CHAPTER THREE🏵

77 8 3
                                    

🌸Just Be Friends🌸
.
.
.
.
.

[Bangtan High School]

Keesokan harinya, selepas habis waktu kelas.

Belum sempat Taehyung ingin menegur, Taerin terus keluar dari kelasnya menuju ke bilik persatuan presiden murid meninggalkan Taehyung terpinga-pinga.

"Ish, budak nie. Aku belom sempat nak tanya dia dah blah awal-awal" rungut Taehyung sambil mengemas barangnya di atas meja ke dalam beg galasnya.

"Taehyung"

Taehyung pun memandang pemilik suara yang memanggilnya.

"Apa yang boleh saya bantu, Yoonji-ssi" soal Taehyung.

"Umm, pasal hari tu, terima kasih tau sebab sudi jalan sama-sama pergi kelas dengan saya" kata Yoonji sambil tersimpul malu.

Taehyung hanya menayang wajah kosong sahaja pada Yoonji.

'Mesti dia ingat aku pegang tangan dia sebab aku suka dia' bisik hatu Taehyung.

"Tak ada apa sangat la. Bende kecik je pon. Apa salahnya sekali sekala tolong kawan kelas" jawab Taehyung dengan selamba lalu mengambil beg galasnya dan beredar dari situ.

Yoonji pula terkaku dengan kata-kata Taehyung itu.

"Dia blah macam tu je. Weyh dia ingat dia tu hebat sangat ker. Berlagak sombong betol" marah Yoonji sambil memuncungkan mulutnya.

Lalu, Yoonji pon mengambil beg sekolahnya dan berjalan keluar dari kelas dengan perasaan marah.

-----

Kini, sedang Taerin berjalan menuju ke bilik presiden murid, dia terlanggar tubuh seseorang sehingga dirinya dan orang itu terjatuh di atas lantai.

"Auch, sakit la. Sapa yang langgar kita nie" rungut gadis itu dengan nada agak gedik disitu.

Taerin pun cepat-cepat bangun dari permukaan lantai dan segera menundukkan dirinya di hadapan gadis itu.

"Mianhei, saya tak sengaja langgar awak" ucap Taerin.

Gadis itu pun bangun sambil menjeling matanya ke arah Taerin dan kemudian berjalan sambil melanggar bahu Taerin dan beredar dari situ.

Taerin mengeluh melihat perangai gadis itu.

"Harap muka cantik tapi attitude macam anjing" ujar Taerin perlahan lalu sambung perjalanannya ke bilik presiden.

-------

[Perpustakaan Sekolah]

Suasana di perpustakaan sekolah sangat la senyap menyepi walaupun ada beberapa murid di situ.

Murid-murid yang ada disitu tidak berani membuat bising dengan adanya ketua pengawas perpustakaan yang kini sedang menjaga di bahagian kaunter perpustakaan sambil memerhati murid-murid di perpustakaan itu.

"Noona!!!" panggil atau lebih tepat jerit seorang lelaki.

Gadis yang dipanggil noona itupun memandang orang yang memanggilnya dengan wajah berkerut.

"Yah!! Panggil perlahan-lahan boleh tak. Nie perpustakaan bukan taman permainan" marah gadis itu atau namanya Jeon Jungrin dengan nada lembut.

"Hehe. Mianhei, noona" ujar Jungkook sambil tersengih.

Jungrin pun mengeluh lalu memandang Jungkook dengan lembut.

CRUSH [ BTS ]Where stories live. Discover now