dua puluh tiga

1.6K 252 61
                                    

Hari aku berlalu tanpa kehadiran Taehyung di sisi aku. Dia betul-betul pegang akan kata-katanya.

Dia sudah tidak muncul di depan mata aku lagi. Pernah sekali kami melintasi satu sama lain tapi dia langsung tidak memandang aku.

Bukan itu saja, dia malah unfollow aku di sosial media.

Baguslah. Sekurangnya aku tahu yang dia dapat melupakan aku. Aku memang nak dia lupakan aku.

Jungkook pun sudah banyak berubah. Dia tak macam dulu lagi, layan aku nak tak nak. Sekarang dia 24 jam berada di sisi aku. Betapa sayangnya dia pada aku.

Aku bahagia bersama Jungkook.

" Nanti petang kau nak teman aku pergi amusment park tak? " Aku kerutkan dahi memandang Ahra yang bertanyakan soalan. Kami sedang berjalan ke makmal Fizik.

" Nak buat apa? Kau nak date dengan Mingyu kan? "

Ahra ni gila betul. Dia yang nak pergi dating, tapi ajak aku pula. Tak ke aku ni nampak macam orang ketiga namanya?

" Yela tapi aku segan la keluar berdua dengan dia. Selalunya mesti ada kau dengan Jungkook yang teman " Jelasnya. Aku membulatkan bibir seraya mengangguk faham. Dia segan rupanya.

" Tak apa lah. Dia bukan nak buat apa pun dekat kau. Dia baik, okay? Lagipun dia tengah nak try tackle kau tu " Kata aku kemudian tersengih. Ahra mengemam bibir malu. Pipinya sudah memerah tatkala aku menyatakan fakta bahawa Mingyu ingin mencuba dia.

Mingyu dah bergerak solo selama setahun setengah. Tiba tiba terbit rasa nak ada teman wanita baru. Itu sebab lah dia nak cuba Ahra. Katanya Ahra menepati cita rasa dia.

Boleh percaya ke? Jangan jadi macam Jimin sudah. Jerks.

" Yah Jang Neulmin ! " Entah dari mana Jiyeon muncul, dia terus meluru ke arah aku lalu menolak kuat bahu aku sampai aku terjatuh ke atas lantai.

Kepala hotak dia dah lah aku tengah pakai heels ni. Ni lah jenis setan terlepas masa bulan Ramadhan.

Aku mengaduh kesakitan kerana kaki aku terseliuh sedikit. Ahra membulatkan matanya lalu menolak semula bahu Jiyeon.

" Kau apahal nak kena tolak Neulmin?! "

Jiyeon tidak menghiraukan Ahra malah dia menolak Ahra ke tepi. Hotak dia berani tolak kawan aku.

" Kau tepi, perempuan buruk. Aku ada hal nak kena selesaikan dengan perampas tak ada life ni " Jiyeon terus mara ke arah aku. Dengan tenaga yang ada, aku cuba bangkit walaupun pergelangan kaki aku sakit nak mampus.

" Kau nak apa lagi, Jiyeon? " Aku menyoalnya malas. Aku dah malas lah nak bergaduh dengan perempuan ni. Dari sejak aku masuk kampus ni sampai dah nak graduate pun, ada je benda dia tak puas hati dengan aku.

" Eh perempuan, apa masalah kau sebenarnya? Kalau dah putus dengan Taehyung tu, duduk lah senyap senyap! Yang nak kena kebas Jungkook aku jugak kenapa?! " Pekiknya kuat. Perempuan ni memang tak tahu malu ke memang nakkan perhatian orang? Suka ke dia bila semua orang pandang kami?

" Jungkook kau? Excuse me? Sejak bila kau dengan Jungkook ada hubungan? Bukan dah kena tolak mentah-mentah ke? " Aku jungkitkan kening. Sengaja aku ingin mengapi-apikannya.

Pak!

Pipi aku terterleng ke sebelah kanan. Aku baru kena tampar dengan Jiyeon? Wah, berani gila perempuan ni.

Akibat kegeraman, aku menolaknya dengan kasar.

" Bodoh ke main tampar aku? " Aku mencengkam kolar bajunya. Tadi kau tolak aku, sekarang kau tampar aku pula? Wah wah.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now