Aku mengeluh berat. Aku duduk di atas sofa yang disediakan sementara menunggu Taehyung membeli-belah pakaian di dalam butik ini.
Tiba tiba tak ada mood nak shopping lepas aku nampak Jungkook tadi.
Jeon Jungkook atau lebih dikenali sebagai bekas teman lelaki aku.
Kami putus bukan atas sebab dia curang atau apa, semuanya kerana— Hm, biar lah rahsia.
Haish, dah lah. Aku malas nak fikir pasal dia. Yang lepas biar lah lepas. Aku dah penat nak fikir pasal dia.
" Hoi, kau yang beria yang shopping tadi sampai suruh aku datang awal tapi kau yang duduk macam batu dekat sana " Suara Taehyung mengejutkan aku. Aku dongakkan kepala sedikit untuk memandang dia yang sedang berdiri di hadapan aku dengan dua helai baju yang digantung pada penyangkut yang berlainan.
" Penat " Jawab aku sepatah. Penat. Mental aku penat.
" Menipu je kerja kau. Ni ha, aku nak kau pilihkan yang mana satu lagi cantik. Biru gelap atau hijau lumut? "
Jari jemari aku diletakkan di dagu untuk melihat mana satu yang lebih cantik dan sesuai dengan Taehyung.
" Em, biru gelap kot " Kata aku. Taehyung mengangguk lalu menggantung semula baju yang berwarna hijau lumut itu pada rak baju.
" Kau tak nak beli apa apa ke, Neul? " Aku menggeleng.
" Beli la sesuatu. Kang nampak macam aku buat kau macam hamba aku pulak "
Aku mencebik sebaik sahaja Taehyung berkata macam tu. Hamba? Oh tolong lah.
" Orang pandang aku pun mesti diaorang ingat aku ni majikan kau. Penampilan aku terlampau menyerlah kalau nak jadi hamba pun " Aku menjeling Taehyung halus lalu bangkit menuju ke arah rak yang menempatkan pakaian wanita.
Tangan aku mencapai dress yang berwarna gelap, cerah dan beberapa helai blouse yang boleh membuatkan aku tampak femine.
Tapi kalau orang macam aku ni pakai apa pun tetap nampak menyerlah. No worries.
Aku mengambil sehelai skirt paras peha yang comel dan seksi lalu mencuba di hadapan cermin.
" Neulmin, please. Not that kind of skirt " Taehyung berdiri di belakang aku.
Aku memandangnya melalui pantulan cermin.
" Kenapa? Cantik kot "
" Seksi sangat, Neul. Dah serupa tak payah pakai skirt "
" Taehyung, be open minded please. Ni duit aku kot lagipun "
Taehyung menaikkan biji matanya ke atas kemudian dia mengambil skirt tersebut dari tangan aku. Dia meletakkan semula skirt itu pada rak baju lalu menggantikan dengan skirt yang lebih panjang berbanding tadi.
" Ni kan lagi cantik. Nampak sopan je " Tiba giliran aku untuk menggulingkan anak mata. Aku mengambil skirt tersebut lalu berjalan ke arah rak kasut.
Wah, ada high heels keluaran baru.
" Tadi bukan main muka tak nak shopping. Sekarang dah shopping macam baru menang loteri " Sindir Taehyung.
" Shut up, Kim Taehyung. Perlu ke kau sindir aku untuk semua perilaku aku? " Taehyung di belakang sekadar tersengih nakal.
Aku mengambil sepasang high heels merah lalu mencuba pada kaki aku. Cantik dan tinggi.
" Aku tak faham kenapa perempuan suka beli kasut tumit tinggi yang tinggi gila. Tumit tu dia nak buat apa tinggi-tinggi? "
" Tumit tu untuk sekeh kepala kau, Taehyung " Aku menjelingnya tajam lalu berjalan ke kaunter.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.