sembilan

1.9K 274 26
                                    

Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap kereta. Yoongi di sebelah fokus memandu sambil bibirnya menyanyi kecil mengikut lagu yang sedang dimainkan oleh radio.

" Letih? " Yoongi tolehkan kepala dia sebelum pandang ke hadapan semula.

" Sikit "

" Jungkook jumpa kau ke tadi? "

Aku mengeluh berat. Perbualan aku dan Jungkook tadi bermain di minda.

" Lama kita tak bersua muka. Kau apa khabar, Neulmin? Atau aku patut panggil kau Neullie? Nama manja yang aku bagi dekat kau dulu? " Jungkook tersenyum manis.

" Jungkook, kita dah tak ada apa apa kan? Kenapa cari aku? Kenapa cakap dengan aku? Sedangkan dalam masa dua tahun ni, kau pandang aku pun taknak " Tanya aku dengan nada yang terselit kekecewaan.

" Neullie, tak salah kan kalau aku nak bercakap dengan kau? Walaupun kita dah tak ada apa apa, kau masih pernah ada kaitan dengan aku dulu "

" Lagipun aku rasa tak berbaloi kalau asyik mengelak dari kau. Jangan salah faham, Neullie. Aku cuma nak bercakap balik dengan kau. Aku harap di antara kita tak akan ada perasaan yang kekok " Jelas Jungkook.

Neullie.

Satu-satunya nama yang mampu membuat hati aku berbunga. Lebih lebih lagi jika keluar daripada bibir lelaki yang aku pernah cintai ini.

" Okay fine. Tapi ingat Jungkook. Aku dah tak suka kau dan aku percaya yang kau pun dah tak sukakan aku, right? "

" Ya. Aku dah move on sepenuhnya dari kau "

Ssap! Berhenti ! Aku dah tak nak teruskan.

Lembik. Aku bukan perempuan lembik yang akan terpedaya kepada permainan lelaki lagi.

" Jadi kau dah berbaik dengan Jungkook? " Tanya Yoongi.

" Kami tak pernah bergaduh pun. Hubungan kami pun berakhir secara baik. Cuma aku tak faham kenapa Jungkook mengelak dari aku "

" Haih. Pening aku dengan masalah kau ni. Banyak betul masalah kau dengan lelaki " Yoongi menggeleng-geleng kepalanya.

Eleh, aku tak suruh dia masuk campur urusan aku pun.

Tahu lah dia bukan kaki perempuan. Bercinta pun sekali dua je.

***

Ting Tong! Ting Tong!

" Ya! Sekejap! " Aku pantas menuruni anak tangga ke bawah sebaik sahaja aku mendengar bunyi loceng rumah ditekan. Tangan aku sibuk mengikat rambut menjadi sanggul.

Ting Tong!

" Sabar la "

" Tak reti sabar betul la " Aku membuka pintu rumah dengan malas. Terpapar lah wajah Kim Taehyung di muka pintu. Dengan sekotak ayam goreng mekdi di tangannya.

Weh tak habis lagi ke ayam goreng mekdi?

" Apa kau buat dekat rumah aku malam malam macam ni, Taehyung? " Tanya aku. Agak lah sikit nak datang rumah aku pukul 1 pagi pun. Nasib mama dengan papa outstation.

" Aku keluar dengan Jimin tadi dan lalu dekat kawasan rumah kau so aku rasa baik aku melawat kau. Dah alang alang kan? " Jelas Taehyung. Senyuman kotak dia terpancul di wajahnya yang serba kacak itu.

" Ayam mekdi tu untuk siapa? " Aku menjuihkan bibir menunjukkan ayam mekdi yang sedang dipegang oleh Taehyung.

Taehyung memandang kotak di tangan dia.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now