dua puluh dua

1.6K 271 115
                                    

Jang Neulmin's

Aku pandang Taehyung yang wajahnya sudah kemerahan kerana menahan tangisan.

Aku larikan anak mata supaya memandang ke tempat lain.

Aku tak sanggup tengok dia macam ni. Aku tahu aku salah sebab dah buat dia sakit hati. Melihatnya menangis buat kan aku makin rasa bersalah.

" Tolong, Neul. Aku sayangkan kau sangat-sangat. Jangan tinggalkan aku " Taehyung mendekatkan tangannya yang sedang menggenggam kedua belah tangan aku ini dengan bibirnya. Lalu dia mengucup tangan aku. Aku dapat rasakan bibi hangatnya pada tangan aku.

Dan pada masa yang sama juga aku dapat rasakan ada cecair hangat mendarat di permukaan tangan aku.

Dia menangis. Kim Taehyung menangis. Bahunya terhinjut-hinjut kerana menangis dengan hebat sekali.

Jahat sangat ke aku buat dia macam ni?

" Aku cintakan kau lebih dari nyawa aku, Neul "

Aku masih diam di depannya. Sesekali aku mengerling dia yang masih mengucup tangan aku.

Taehyung, jangan buat aku macam ni. Aku tak nak dihantui rasa bersalah aku terhadap kau.

Tak. Aku tetap dengan keputusan aku. Apa jua yang berlaku sekalipun, aku tak boleh bersama dengan dia.

Aku tak nak terus memberinya harapan palsu.

Ketika Taehyung sedang menangis sambil merayu supaya aku tidak meninggalkannya, aku menepis kuat tangan dia.

" Tepi lah! " Kata aku kasar.

Maafkan aku, Kim Taehyung.

" Aku nak putus dengan kau sebab aku suka jadi diri aku yang dulu. Aku dah bosan dengan kau lagipun. Jadi mulai hari ni, kita dah tak ada apa apa. Jangan cari aku lagi dan jangan cuba rosakkan hubungan aku dengan Jungkook "

Sejurus selepas berkata begitu, aku terus pusingkan tubuh dan melangkah masuk ke dalam rumah tanpa menghiraukan Taehyung yang masih menangis dengan teruk.

Aku naik ke dalam bilik dan berdiri di balkoni, mata aku ralit memerhati Taehyung. Perlahan-lahan dia bangkit dan masuk ke dalam perut kereta.

Lama aku tunggu supaya dia pergi dari sini sehinggalah telefon aku berbunyi.

Taetae Neulmin 💜 is calling you ...

Aku menekan punat off.

Maafkan aku sekali lagi, Taehyung.

***

" So, kita memang getback? " Aku pandang Jungkook yang sedang bersandar di tepi pintu loker. Aku tersenyum senget.

" Kau rasa? " Aku jungkitkan kening. Sengaja ingin bermain dengannya.

" Hmm, tak tahu lah. Patut tak aku tanya cermin ajaib? Atau ibu peri? " Jungkook membuat aksi seperti dia sedang berfikir. Aksi lucu dan naif dia membuatkan aku ketawa kecil.

" Ibu peri cakap kita memang getback sebab seketul Neulmin dan seketul Jungkook tak dapat lupakan satu sama lain " Jawab aku.

" Yeke? Patut lah cuaca hari ni cerah semacam "

Aku menggelengkan kepala melihat perangai Jungkook yang tidak ubah seperti kanak kanak kecil yang baru membaca buku cerita fairytale.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now