dua puluh tujuh

1.6K 280 220
                                    

Aku nampak dengan mata aku sendiri yang Jungkook dan bermesra-mesraan dengan seorang perempuan dekat tempat ni.

" Neulmin " Jungkook menyebut nama aku. Aku nampak halkumnya bergerak kerana menelan liur. Wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut dengan kehadiran aku yang tidak disangka ini.

Aku lagi terkejut dengan apa yang aku saksikan.

Aku tidak berkata apa selain memusingkan tubuh untuk pergi dari sini. Daripada keadaan jadi lagi teruk, lebih baik aku pergi.

Tapi Jungkook lebih pantas menarik tangan aku dan membuatkan aku pusing semula menghadapnya.

" Neulmin, aku boleh jelaskan semua ni "

Pak!

Wajah Jungkook terteleng ke tepi. Dapat aku melihat kesan merah akibat tamparan aku pada pipinya.

Aku pandang tapak tangan aku mula terasa pedih. Aku baru sahaja menampar Jungkook. Tapi kepedihannya tidak dapat melawan rasa pedih di dalam hati aku ini.

" Jelaskan? Apa lagi yang kau nak jelaskan? Aku sendiri nampak apa yang kau tadi dengan perempuan ni " Tutur aku dengan marah sekali seraya jari telunjuk dihalakan ke arah perempuan itu. Aku langsung tidak mengenalinya.

Jungkook memejamkan matanya dan melepaskan keluhan.

" Neul, kau dah salah faham. Tolong bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya dan tebus kesalahan aku ni " Jungkook masih bercakap lembut dengan aku. Apa dia fikir aku akan makan dengan kelembutan dia?

Aku menggepal tangan aku menjadi penumbuk. Bibir aku diketap rapat. Perasaan geram benar-benar sedang menguasai diri aku sekarang ini.

" Aku sanggup tinggalkan Taehyung semata-mata nak kembali dekat kau tapi ni cara kau balas balik? "

Pipi aku sudah mula membahang dan mata aku berkaca ketika aku menuturkan ayat tersebut. Hati aku sakit. Sangat sakit.

" Neulmin, aku mintak maaf. Aku tak sengaja buat kau macam ni. Tolong dengar apa yang aku nak cakap " Jungkook memegang kedua belah bahu aku. Dia cuba menembungkan anak matanya dengan anak mata aku.

Aku menggeleng kepala aku laju. Air mata yang ditahan dari tadi sudah mula mengalir.

" Aku menyesal sebab bagi kau peluang kedua "

" Neulmin, aku mengaku aku bodoh. Aku bodoh sebab khianati kau "

" Tak. Kau tak bodoh. Aku yang bodoh sebab tinggalkan lelaki yang sayangkan aku demi seorang lelaki yang cuma nak sia-siakan aku " Jungkook terkelu lidah mendengar ayat aku.

Aku menepis tangan Jungkook daripada terus memegang bahu aku. Aku mengelap air mata di wajah dengan telapak tangan.

" Jeon Jungkook, we are over "

Aku terus pusingkan tubuh dan mengorak langkah pergi. Ketika aku ingin pergi, aku berselisahan dengan Yoongi.

" Neulmin, kau pergi mana tadi? " Aku mengendahkan soalan Yoongi dan terus menuju ke luar kampus. Yoongi mengerutkan dahi memandang tingkah laku aku.

Dia pandang Jungkook dan Neulmin bersilih ganti. Kerana kepantasan otaknya, dia dapat mengagak apa yang telah terjadi.

Yoongi pantas menghampiri Jungkook lalu bahu jejaka yang lebih muda berbandingnya itu ditolak dia dengan kasar. Matanya melirik ke arah seorang gadis di belakang Jungkook.

" Apa yang kau dah buat dekat adik aku? "

Jungkook melepaskan nafas lalu meraup wajahnya kasar.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now