CHAPTER TWENTY-TWO🏵️

22 6 0
                                    

🌸Past vs Present🌸
.
.
.
.
.

A/N : Long chapter cause so many happening here👁️👄👁️ also pls read a explanation on author note at the end of chapter😘

🌸🌸🌸

Kim Seokjin (8 years old)

Nayoung duduk di sofa ruang tamu sambil memicit dahinya. Wanita itu baru sahaja selesai bertengkar dengan suaminya.

"Omma?"

Nayoung memandang anaknya yang sedang berdiri dihadapannya dengan wajah yang gelisah.

"Omma. Gwechana?"

Nayoung mengukir senyuman pada wajahnya.

"Jangan risau. Omma okay" jawab Nayoung.

"Jin ada dengar omma dengan appa bergaduh tadi" kata Seokjin dengan sayu. Dia sedar hubungan ibubapanya sangat tegang sejak menenjak ini.

"Adik-adik kamu mana?" Soal Nayoung.

"Jin dah bawak diorang semua ke bilik tidur. Jin tak nak diorang dengar omma dengan appa bergaduh" jawab Seokjin.

Nayoung mengusap lembut rambut Seokjin.

"Good job. Lepas nie kalau appa dengan omma bertengkar lagi, kamu tolong alihkan perhatian adik-adik kamu, okay?" Pesan Nayoung.

Seokjin hanya mengangguk kepalanya.

--------

"Oppa"

Seokjin yang sedang menikmati sarapannya itu memandang Taerin.

"Mana omma dengan appa?" Soal Taerin.

Taehyung sedang makan sarapannya itu memandang Seokjin dan menunggu jawapan dari abangnya itu.

Seokjin tersenyum pada adik-adiknya sebelum berkata.

"Omma dengan appa sibuk hari nie jadi diorang tak sempat nak sarapan dengan kita" jawab Seokjin dengan lembut.

"Diorang selalu sibuk dan diorang selalu balik masa kita dah tidur" kata Taehyung dengan nada sedih.

Kanak-kanak itu teringin meluangkan masa bersama ibubapa mereka seperti keluarga lain.

Apa yang Seokjin tidak tahu, di sekolah, Taehyung dan Taerin selalu cemburu dengan kawan-kawan mereka yang sentiasa ada ibubapa mereka yang datang untuk menjemput mereka pulang.

Seokjin melepaskan keluhnya. Dia tahu apa yang berlaku antara ibubapanya itu bukan urusannya mahupun adik-adiknya.

Tapi alangkah salahnya tanggapam Seokjin itu.

Tiga bulan kemudian, Nayoung keluar dari rumah itu bersama Taehyung dan Taerin manakala Seokjin pula kekal bersama Sohyun.

CRUSH [ BTS ]Where stories live. Discover now