CHAPTER SEVEN🏵️

62 7 0
                                    

🌸First Love🌸
.
.
.
.
.

Flashback

Di laman sebuah rumah agam, terdapat dua orang adik beradik yang sedang bermain sesama mereka sehingga ibu mereka datang memanggil mereka.

"Jungrin, Jungkook. Mari ke sini"

Dua orang kanak-kanak itupun berlari ke arah ibu mereka.

Tetapi mereka memandang pelik pada ibu mereka dan juga empat orang kanak-kanak di sebelah ibu mereka.

"Omma, siapa diorang?" Soal kanak-kanak perempuan itu.

Ibunya hanya tersenyum pada anak perempuannya.

"Kamu berempat, kenalkan anak-anak mak cik, Jeon Jungrin dan Jeon Jungkook" kata perempuan itu.

Keempat-empat kanak-kanak itu mengangguk kepala mereka dan mula kenalkan diri mereka kepada dua orang beradik di hadapan mereka.

"Annyeong. Nama saya Kim Namjoon. Umur saya tujuh tahun. Selamat berkenalan" kata Namjoon sambil tersenyum sehingga kelihatan lesung pipitnya.

Jungrin dan Jungkook hanya ketawa kecil pada Namjoon.

"Ehem. Nama saya Kim Taehyung dan yang kat sebelah saya nie nama dia Kim Taerin. Oh tak lupa jugak, umur kami enam tahun." kata Taehyung dengan teruja sekali sambil memeluk bahu Taerin.

Jungrin hanya tersenyum dan mengangguk kepalanya.

Kini, tinggal seorang budak lelaki yang masih belom perkenalkan dirinya.

"Seokjin-ssi, kamu ok?" Tegur Seolrin iaitu ibu kepada Jungrin dan Jungkook.

Seokjin hanya mengangguk kepalanya sahaja.

"Baiklah, memandang semua dah kenalkan diri masing-masing, jom kita main sama-sama" ajak Jungrin lalu lari ke laman diikuti Jungkook.

Namjoon, Taehyung, dan Taerin pun turut ikut serta berlari ke laman.

Manakala, Seokjin hanya berjalan mengikuti mereka.

------

Setelah penat bermain sepanjang hari, Jungrin dan Jungkook pun tidur di bilik mereka masing-masing selepas sahaja mereka habis mandi dan makan malam.

Sementara itu, Seolrin pula berada di dapur yang telah selesai membuat kerja rumah.

Selepas itu, Seolrin pergi ke biliknya dan duduk di atas katil sambil membaca buku novel sementara menunggu kepulangan suaminya.

"Haih..., Banyak sangat kerja ker sampai tak balik-balik lagi nie" ujar Seolrin lalu menutup buku yang dibacanya.

Sebaik sahaja dia simpan bukunya, Junhee iaitu suami kepada Seolrin pun masuk ke dalam bilik mereka.

"Awak balik jugak. Risau saya" kata Seolrin sambil tersenyum.

"Tak payah nak risau sangat. Saya dah dewasa. Pandai-pandailah saya jaga diri saya" balas Junhee dengan nada kasar lalu mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air.

CRUSH [ BTS ]Where stories live. Discover now