cik Min Yoongi. Miss me" kata gadis itu dengan selambanya.
Taerin terkejut dan kemudian cuba menahan gelak pabila gadis itu memanggil Yoongi 'pak cik'.
Yoongi hanya menjeling pada Taerin pabila melihat gadis itu cuba menahan gelak.
YOU ARE READING
CRUSH [ BTS ]
Fanfic[Slow Burn] Mengisahkan Min Yoonji iaitu satu-satunya adik perempuan kepada Min Yoongi bersahabat dengan pasangan kembar iaitu Park Jimin dan Park Jiae sejak kecil. Mereka bertiga sentiasa bersama sejak dari tadika ke sekolah menengah sehingga Yoong...