dua puluh lapan

1.8K 261 182
                                    

Bibir aku digigit perlahan. Tangan yang aku memegang kotak first aid mula menggeletar.

Aku rasa hendak mengubah fikiran sekarang ini. Patut tak aku masuk ke dalam dan tolong merawat luka Taehyung?

Tapi macam mana kalau dia halau aku? Macam mana kalau dia tak nak tengok muka aku?

" Arhh macam mana ni?! " Getus diri aku. Kaki aku dihentak-hentak kerana aku bimbang dan gementar dengan pilihan aku.

Rambut aku dikusutkan dengan geram. Mata aku melirik ke dalam bilik rawatan ini untuk melihat Taehyung melalui tingkap yang terbuka.

Dia sedang berbaring di atas katil dengan tapak tangan dilekapkan pada dahinya. Pasti dia keletihan kerana bergaduh tadi.

Semasa aku sedang mencuri mengendap Taehyung, seseorang menepuk bahu aku. Bahu aku terhinjut seraya aku pusing ke belakang kerana tindakan refleks.

" Chanyeol.. Hai " Aku tersenyum kekok. Mesti dia fikir aku cuba stalk Taehyung.

" Dari tadi aku tengok kau terkinja-kinja dekat sini kenapa? Macam ada cacing dalam seluar kau "

" Ish, jangan nak menyibuk lah. Kau berambus sana " Aku menolak tubuh Chanyeol supaya dia pergi dari sini tapi dia mengeraskan badan. Dia memandang masuk ke dalam tingkap kemudian dia tersenyum senget.

" Kau tengah tengok Taehyung rupanya? "

Mata aku yang membulat itu membuntang besar. Mulutnya aku tekup sebab suara dia terlalu kuat. Kalau Taehyung dengar, mati aku.

" Diam la "

Chanyeol melepaskan tangan aku daripada mulutnya lalu dia ketawa nakal. Aku merengus geram.

" Kalau nak jumpa dia tu, masuk jela. Kang Joohyun tu datang, melepas lah kau " Katanya dengan sisa tawa. Matanya kini jatuh pada kotak aid yang dipegang oleh aku dari tadi.

" Oh nak rawat luka dia ek? Aww, so sweet " Chanyeol memuncungkan bibirnya dan membuat aksi comel. Wei aku jijik.

" Aku suruh kau berambus kan? Jangan nak sakat aku "

" Kau ni kalau masih sayang tu pergi jela. Lembab betul lah nak tunggu kau ambik langkah pun "

Tiba tiba Chanyeol membuka pintu bilik rawatan tersebut. Matanya mencari Taehyung.

" Weh kau tengah buat apa ni?! " Tanya aku dengan berbisik. Terselit nada kemarahan dan kegelabahan dalam suara aku. Aku tengah gelabah ni weh. Tangan aku tak henti-henti memukul lengan Chanyeol supaya dia berhenti buat kerja yang akan memalukan aku.

" Shuhh, kau diam " Chanyeol menyuruh aku diam. Aku meraup rambut aku ke belakang. Kenapa Chanyeol nak kena buat semuanya jadi semakin complicated?

" Taehyung, ada orang cari kau ni "

Aku memerhati Taehyung daripada tingkap. Matanya terbuka mendengar suara Chanyeol.

" Siapa? " Soal Taehyung dari dalam. Aku meneguk liur. Meremang weh dengar suara dia. Gerun.

" Ni ha. Dari tadi dok berdiri dekat luar "

Chanyeol menarik lengan aku lalu menolak aku masuk ke dalam bilik rawatan. Riak wajah aku yang gelabah tadi bertukar terkejut pula. Waduh, gawat.

" Okay lah. Aku ciao dulu. Rawat dia elok elok tau, Neulmin. Mana tahu cinta berputik balik okay bye Taehyung dan Neulmin " Ujar Chanyeol dengan sengihan nakal di muka pintu.

Tak sempat aku nak cakap apa apa, Chanyeol terlebih dahulu menutup pintu bilik rawatan meninggalkan aku dan Taehyung di dalam bilik ini.

" Chanyeol tak guna " Bisik aku.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now