satu

6.3K 495 80
                                    

" Neulmin, kita putus "

Aku diam tidak berkutik selepas mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Namjoon.

Dia minta putus? Oh, tak kisah.

Aku dah expect perkara ni akan terjadi.

Aku berjalan selangkah menghampiri Namjoon dengan senyuman sinis pada bibir aku.

" Kenapa? Kau dah tak tahan dengan aku, hm? " Jari telunjuk aku menolak bahu Namjoon.

" Kenapa? Kau rasa aku ni tak layak bersama dengan kau ke, hm? " Aku menyoal dia lagi.

Namjoon meneguk liur. Aku dapat melihat halkumnya bergerak.

" Jawab lah. Jujur dengan aku. Kalau sepanjang kita berhubungan istimewa kau boleh jujur dengan aku setiap masa, kenapa kali ni tak boleh? Takut? "

" N-Neulmin .. "

" Ya, Namjoon "

" Aku harapkan kesetiaan daripada kau, Neulmin. Aku harapkan kebahagiaan daripada kau. Memang aku dapat, tapi semuanya palsu. Hati kau, tak pernah ada untuk aku " Ujar Namjoon. Matanya memandang anak mata aku sayu. Sesayu hatinya sekarang ini.

Aku ketawa kecil. Aku mengelus hidung aku yang terasa gatal sedikit.

" Kesetiaan? Kebahagiaan? Itu semua tak wujud dalam kamus hidup aku, Kim Namjoon. Kau sendiri tahu aku ni orang yang macam mana, tapi kau tetap berkeras nak bersama aku "

" Jadi salah siapa sekarang ni, Namjoon? Aku atau kau? "

Aku menghadiahkan Namjoon sebuah senyuman sinis sebelum aku melangkah pergi dari kawasan loker.

Sedih? Sakit hati?

Aku langsung tak rasakan semua itu. Kenapa? Sebab hati aku dah kebal.

Aku, perempuan yang terkenal di seluruh Universiti ini kerana perangai aku yang tidak pernah berubah.

Kaki lelaki, kaki club, kaki party, kaki mengayat semua lelaki yang aku jumpa.

Aku tahu ramai yang tak suka dengan sikap aku yang tiada beza dengan perempuan liar di luar sana. Tapi ini lah cara aku menggembirakan diri aku.

Lelaki? Itu semua sampah.

Aku tak pernah serius dalam apa-apa hubungan antara aku dan lelaki. Semuanya untuk menghilangkan rasa bosan aku.

Namjoon adalah salah satu daripada lelaki yang aku mainkan dan tinggalkan.

Aku, Jang Neulmin.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now