🌸Friend or Rival..Part 2🌸
.
.
.
.
.
FlashbackYoonji melambai ke arah kereta keluarganya yang berlalu pergi sebelum masuk ke sekolah tadikanya.
Masuk sahaja ke dalam kelas, Yoonji duduk di meja bulat dan ternyata dia antara murid paling awak yang datang.
Di dalam kelas itu, masih lagi sunyi dan hanya segelintir murid sahaja yang hadir.
"Bosan la asyik datang awal. Jiae dengan Jimin pun tak datang lagi" rungut Yoonji.
Kemudian, ada seorang budak lelaki mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tempat sebelahnya yang tidak pernah lagi ada orang yang duduk.
Yoonji pun memandang budak lelaki di sebelahnya itu.
"Umm, awak budak baru ker?" Soal Yoonji.
Budak lelaki itu hanya menggeleng kepalanya tanpa berkata apa-apa.
"Jadi, kenapa awak duduk dekat sini?" Soal Yoonji yang mula rasa pelik dengan budak lelaki itu.
"Sebab saya selalu tengok awak berseorangan dekat meja nie. Lagi satu, saya selalu datang awal jadi sebab tu saya perasan awak" balas budak lelaki itu.
"Ohh, jadi awak bukan budak kelas nie kan?"
"Tak, tapi saya dari kelas sebelah. Hey, nak tak kita hari-hari jumpa masa yang sama macam hari nie. Saya pun selalu sorang-sorang sebab datang awal pagi" pelawa budak lelaki.
Mata Yoonji bersinar dengan pelawaan budak itu.
"Ok, mulai esok pagi, awak datang kelas saya tau" kata Yoonji.
Budak lelaki itu pun mengangguk dan kemudian bangun dari tempat duduknya.
Hendak sahaja dia ingin beredar, tangannya ditarik oleh Yoonji.
"Awak tak bagitahu lagi nama awak" ujar Yoonji sambil mencebik.
Budak lelaki itu pun mengukirkan senyuman petaknya.
"Tak pe. Awak panggil je saya Taetae, ok"
Yoonji pun mengangguk kepalanya sambil tersenyum manis lalu melepaskan tangan budak lelaki itu.
"Jom awak esok. Annyeong" kata budak itu lalu berlari keluar.
Pada sepanjang hari itu, senyuman pada wajah Yoonji tidak pernah hilang.
Sejak dari hari itu juga, Budak lelaki itu akan datang menemani Yoonji sehinggalah kawan-kawan datang.
Dan pada satu hari, Jiae dan Jimin kebetulan datang awal ke tadika.
"Wow, hebat. First time korang berdua datang sekolah awal" kata Yoonji lalu ketawa kecil.
Jiae pun duduk ditempatnya diikuti Jimin.
YOU ARE READING
CRUSH [ BTS ]
Fanfic[Slow Burn] Mengisahkan Min Yoonji iaitu satu-satunya adik perempuan kepada Min Yoongi bersahabat dengan pasangan kembar iaitu Park Jimin dan Park Jiae sejak kecil. Mereka bertiga sentiasa bersama sejak dari tadika ke sekolah menengah sehingga Yoong...