" Taehyung, tak keluar dengan Neul ke malam ni? " Jimin yang sedang menonton televisyen di ruang tamu apartment Taehyung menegur sebaik sahaja dia keluar dari tandas.
" Tak. Dia nak keluar dengan abang dia malam ni " Balas Taehyung lalu melabuhkan punggung di tepi Jimin.
" Oh. Kau tak ikut? " Sebuah soalan paling bangang meluncur keluar dari mulut Jimin. Taehyung menjelingnya sekilas sebelum memasukkan tiga biji kacang tanah ke dalam mulut.
" Kau gila ke apa? Dia keluar dengan abang dia kot. Aku kenal abang dia pun tidak "
" Lagipun aku bukan boyfriend dia. Cari mati namanya kalau aku nak ikut sekali "
Kata-kata aku membuatkan Jimin ketawa kecil.
" Tapi soon kau akan jadi kekasih dia, kan? Kau tak lupa kan janji kau untuk confess dekat dia nanti? " Tanya Jimin lagi. Taehyung mengeluh sambil mengangkat bahu.
" Entah lah, Jimin. Aku pun tak tahu sama ada aku patut teruskan atau tak. Kalau betul la aku confess dan dia terima aku, aku mampu tahan ke? Boleh ke aku tahan kalau Neulmin curang or anything? Kau pun tau kan yang dia tak pernah serius dalam hubungan " Bicara Taehyung panjang lebar. Wajahnya yang tadi biasa, kini kelihatan suram sedikit.
Dia sendiri tidak pasti apa yang dia lakukan ini adalah betul atau salah.
" Kau tengok lah dah berapa lelaki dia mainkan. Namjoon, Seungcheol, Jaehyun, Ten, Jun, Junmyeon, Rowoon haa siapa lagi? Macam mana kalau dia pun mainkan perasaan aku? Macam mana kalau dia tak hargai usaha aku selama ni? " Taehyung mengeluh berat.
Jimin menyentuh perlahan bahu Taehyung lalu mengusap lembut. Bibirnya menguntumkan senyuman nipis.
" Kau sayangkan dia? "
" Sayang. Sayang sangat. Dari dulu lagi sebelum dia berubah jadi macam ni"
" Apa niat kau lepas dah bersama dengan dia? Apa niat kau dulu? Apa janji kau? "
" Ubah diri dia "
" See Taehyung? Kalau kau sayangkan dia, dan kalau niat kau tu baik, semuanya pasti akan berjalan lancar. Percayakan aku " Jimin tersenyum tipis.
Taehyung meraup wajahnya kasar. Dia runsing dengan semua ini. Perlukah dia teruskan?
" Tapi Jimin.. "
" Jungkook muncul balik di hadapan dia "
Satu lagi masalah.
***
Baru aku melangkah masuk ke dalam rumah agam Kim Seokjin ini, telinga aku sudah menangkap bunyi dentuman muzik yang bingit. Ramai tetamu sudah tiba dan rumahnya hampir dipenuhi dengan tetamu.
Rumah agam atau rumah kecil, semuanya tak menjadi masalah untuk Kim Seokjin mengadakan parti.
Anak kepada CEO syarikat telefon yang berjenama ' Samseng ' , siapa je yang tak kenal?
" Yo Yoongi! Ingatkan tak jadi datang "
Ha, panjang umur beliau. Seokjin datang ke arah kami berdua lalu dia memeluk Yoongi.
" Dah kau ajak, takkan aku nak tolak? " Mereka berdua ketawa serentak selepas Yoongi berkata.
Menyedari kehadiran aku di belakang Yoongi, Seokjin menunduk sedikit kemudian dia tersenyum mesra. Aku membalas semula senyuman dia.
" Adik kau? " Yoongi mengangguk.
Sekali lagi Seokjin menghadiahkan aku senyuman manis. Boleh tahan kacak juga dia ni.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.