dua

3.6K 410 64
                                    

Aku membaringkan kepala aku pada meja di dalam kelas ini. Sesekali aku mengetuk kepala aku yang terasa berat. Sejak tadi pagi, rasa sakit kepala masih tak nak hilang. Dah berapa banyak panadol aku telan untuk hilangkan rasa sakit, tapi masih sama.

Berdenyut-denyut kepala aku dibuatnya.

Tu lah kau, Neulmin. Berapa banyak botol semalam kau teguk?

" Ni tak lain dah tak bukan kau mesti pergi have fun lagi, kan? " Soal kawanku, Ahra seraya melabuhkan punggung di sebelah aku.

" Shut up Ahra. Kau macam tak kenal aku " Kata aku dengan jengkel.

" Nah. Aku ada bawakkan kau air panas. Minum lah dulu "

Satu hal yang buatkan aku sayang dengan Ahra ni sebab dia selalu tahu apa yang aku perlukan walaupun perangai aku ni macam syaitan.

Selalunya dia lah yang ambil berat pasal aku. Di tahu aku gemar berparti. Dia tahu aku gemar berfoya-foya pada waktu malam. Sebab itu lah Ahra sentiasa ada untuk aku. Masa aku susah dan senang.

Ini baru dinamakan sebagai sahabat dunia akhirat. Bukan tinggalkan aku lepas dapat tahu perangai sebenar aku.

Bukan seorang dua yang tinggalkan aku. Ramai. Dan mereka juga cuba berkawan dengan aku sebab nak tumpang famous dan nak tumpang kekayaan aku.

Heol, ni Jang Neulmin. Anak peguam yang terkenal di Korea.

Adik tiri kepada Min Yoongi. Yoongi tu sebenarnya anak kepada isteri baru papa. Papa kahwin lain sejak mama tinggalkan kami buat selamanya.

Aku tak kisah pun asalkan mama baru aku tu seorang wanita yang baik dan Yoongi seorang lelaki yang tidak kurang ajar.

Lagipun ibu Yoongi tu pereka baju terkenal di San Fransico. Jadi tak hairan lah kenapa aku dikategorikan sebagai salah seorang student yang kaya di Universiti ini.

Aku tak riak.

" Thanks Ahra. Kalau takde kau, rasanya sampai habis kelas aku akan tidur " Tutur aku sebaik sahaja selesai meneguk air suam yang dibawa oleh Ahra. Lega sikit kepala aku.

Dua biji panadol aku telan lagi sekali.

" Kau ni, hari hari berparti. Tak bosan ke? " Soal Ahra. Dia menyimpan botol air ke dalam begnya.

Kepala aku digeleng lambat.

" Lagi bosan kalau aku terperap dekat dalam rumah "

" Abang kau kan ada. Ajak la dia teman kau spend time. Tengok movie ke "

" Ahra, abang aku ada hidup dia sendiri " Aku berdecit perlahan. Kepala aku sandarkan pada meja semula. Ahra hanya menggeleng kecil, keluhan berat dilepaskan.

" Kau tu yang baik sangat, Ahra. Sesekali tu jom la ikut aku pergi parti. Cari lelaki baru " Ujar aku dengan sengihan nakal. Ahra menggeleng.

" Aku setia pada yang satu, Neul "

Aku mencebik. Setia lah sangat. Entah entah kekasih dia tu pun ada perempuan lain. Lelaki dekat sini bukan boleh percaya. Tambah lagi bila kekasih Ahra ni golongan orang kaya.

Tak sangsi ke dia dengan kekasih dia tu?

" Ikut kau lah, Ahra "

Baru saja aku ingin melelapkan mata, perut aku tiba tiba diserang sesuatu yang aku tak pandai nak tafsirkan.

Tiba tiba tekak aku berasa loya. Aku menekup mulut aku sambil menampar-nampar lengan Ahra yang khusyuk membaca buku di sebelah.

" Neul, kau kenapa ni? " Jelas menunjukkan bahawa Ahra risau dengan keadaan aku.

Tak tahan punya pasal, aku segera berlari ke tandas. Aku terus membuang segala isi perut aku.

Aku mengeluh perlahan. Aku flush tandas terlebih dahulu sebelum berjalan ke singki. Aku mengumur mulut aku buat beberapa kali sebelum mencuci wajah aku yang kelihatan pucat.

Semuanya kerana muntah itu.

Aku ingatkan keadaan aku dah baik tapi aku silap. Tiba-tiba pula aku rasa pening dan again, aku rasa loya.

Aku tak rasa nak muntah lagi kali ni cuma .. aku masih rasa loya. Dan pening. Pening yang buatkan aku rasa nak pitam.

Mata aku berpinar-pinar menahan cahaya lampu. Wuish, parah keadaan aku ni.

Aku cuba gagahkan diri untuk keluar dari tandas. Mungkin aku patut tidur sebentar.

Aku berjalan keluar dari tandas dengan perlahan. Aku menundukkan pandangan disebabkan kepala aku yang sakit sampaikan aku tak perasan aku dah terlanggar seseorang.

Clishé psh.

" Lain kali jalan pakai mata. Bukan kepala " Suara garau seseorang menerpa masuk ke gegendang telinga aku. Aku segera mendongak kepala.

Wajah seorang lelaki memenuhi padangan aku. Oh, aku kenal dia ni.

Kim Taehyung.

Pelajar Business .

" Eh mampus aku lah . Orang tengah sakit kepala ni " Aku menjelingnya halus lalu menolak dia ketepi.

Baru saja aku nak pergi, dia menahan bahu aku dengan sebelah tangan dia. Tangannya satu lagi mengepit hidung dia. Mungkin aku berbau alkohol.

" Dah tau diri tu lemah, pergi minum banyak banyak buat apa? Kaki parti macam kau ni tak pernah serik kan? "

Kata-kata jantan tu membuatkan aku memandang dia menyampah. Apa masalah dia?

" Lemah tak lemah cerita belakang. Janji aku seronok hidup macam ni. Lagi satu, jangan sentuh aku boleh tak? " Aku menolak tangannya supaya jauh dari bahu aku. Geli.

" Kenapa? Aku baru pegang bahu je kot. Lelaki lain sentuh kau, tak apa pulak? Entah apa yang diorang sentuh dah " Kim Taehyung tersenyum sinis.

Kepala aku sudah lah semakin pening. Mata aku pun tinggal nak tutup je ni. Mamat depan aku ni pula asyik nak naikkan api kemarahan aku.

" Jaga mulut kau. Walaupun aku kaki parti, aku tak— "

Tak sempat aku nak habiskan kata-kata aku, aku sudah pun rebah di hadapan Kim Taehyung.

" Woi perempuan! "

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now