lima belas

1.7K 263 79
                                    

Aku berdiri di hadapan pintu rumah Taehyung. Aku mengambil nafas beberapa kali. Aku perlukan kekuatan.

Aku dah buat salah dan aku patut datang meminta maaf. Sekurangnya aku harus turunkan ego aku kali ini.

Aku teragak-agak untuk mengetuk pintu rumahnya.

" Kau boleh, Neulmin " Aku menghembus nafas sekali lagi.

Sejenak selepas itu, aku terus mengetuk pintu rumah Taehyung. Pada ketukan pertama, tiada siapa yang membukanya.

Aku ketuk sekali lagi.

Klek

Bunyi pintu rumahnya terbuka. Aku terus mengangkat wajah dengan harapan bahawa Taehyung yang membukanya tapi sangkaan aku meleset.

Orang gaji dia yang membuka pintu ini.

Aku rasa kecewa sedikit.

" Cik cari siapa ya? " Soal orang gaji dia penuh ramah.

" Taehyung ada? " Orang gajinya menggeleng.

" Encik Taehyung keluar pukul 7 tadi. Sampai sekarang belum balik " Jawabnya. Aku mengeluh berat.

Aku cuba untuk memberinya senyuman walaupun aku tak rasa nak senyum sekarang ni.

" Tak apa kalau macam tu. Terima kasih " Lalu aku menunduk sedikit untuk meminta diri.

Aku berjalan keluar dari perkarangan rumahnya. Telefon aku keluarkan untuk menelefon Yoongi supaya dia datang untuk mengambil aku disini.

Semasa aku ingin mendail number Yoongi, aku terlihat susuh tubuh seseorang yang sangat aku kenali. Aku segera menyimpan telefon ke dalam beg tangan aku semula lalu aku berlari ke arahnya.

" Taehyung " Aku memegang lengan dia. Dia berhenti berjalan dan pandang aku seketika sebelum matanya jatuh pada tangan aku yang sedang memegang lengannya.

Dia pandang ke depan semula tanpa membalas panggilan aku.

" Taehyung, aku nak mintak maaf " Kata aku perlahan.

" Tak perlu. Restoran tu dah refund balik duit aku. Kau boleh balik sekarang " Balasnya dingin. Jujur, aku terasa dengan sikapnya sekarang ini. Taehyung tak pernah sedingin ini dengan aku.

" Taehyung, tolong terima maaf aku. Aku sembang dengan Jungkook sampai aku terlupa masa. Aku tau aku salah kalini " Aku masih tidak berputus asa untuk meminta maaf. Aku tahu dia tak akan maafkan aku.

Taehyung menghela nafas. Wajahnya yang diterangi cahaya bulan jelas menunjukkan yang dia kecewa dengan aku.

" Tak apa. Memang Jungkook lagi penting kan dari dinner kita? Dia penting sampai dinner kita tak bermakna kan? Aku faham "

" Taehyung .. jangan macam ni. Tolong " Aku merayu. Mata aku sudah berair sekarang ini. Sudah lama aku tidak berasa begini.

Jang Neulmin bukan seorang gadis yang cengeng dan senang menangis tapi aku kalah pada Taehyung hari ini.

" Neulmin, aku dah kata tak apa kan? Aku sedar yang aku je beria dengan kau. Kau dah pesan dengan aku yang aku akan kecewa dan disakiti and yeah , aku rasa benda tu sekarang ni. Tapi apa aku nak expect kan? Aku sendiri yang pilih jalan ni "

Aku tundukkan wajah aku memandang tanah. Aku tak tahu apa patut aku katakan lagi.

" Pergi lah kat Jungkook kau " Dia melepaskan pegangan aku dari lengannya. Kemudian dia mula membuka langkah untuk pergi tapi aku cepat memegang hujung bajunya.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now