sembilan belas

1.7K 258 92
                                    

Aku mencelikkan mata tatkala bunyi burung berkicauan mengganggu tidur aku yang lena.

Gelap. Itu lah keadaan bilik aku sekarang ini. Eh, tapi ini bukan bilik aku. Bilik aku warna merah jambu, bukan kelabu.

Aku tolehkan kepala ke kanan. Wajah seorang insan yang sangat sedang tidur di sebelah menghiasi mata aku.

Aku masih dekat rumah Taehyung rupanya. Aku menilik jam tangan aku. Tahi. Dah pukul 6 pagi.

Macam mana aku boleh terlena sampai tak sedar yang hari dah subuh ni?

Aku lekas turun daripada katil lalu mencapai tas tangan aku. Sempat lagi aku menyelimutkan Taehyung semula. Dahinya aku kucup perlahan.

Jumpa siang nanti, boyfie .

Aku segera turun ke bawah dan pulang ke rumah aku sendiri.

Aku berjengket-jengket masuk ke dalam rumah kerana tidak ingin ditangkap oleh mama atau pun Yoongi. Mereka memang tak kisah kalau aku balik lewat tapi bukan waktu subuh.

" Kau pergi mana malam semalam? "

Aku memejam mata rapat dan bibir diketap. Terkantoi sudah.

" Jang Neulmin " Aku teguk liur sebelum pusing ke belakang. Di mana Yoongi sedang berdiri sekarang. Aku memberinya satu sengihan.

" Eh Yoongi? Awal bangun? " Aku cuba menukar topik tapi ketahui lah yang Yoongi bukan seorang abang yang bodoh.

" Tak payah nak ubah topik. Kau pergi mana semalam? " Dia menyoal lagi. Tajam betul tatapannya sekarang ini.

" Rumah Taehyung " Aku menggosok perlahan belakang tengkuk. Kang Yoongi fikir aku pergi sana buat benda bukan bukan pula.

" Buat apa pergi rumah dia? Memangnya kat Seoul ni dah tak tempat lain ke? "

" Laa. Biarlah aku nak pergi rumah teman lelaki aku pun. Bukan buat apa apa pun " Jawab aku tidak puas hati. Selalunya Yoongi jarang nak komplain ke mana aku pergi pun.

" Aku bagitau mama yang kau baru balik. Mama!! " Tergopoh-gapah aku menuruni anak tangga untuk mendapatkan Yoongi. Aku menekup mulutnya dengan telapak tangan aku.

" Shuhh diam lah bodoh. Kau nak bagi aku kena marah ke? " Aku membisik keras. Mata aku dijegilkan. Kepala aku pula tidak henti-henti memandang tingkat atas. Kot kot lah mama dengar.

Yoongi mengalihkan tapak tangan aku dari mulutnya.

" Memang aku nak bagi kau kena marah pun. Mama! Mama! Oh mama!! " Sekali lagi Yoongi menjerit memanggil mama.

Aku memulas perutnya sekuat hati. Memang nak mati awal tau dia ni.

Tapi apa lah nasib aku. Mama terdengar jeritan Yoongi dan sekarang mama sedang turun ke bawah. Mampus lah aku.

" Ada apa ni Yoongi, Neulmin? Subuh subuh dok memekik? "

" Hai Neulmin. Awal kamu bangun hari ni? " Soal mama kepada aku. Yoongi di tepi tersengih sinis.

" Bangun? Logik lah sikit mama. Pernah ke dia nak bangun awal? Ni ha, Neulmin baru balik "

Pernyataan daripada Yoongi membuatkan mama memandang aku tajam. Aku tundukkan kepala. Gerun melihat mama menjadi tegas.

" Neulmin baru balik? " Ha itu dia. Tegas semacam nada suara mama.

Lambat-lambat aku mengangguk. Aku dah bersedia untuk dimarahi.

" Pergi mana sampai baru nak balik? "

" Neul pergi rumah kawan. Then tertidur " Jujur aku walaupun ada terselit penipuan dalam ayat aku. Taehyung bukan kawan aku.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now