" Muka cemberut ni kenapa? " Taehyung mengerling matanya ke arah aku sekilas sebelum memandang ke depan semula.
Aku mendengus kecil lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Nak merajuk kejap.
" Hey, aku tanya ni Neulmin " Panggil dia lagi. Aku masih diam dan pekakkan telinga. Tadi kumain halau aku semata-mata nak ruang dengan Joohyun.
" Neulmin "
- Diam.
Aku terdengar bunyi keluhan keluar daripada mulut Taehyung. Tidak lama selepas itu, dia memberi signal lalu menghentikan kereta di tepi jalan.
Dah kenapa berhenti pula? Nak halau aku keluar lagi sekali ke macam mana?
" Kenapa berhenti? Jalan lah. Aku nak balik rumah cepat cepat " Ujar aku kasar sebelum menyandarkan tubuh aku semula pada tempat duduk penumpang. Aku palingkan kepala ke tepi.
" Sayang " Suara lembut Taehyung memanggil aku. Kalau panggil nama, aku boleh tahan diri lagi tapi- ARGHHHH!
Hati aku nak cair weh.
" Sayang, kenapa ni? Dari tadi masam je muka " Taehyung membetulkan posisi dia untuk memandang aku dengan lebih teliti.
" Sayang, jawab lah. Jangan buat aku macam tunggul " Dia cuba meraih dagu aku dengan tangannya tapi aku pantas menepis.
" Tepi lah "
" Jual mahal pulak perempuan ni " Kutuknya perlahan tapi masih dapat didengari aku. Nampak sangat pujuk tak ikhlas!
Taehyung melepaskan nafas. Sekali lagi dia cuba memegang dagu aku. Melihatkan aku yang tidak menghalang kali ini, dia pusingkan wajah aku supaya melihatnya.
Aku larikan anak mata ke arah lain.
" Pandang aku, Neulmin " Aku menatap matanya.
" Kenapa? Ada apa apa yang tak kena ke? " Soal dia tidak berputus asa. Aku mengeluh perlahan.
" Pergi lah dekat Joohyun kau tu " Aku tepis tangan dia lalu menyilangkan semula tangan aku.
Taehyung sedar yang aku cemburu. Dia tergelak kecil.
" Cemburu? " Alis Taehyung diangkat sedikit. Aku mendengus geram.
" Atoto, sayang saya cemburu rupanya. Yelah, lain kali aku janji tak buat kau macam tu dah " Taehyung mengusap perlahan kepala aku. Aku berdecit.
" Kau selalu janjikan dunia khayalan. Tapi tak pernah nak kotakan " Aku menjelingnya tajam. Dia ketawa lagi.
" Buat apa nak bagi kau dunia khayalan kalau aku boleh bagi kau dunia aku? " Terkekek-kekek Taehyung ketawa di tepi. Dia ingat sampai lah tu dia punya punchline dari Google?
" Kim Taehyung! "
***
Taehyung tidak terus menghantar aku pulang ke rumah malah dia menghantar aku ke kafe berdekatan. Ahra ni tiba tiba ajak aku berjumpa.
" Tae, ambik ni " Aku hulurkan beberapa keping kupon kepadanya. Dia pandang kupon itu lama sebelum kening dia terangkat.
" Apa ni? "
" Kupon buku. Kau boleh beli buku yang kau nak tak kira lah berapa banyak pun. Jadi aku harap kau gunakan dengan baik dan jangan nak pergi cari buku dengan Joohyun dah " Jelas aku panjang lebar. Sempat lagi aku memberinya amaran supaya tidak asyik keluar bersama Joohyun.
Nak keluar tu boleh tapi jangan la kerap sangat. Aku pun tahu erti cemburu.
" Cemburu tak habis habis ek? "
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.