lima

2.6K 326 34
                                    

" Merenung ke luar jendelaaaaa "

" Woi adik, kau ni kenapa? Dari tadi termenung je? " Yoongi yang sedang memandu di sebelah menegur aku yang sedari tadi asyik mengelamun.

Aku pusingkan kepala ke tepi lalu mengeluh berat.

" Kau kenapa? Ada masalah? Tapi jarang lah kau nak ada masalah kan? " Yoongi mengerling aku sekilas.

" Tak ada apa lah. Aku okay " Balas aku perlahan.

" Yeke okay? Cerita lah kalau ada apa apa "

Aku membiarkan sahaja kata-kata Yoongi itu berterbangan bersama angin. Betul, aku memang tak ada masalah.

Cuma fikiran aku terganggu oleh Kim Taehyung. Aku tahu aku tak sepatutnya rasa macam ni dan aku tahu tak ada apa apa yang istimewa sampaikan aku harus rasa macam ni tapi ...

Kata-kata dia yang asyik menganggu aku.

Kenapa dia nak tolong aku berubah? Sedangkan selalunya pertemuan kami pasti diakhiri dengan tidak baik. Dua kali aku bercakap dengan dia, dua kali juga dia bercakap kasar dengan aku.

Tapi kenapa tadi dia cakap macam tu? Siapa dia nak tolong aku berubah? Aku sendiri pun tak ingin nak berubah. Hmm

" Yoongi " Aku memanggil Yoongi. Aku membetulkan posisi duduk aku supaya badan aku menghadap Yoongi yang leka memandu.

" Ya? "

" Kau kenal Kim Taehyung? Pelajar Business " Tanya aku secara direct

" Kim Taehyung? Emm kejap bagi aku fikir " Jari jemari Yoongi bermain pada stereng kereta. Bibirnya dikemam dua tiga kali sambil otaknya ligat mengingati nama Kim Taehyung.

" Ahh Kim Taehyung. Yang suara garau tu ek? Tak silap aku ayah dia businessman "

" Ohhh really? Tak tahu pulak yang ayah dia tu ada syarikat sendiri "

" Biasalah tu sebab Taehyung jenis berahsia. Tak ramai yang tau pasal keluarga dia. Kenapa? Kau berminat ke dengan dia? " Soalan Yoongi membuatkan aku terdiam. Aku berminat dengan Taehyung? No way

" Aku tanya je. Tak berminat pun " Aku mencebik

" Kau suka dia ek? " Yoongi menjungkitkan keningnya beberapa kali dengan senyuman yang nakal. Aku menampar perlahan lengan dia.

" Mati hidup balik pun aku tak akan suka dia la, Yoongi. Mulut laser macam dia siapa je nak? "

" Mulut dia memang laser sikit. Tapi dia baik tau "

" Bukan sikit tapi banyak " Aku menjeling Yoongi tajam. Kalau lah dia tahu apa yang Taehyung pernah kata dekat aku.

Tapi kalau Yoongi tahu pun, mesti dia akan back up Taehyung. Psh.

" Kalau kau suka dia, confess tau. Nanti ada perempuan lain kebas dia baru kau menyesal. Lagipun tak sabar aku nak tengok kau ada permanent boyfriend. Selalunya pakai buang je " Kata Yoongi berbaur sindiran. Kurang asam! Berani dia sindir aku macam ni.

" Diam Yoongi sebelum kau jadi punca kita accident "

Aku mengeluh berat lalu melemparkan pandangan ke luar tingkap.

***

" So kau nak kata dekat aku yang Taehyung nak tolong kau berubah? Macam tu? " Soal Ahra. Aku mengganguk perlahan sambil mengangkat gelas kecil ke bibir.

" Wait. Bukan ke dia tu jenis yang cakap tak tapis? Ketahian apa ni semua? Ni bukan drama Nur tau "

" Tapi Neul, serius la Taehyung cakap macam tu dekat kau? " Kini Jimin pula yang menyoal aku. Jimin dan Ahra yang ajak aku lepak dekat bar malam ni. Aku ingatkan malam ni nak duduk rumah je sebab tak ada mood nak berseronok.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now