" Kook, sudah lah tu. Balik rumah, jom? " Tangan Jiyeon memegang lembut bahu Jungkook.
Jungkook menggeleng kepalanya.
" Jiyeon, kalau kau nak balik, pergi lah. Aku masih perlukan masa untuk bersendirian " Kata Jungkook lalu meneguk beer yang dipesannya tadi di bar yang tidak ramai dengan orang. Hanya bunyi muzik klasik sahaja yang bermain dari tadi.
" Kook, you ni kenapa? Tadi elok je mood you ajak I keluar " Soal Jiyeon kehairanan. Setahunya, semasa Jungkook mengajaknya untuk meluangkan masa, elok sahaja angin dia. Entah kenapa tiba tiba jadi sendu semacam perangai lelaki kacak ini.
Sesuatu muncul di benak fikiran Jiyeon.
" Wait, jangan cakap yang ni semua sebab post Taehyung tadi. Jangan cakap yang you sedih sebab Neulmin dengan Taehyung dah bersama " Teka Jiyeon. Jungkook di sebelahnya masih tidak mengedahkan semua yang disebut oleh Jiyeon.
Dia perlukan masa untuk bersendirian. Bukannya hendak mendengar suara minah ini.
" Jeon Jungkook "
Pap!
Jungkook menghentak gelas kacanya dengan kuat pada permukaan meja.
" Kang Jiyeon "
Jungkook pusing menghadap Jiyeon. Matanya yang sudah memerah mencerlung tajam wajah Kang Jiyeon.
" Kau balik sekarang. Aku tak ada mood nak dengar suara kau " Arah Jungkook keras. Jiyeon ketawa sinis.
" Kenapa, Jungkook? I ingat you dah move on sepenuhnya dari Neulmin. Jadi kenapa you nak kena bersedih bagai? Come on Jungkook, bukan ke you sendiri yang ragu-ragu dengan perasaan you? "
" Ha ah. Aku memang ragu-ragu dengan perasaan aku. Dengan perasaan aku terhadap kau "
" What?! Apa you merepek ni? " Berkerut seribu dahi Kang Jiyeon selepas mendengar penyataan yang tidak masuk akal baginya daripada Jeon Jungkook.
" You heard me, Kang Jiyeon. Aku tak pernah berhenti cintakan Jang Neulmin. Kau cuma pilihan kedua "
Jungkook bangkit dari kerusi lalu mengorak langkah pergi dari situ.
" Jeon Jungkook! " Jiyeon memanggil nama Jungkook. Jungkook langsung tidak berpatah balik.
Jungkook runsing. Dia serabut.
Dia tidak tahu kenapa dia terganggu dengan hubungan Taehyung dan Neulmin. Sedangkan dia sendiri sudah mengaku pada Neulmin bahawa dia sudah melupakannya.
Tapi ketahian apakah ini?
Tidak mungkin dia ingin merosakkan hubungan mereka.
No. Jeon Jungkook bukan seorang yang gemar merosakkan hubungan orang lain.
***
Ketika aku berjalan di hallway blok A, semua orang memberi aku pandangan yang pelik. Lumrah untuk mereka membisik sesama mereka.
Pasti mereka sedang mengutuk tentang hubungan aku dan Taehyung. Psh, rileks la. Aku bukan serius pun dengan Taehyung.
" Neulmin !! " Terhinjut bahu aku dibuatnya apabila dua orang insan yang aku sangat kenali membuat aku terkejut dari belakang.
" Ahra, Jimin! Kalau aku mati akibat serangan jantung tadi macam mana? " Aku menjeling mereka halus. Mereka cuma tersengih sahaja.
Kadang-kala bila aku melihat mereka berdua, aku tak dapat nafikan yang mereka ini comel bersama. Cumanya, aku tidak berapa percayakan Jimin.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.