" Ugh "
Aku mengedip mata aku berkali-kali sebelum aku dapat melihat dunia nyata. Mata aku mengecil melawan sinaran cahaya lampu yang menerangi kornea mata aku.
" Bangun. Menyusahkan aku je kau ni " Telinga aku menangkap suara seseorang yang berada tidak jauh dari aku. Aku segera menoleh kepala ke tepi.
Lelaki tak guna ni lagi.
" Tak suruh kau teman aku kat sini pun " Balas aku tanpa melihatnya. Kepala aku sandarkan pada kepala katil.
Aku di bilik rawatan Universiti sekarang ini. Aku tak ingat macam mana aku boleh ada dekat sini. Yang aku ingat cuma lah aku pengsan.
Jangan kata lelaki ni yang bawa aku ke sini. Cis, nanti balik nak kena samak dah.
" Aku pun tak ingin lah nak teman kau. Tapi nurse tu yang suruh. Kau jangan nak perasan " Jawabnya dengan kasar sekali. Kakinya perlahan-lahan mengatur ke arah aku lalu dia menghulurkan segelas air masak kepada aku.
Aku menerima hulurannya dengan kasar. Mampus dia. Yang janji aku dahaga ni.
" Kau tak nak tau ke apa yang nurse bagitau aku pasal keadaan kau " Keningnya terjungkit sedikit.
Aku menggulingkan anak mata.
" Apa? " Tanya aku tanpa minat.
" Dia cakap kau mengandung. Satu minggu "
Serta-merta mata aku membulat.
" WHAT?!! " Pekik aku. Aku terkelu seketika dan aku sedar yang air mata dah bertakung.
Aku mengandung?
Aku?
Tapi sejak bila? Sejak bila aku tidur dengan lelaki?
" Ceh, aku bergurau je. Takut betul kau " Kim Taehyung tersenyum senget ke arah aku. Sedaya upaya dia cuba menahan tawanya daripada meletus.
Tak guna. Dia tak tahu ke apa yang aku rasakan sekarang ni?
" Nurse cakap kau minum terlalu banyak. Dia suruh kurangkan minum alkohol "
" Jaga kesihatan kau. Jangan tau nak berparti je. Silap haribulan nanti, kau betul mengandung baru kau nak serik " Taehyung berdecit pada akhir ayat dia.
" Lelaki zaman sekarang kan tak guna " Tambahnya lagi.
Aku segera bangkit dari katil.
" Macam kau. Tak guna. Lelaki tak guna " Aku menolak badannya lalu beredar pergi dari bilik rawatan ini.
Bodoh punya lelaki.
***
" Neul, kau tak sihat sepenuhnya lagi dan sekarang ni kau nak keluar? "
Aku berhenti betul-betul di hadapan dapur sebaik sahaja terdengar suara Yoongi. Aku teleng kepala ke tepi.
" Pernah ke Jang Neulmin duduk dekat rumah diam diam? " Aku mengangkat kening.
Yoongi menggeleng sambil berjalan ke arah aku. Tangannya memegang secawan milo panas.
Dia tak keluar dengan kawan kawan dia ke harini? Selalunya waktu macam ni, dia mesti pergi melepak dekat rumah kawan dia atau pun dekat bar.
Lupa nak cakap. Yoongi ni pun hampir macam aku je. Dia memang tak boleh duduk diam dalam rumah. Cuma yang bezanya, dia tak kerap keluar macam aku. Aku ni, kalau boleh pagi petang siang malam pun nak keluar.
" Nanti papa risau, kan? "
" Yoongs, aku tak boleh duduk dalam bilik macam tu je. Aku rasa sesak so yeah "
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.