" Peluang kedua? " Taehyung menjungkitkan kening. Aku mengangguk kecil.
Aku menyesal bertanyakan soalan seperti itu. Kerana lihat lah wajah dia sekarang ini. Sudah bertukar menjadi ketat dan serius.
Aku tahu dia akan memarahi aku.
" Kau sedar tak apa yang kau cakap ni, Jang Neulmin? " Nada suaranya mula menjadi keras. Anak matanya menikam anak mata aku sedalam yang boleh sehingga aku berasa takut.
Aku sudah agak perkara ini akan terjadi. Taehyung sudah marah.
" Kau lupa apa yang kau dah buat dekat aku sebelum ni? " Rahang Taehyung mengeras ketika dia mengutarakan soalan tersebut dan urat-urat lehernya juga sudah jelas kelihatan. Dia benar-benar marah.
Melihatkan aku yang tidak menjawab soalannya, dia meninggikan suara untuk menyuruh aku bercakap.
" Jawab soalan aku, Jang Neulmin! "
Terhinjut bahu aku kerana terkejut dengan ketinggian suara dia. Hati aku tiba tiba terasa seperti ditikam dengan kuat.
Taehyung tak pernah meninggikan suaranya terhadap aku dan ini kali pertama dia berbuat sedemikian.
Aku meneguk liur dan cuba menahan air mata dari mengalir . Aku tak nak menangis.
" Aku ingat. Aku tak pernah lupa apa yang aku dah buat dekat kau sebelum ni, Taehyung "
" Jadi? "
" Jadi aku nak mintak peluang kedua. Peluang kedua untuk aku baiki hubungan kita dan untuk aku tebus semula kesalahan aku dekat kau, Taehyung "
Taehyung ketawa sinis sejurus selepas aku berkata begitu. Kemudian dia menatap aku dengan tajam semula.
" Kalau kau boleh sakitkan hati aku sebelum ni, mustahil kau tak akan ulangi perangai kau " Katanya. Kepala aku digeleng lambat.
" Tak, Taehyung. Aku tak akan buat benda yang sama balik. Tolong bagi aku peluang " Pinta aku. Taehyung tersenyum penuh kesinisan.
" Kau buang aku, Neulmin " Nada Taehyung meleret jatuh. Matanya juga sudah mula berkaca. Seperti kali pertama dia menangis kerana aku.
" Kau buang dan tinggalkan aku macam orang yang tak ada perasaan demi lelaki tu " Sayu saja suara Taehyung berkata. Ada getaran sedikit pada nadanya.
Aku mengetap bibir. Kata-kata dia membuatkan air mata aku mengalir. Aku kesal kerana meninggalkan dia.
" Dan sekarang kau mintak peluang kedua dari aku? Kau sedar tak yang kau dah jilat balik ludah kau sendiri? " Soal Taehyung. Aku terkelu dengan ayatnya. Ayatnya benar benar menusuk ke kalbu.
Ya. Aku mengaku yang aku menjilat semula ludah aku. Tapi aku lakukan semua ini kerana sayang. Aku sayangkan Taehyung.
" Kau tak rasa malu ke, Neulmin? "
" Aku sayangkan kau, Taehyung. Tolong lah. Tolong bagi aku satu lagi peluang untuk aku buktikan semuanya dekat kau " Aku menapak satu langkah ke depan tapi Taehyung pantas menapak satu langkah ke belakang. Tapak tangannya dinaikkan separa dada tanda menyuruh aku supaya tidak mendekatinya.
" Sayang? Kalau sayang kau tak akan tinggalkan aku. Kalau sayang kau akan menghargai aku. Kalau sayang kau tak akan buang aku. Tapi apa yang kau buat? Pergi mati dengan sayang yang penuh dengan kepalsuan kau tu, Neulmin " Sekali lagi dia memberi aku ayat yang menusuk.
Muka aku yang sudah kemerahan kerana menangis dan air mata yang tidak berhenti itu aku biarkan. Aku tidak mahu mengelap. Bukan untuk meraih simpat Taehyung tapi aku betul-betul sedang menangis kerana Taehyung.
YOU ARE READING
[ DIBUKUKAN ] He Never Know • Kim Taehyung
Fanfictionif we were still together, we'd still miss each other. and that's the reason why we are not.