CHAPTER TWENTY-FOUR🏵️

15 5 0
                                    

🌸 Just an act🌸
.
.
.
.
.

🌸🌸🌸

"Noona!"

Jungrin berlari keluar dari dewan itu dengan airmata mengalir tanpa henti.

"Noona!! Tunggu!"

Jungkook mengengam tangan Jungrin dan gadis itu terhenti langkahnya.

"Lepaskan noona, Jungkook. Noona nak pergi dari sini"

"Kita balik sama-sama. Kook tak nak noona sorang-sorang" kata Jungkook.

Dia amat tahu perasaan kakaknya itu. Hatinya sedih dengan keadaan kakaknya yang sedang patah hati itu dan dia juga berasa marah pada Seokjin kerana melukakan hati Jungrin.

"Kajja, noona"

---------

Seokjin termenung jauh sambil tersandar di dinding. Seulgi pula sudah menghilang entah kemana meninggalkan Seokjin berseorangan.

"Tahniah, hyung"

"Yoongi.."

Yoongi menayang wajah tak puas hati pada Seokjin.

"Mula-mula aku dapat tahu kau dah bertunang aku masih boleh terima lagi tapi yang aku tak boleh terima Seulgi jadi tunang kau. Seriously, hyung. Apa masalah kau"

"Aku ada sebab aku sendiri kenapa aku tunang dengan Seulgi. Lagipun, pertunangan nie tak membawa apa-apa kebaikan pun untuk keluarga aku" jelas Seokjin.

"Hmm. Macam mana dengan pertunangan Taerin pulak. Kenapa kau aturkan adik kau dengan Daniel?" Soal Yoongi.

"Kenapa kau tanya? Kau tak puas hati dengan pertunangan diorang?"

Yoongi cepat-cepat menggeleng kepalanya.

"Aku tahu kau dengan Daniel musuh tapi tentang kenapa aku aturkan Daniel dengan Taerin bukan urusan kau"

Selepas itu, Seokjin berjalan pergi dari situ dengan mengendahkan Yoongi yang memandang tajam padanya.

"Tae. Kau tak rasa macam ada sesuatu dengan pertunangan oppa?" Soal Taerin pada kembarnya.

Taehyung yang baru sahaja ingin menenguk minumannya itu memandang hairan pada adiknya.

"Maksudnya kau?"

"Aku kan dah tunang dengan Daniel tapi kenapa oppa tunang dengan kakak Daniel. Macam tak logik melainkan oppa ada rancang sesuatu" jelas Taerin.

Taehyung terdiam. Dia mula terfikir tentang apa yang Taerin katakan itu.

"Apapun. Kita tunggu dan lihat apa rancangan hyung. Buat masa sekarang kita buat-buat tak tahu depan dia" kata Taehyung dan Taerin mengangguk faham.

--------

Keesokan harinya, Jungrin bangun dengan hati yang berat gara-gara peristiwa malam tadi.

CRUSH [ BTS ]Where stories live. Discover now