tujuh belas

1.7K 276 113
                                    

" Tak bermakna? Kau cakap hubungan kita ni tak bermakna? " Taehyung menatap anak mata aku. Pandangannya seolah-olah aku membuat satu keputusan yang bodoh.

Aku mengangguk lambat. Taehyung mengeluh berat lalu bangkit dari bangku yang mereka duduki.

" Jangan cakap perkara bodoh " Taehyung ingin melangkah pergi tapi aku memanggilnya dari belakang. Itu menyebabkan dia berdiri membelakangi aku tanpa sempat bergerak.

" Aku tak cakap benda bodoh, Taehyung. Jujur dengan aku, kau dah penat dengan aku kan? " Tanya aku.

Taehyung mengangguk. Dia pusing menghadap aku. Wajahnya masih dingin dan langsung tiada senyuman seperti selalu.

" Ya. Aku penat dengan kau. Sebab kau tak pernah bagi apa yang aku nak. Aku nak cinta aku dibalas. Susah sangat ke? "

Aku tundukkan wajah. Aku tak berani nak pandang wajah Taehyung yang dingin itu.

" Pandang aku bila aku bercakap, Jang Neulmin "

" Jang Neulmin "

Taehyung melepaskan nafas apabila aku masih tidak mahu memandang dia. Dia berjalan menghampiri aku lalu mengangkat wajah aku dengan jarinya.

Wajah aku ditilik dari dahi hingga ke dagu. Anak mata aku sudah bergetar dengan pandangan yang Taehyung berikan.

Kenapa aku macam ni? Kenapa aku cepat sangat kalah dengan Taehyung? Mana Neulmin yang selalu?

" Sekali lagi aku tanya kau. Kau sayangkan aku? "

Aku mengangguk.

" Boleh kau cintakan aku? "

Kali ini aku tidak mengangguk mahupun menggeleng. Aku tak boleh jawab soalan macam ni. Bukan mudah kerana hati aku masih pada seseorang yang pernah membahagiakan aku.

" Jang Neulmin, boleh kau cintakan aku? " Taehyung sekali lagi mengulangi soalannya.

" A-aku tak tahu "

Taehyung melepaskan dagu aku. Dia menghela nafas seraya mengangguk.

" Esok malam jumpa aku dekat tasik semalam. Kita putus dekat sana "

Taehyung melangkah pergi meninggalkan aku. Terdapat senyuman penuh makna pada bibirnya selepas dia berjalan pergi.

***

Aku duduk di tepi kolam renang. Wajah aku muram dan kusam sahaja sejak pulang dari kampus.

Hati aku terasa kosong. Dan aku sedari tadi sedang cuba untuk menahan tangisan.

Aku tak patut menangis kerana seorang lelaki. Ini bukan diri aku yang sebenar.

Esok malam, aku akhirnya akan berputus dengan Taehyung. Mungkin selepas ini aku akan dapat mencari kebahagiaan yang sebenar.

Tiada lagi kesengsaraan. Yang ada cuma lah kebahagiaan.

Aku akan bebas daripada tangan Taehyung. Aku berhak untuk melakukan apa apa sahaja selepas ini. Aku boleh sentiasa ke kelab, cari lelaki lain dan sebagainya.

Bebas. Aku sukakan kebebasan.

Kerana sejak aku bersama dengan Taehyung, aku dihalang untuk memakai pakaian seksi seperti sediakala, aku dihalang untuk bergaul dengan lelaki di kelab.

Tak apa. Mulai esok, aku boleh kembali ke perangai asal aku.

Aku gembira. Ya, aku gembira.

Hahahah tak. Sejujurnya aku tak gembira langsung.

[ DIBUKUKAN ] He Never Know •  Kim Taehyung Where stories live. Discover now