" Kau sedar lah sikit diri kau tu. Selekeh nak mampus macam ni, kau fikir Jungkook akan pandang kau ke? " Dahi aku ditunjal perlahan. Sampai hati mereka memperlekehkan aku sampai macam ni.
Aku tundukkan kepala. Langsung tidak berani bersuara kerana kalau hendak dibandingkan dengan mereka, siapa lah diri ini.
" Jang Neulmin, dengan cara pemakaian kau ni, baik kau pergi jual ikan je lah dekat pasar sana "
" Yah Kang Jiyeon! "
Suara lelaki itu menyebabkan kami berdua menolehkan kepala ke tepi untuk melihat pemilik suara yang melaungkan nama Jiyeon dari jauh.
Dia, Jeon Jungkook.
" Pergi sana. Jangan berani ganggu Neulmin lagi " Kata Jeon Jungkook setelah dia berada di hadapan aku.
Jiyeon tersenyum sinis.
" Jungkook, you pilih perempuan selekeh tu? Hey Jungkook, sedar lah. Dekat dunia ni ramai lagi perempuan "
" Aku tak kisah "
Mata aku membesar ketika Jungkook memeluk bahu aku dari tepi.
" Walau selekeh macam mana pun dia, Jang Neulmin tetap adalah milik aku dan aku sayangkan dia "
Dengan kata-kata itu lah, aku dan Jeon Jungkook secara rasminya menjadi pasangan kekasih.
Walaupun hampir kesemua orang disini mentertawakan Jungkook kerana memilih perempuan selekeh seperti aku,
Walaupun hampir kesemua orang disini menghina aku,
Hubungan kami tetap teguh.
Jungkook tidak pernah berhenti membahagiakan aku.
Kerana dia betul betul sayangkan aku.
" Acehwahhh Neulmin. Semalam date dengan Taehyung ek? " Ahra menyenggol lengan aku. Aku segera tersentak daripada lamunan.
Oh God, kenapa aku teringat tentang kisah silam yang aku cuba lupakan itu pula?
" Seronok tak semalam? Kemain eh masing masing post gambar dekat Instagram " Ahra memandang aku dengan sengihan nakal. Aku menggulingkan mata seraya meraup rambut aku ke belakang.
" Tolong lah. Itu pun sebab aku kena paksa "
" Dia bawak kau pergi mana semalam? Aku nampak ada sungai je " Soal Ahra.
" Satu sungai yang entah dekat mana. Okay lah tempat tu. Tak ramai orang sangat dan tenang " Jawab aku. Ahra cuma membalas dengan anggukan kecil.
" Nanti aku nak ajak Jimin pergi sana lah. Dia tu asyik asyik bawak aku lepak kafe je " Wajah Ahra bertukar muram.
" Dahtu? Takkan kau nak dia bawak pergi kelab? Kau tu dah la jenis tak sosial macam aku. Kang dia cari perempuan lain dekat kelab tu baru kau tau "
Kata-kata aku membuatkan aku terima tamparan kecil pada lengan oleh Ahra.
" Hey! Jimin setia okay! "
Aku mengangkat bahu.
" Let's see then "
Ahra melepaskan dengusan kecil lalu dia bermain dengan telefonnya.
" Tapi Ahra... "
" Apa? " Ahra mengerling aku sekilas.
" Aku tak sangka yang Jungkook akan hadir semalam. Nasib aku tak pergi "
Ahra yang tadinya leka bermain telefon terus membaling telefonnya ke atas meja. Dia mendekatkan badannya dengan badan aku. Rak wajah aku bertukar terkejut.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanficif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.