🌸Past and Future🌸
.
.
.
.
.Flashback
Pada satu hari di kediaman keluarga Kim, terdapat pasangan kembar yang sedang berkejar-kejaran di halaman rumah mereka sambil diperhati oleh abang mereka.
"Hyung, jom la main sekali dengan kitaorang" ajak salah seorang daripada pasangan kembar itu, Kim Taehyung.
"Korang main la sesama korang. Hyung nak duduk kat sini je" balas Kim Seokjin, abang kepada pasangan kembar itu.
"Ala, oppa nie membosankan la. Jom la Tae kita main berdua je" kata kembar kepada Taehyung, Kim Taerin.
Taehyung hanya mengangguk kepalanya. Lalu, kedua-dua kanak-kanak itu memcebik pada abang mereka.
Seokjin menggeleng kepala melihat gelagat adik-adiknya.
"Ye la..... Korang nie kalau tak merajuk sehari tak sah" ujar Seokjin lalu berjalan ke arah adik-adiknya.
"Tag!!" Teriak Taehyung.
Taehyung menepuk belakang Seokjin sebelum berlari bersama Taerin sambil berpegang tangan.
"Yah!!!" Jerit Seokjin lalu lari mengejar adik-adiknya.
Pasangan kembar itu hanya berlari sambil tergelak.
Manakala itu, situasi di dalam kediaman mereka pula, ibubapa kepada kanak-kanak itu sedang bertengkar di dalam bilik mereka.
"Stop it, Sohyun. Awak takkan faham saya. Saya dah tak tahan dengan cara awak!!" Marah Nayoung pada suaminya.
"Apa yang awak nak sebenarnya? Apa yang awak nak saya fahamkan? Saya dah bagi segala pada keluarga kita!! Apa lagi yang awak nak?" Balas Sohyun dengan nada marah.
"Masa awak. Itu yang saya nak. Dan lagi satu, awak asyik-asyik luangkan masa awak dengan Seokjin. Taehyung dengan Taerin awak tak nak pulak layan diorang"
"Saya bukan tak layan diorang tapi saya kena utamakan Seokjin sebab dia pewaris saya"
Nayoung menayang wajah tak puas hati dengan kata-kata Sohyun itu.
"Unbelievable" ujar Nayoung lalu berjalan keluar dari bilik itu.
Sohyun hanya memandang isterinya yang keluar dari bilik mereka lalu dia pun melepaskan keluhnya.
Manakala, Nayoung pula berjalan menuju ke halaman rumah kerana dia tahu di situ la tempat anak-anaknya berada.
Lalu, wanita itu hanya memerhati anak-anaknya yang sedang leka bermain bersama-sama tanpa perasan kehadirannya.
Nayoung hanya mampu tersenyum melihat anak-anaknya itu.
"Omma harap kamu bertiga akan kekal bersama" ujar Nayoung.

YOU ARE READING
CRUSH [ BTS ]
Fanfiction[Slow Burn] Mengisahkan Min Yoonji iaitu satu-satunya adik perempuan kepada Min Yoongi bersahabat dengan pasangan kembar iaitu Park Jimin dan Park Jiae sejak kecil. Mereka bertiga sentiasa bersama sejak dari tadika ke sekolah menengah sehingga Yoong...