YARA tergamam melihat masakan yang dibuat oleh Fazriq. Mereka sudah sepakat tadi yang dia akan masak beberapa jenis hidangan manakala Fazriq akan buat desert. Desert itu terasa sangat sedap dan tidak sabar untuk menari di dalam mulutnya.
"Bos, boleh tak saya rasa sikit desert tu?"Soal Yara meminta kepastian. Fazriq tersenyum.
"Ambillah tapi sebagai balasan saya nak rasa sikit masakan awak ni. Menepati atau tak citarasa Farhana."Yara angguk laju. Fokusnya hanya pada desert itu sahaja ketika ini.
Fazriq ambil sedikit masakan sambal udang Yara dan memakannya. Bibirnya ukir senyuman senget. 'hmm. Sedap!'
Yara yang masih menikmati desert ditenung sekilas. Wajah itu biasa tapi cukup membuatkan orang yang melihat terpegun dengan disebabkan aura tenangnya. Apabila Yara tersenyum dia turut ikut sama tersenyum. 'haihh.. kuatnya penangan awak Yara.' bisik hati Fazriq.
Yara alih pandangan memandang Fazriq apabila dia sedar pandangan bosnya itu tidak berganjak daripada melihatnya. Yara letak sudu. Tisu diambil dan tepi bibirnya dilap perlahan. "Sorry, bos."
Fazriq tersedar. "Sorry? Why?"
"Saya buat bos tak selesa pula rasanya."
"It's okay. Saya tak kesah Yara." Ujar Fazriq. Dia meneruskan makan masakan Yara. Yara hanya mampu memerhati Fazriq dari tepi. Dari tepi ini dia masih dapat melihat senyuman nipis Fazriq yang terbit dari bibir merah lelaki itu. Rasa terbuai dengan perasaan sendiri. 'hailah.. kenapalah bos aku ni hensem sangat?' monolog Yara dalam hati.
Handphone Fazriq berbunyi. Menggunakan isyarat tangan Fazriq meminta untuk Yara mengambilnya diatas meja. Yara hanya mengikut. Sempat matanya melihat nama pemanggil. 'My sweetheart? Girlfriend bos ke?'
"Awak tolong jawabkan panggilan tu." Arah Fazriq. Yara tunjuk dirinya sambil matanya sudah bulat memandang Fazriq. Biar betul dia ni? Kang girlfriend dia tak nahas aku kena smackdown.
"Err.. tak apa ke? Macam orang special aje ni."
"Jawab aje Please. Dia takkan makan orang pun."
Yara angguk perlahan. Akhirnya dia menjawab juga panggilan itu. "Abang! Zhaf dgn Hana dah sampai ni. Abang kat mana?"
"He.. hello?"FARHANA tenung skrin handphonenya semula. Dia tak salah nombor. Kenapa bukan Fazriq yang jawab?
"Hello. Siapa ni?"soal Farhana sopan. Zhafran menoleh memandang Farhana. Pelik. Tidak lama selepas itu muncul senyuman gembira Farhana. "Yara rupanya! Hana ingat siapa tadi yang jawab call. Abang kat mana?"
Panjang mereka berbual sehingga Zhafran terpaksa mencuit tangan Farhana. Bukan apa dia rasa sunyi aje.
"Nanti kita jumpa ya!"panggilan ditamatkan setelah Salam diberikan. Zhafran jongket kening memandang Farhana.
"Tadi tu bakal wife abang Riq."
"Seriously? Sayang nampak mesra aje? Dah pernah kenal ke?"
"Kenal jugalah. Hari tu abang Riq dengan Yara yang tolong belikan kek tu yang kenal tu. Tapi kan abang, mereka tu sesuai tau."Zhafran tersengih mendengar cerita isterinya itu.
"So, dapat tak bercakap dengan abang Riq?"Farhana geleng. "Yara kata abang tengah makan."
"Oh ya. Sayang, why not kita masuk sekarang? Abang pun dah lapar ni."
"So sorry abang! Hana lupa."Zhafran hanya geleng kepala.
Skip*
Malam itu sebaik semua mendengar khabar yang Zhafran sudah hampir pulih dari keadaannya mummy terus mencadangkan mereka sekeluarga membuat pesta bbq. Orang yang paling bersemangat adalah mama dan mummy dan yg lain hanya mengikut sahaja.
Fazriq hanya diam memandang keriuhan rumah banglo 3 tingkat itu. Dia terfikirkan sesuatu tapi tidak tahu sama ada sesuai atau tidak untuk dia katakan sekarang.
"Riq? Kenapa kamu diam aje dari tadi?"soal daddy. Fazriq sedikit tersentak tapi dia hanya tersengih.Fazriq berdiri membuatkan semua yang ada di ruang tamu ketika itu terdiam. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.
"Riq nak kahwin. As soon as possible. Lagi bagus tak payah tunang terus nikah."
Semua tergamam.
"Riq biar betul? Kenapa nak kahwin pula tiba-tiba ni?"soal mummy.
" Mummy.. Ini kan yg mummy tunggu selama ni?"
"Yeah but why now? Something happen? Atau Riq dah..." Mummy pandang Fazriq tajam. Fazriq faham apa yg cuba disampaikan.
"Astaghfirullahalazim. Riq tak buat lah! Riq cuma nak tamatkan zaman bujang ni. Ingat Hana aje ke nak bahagia? Riq pun nak juga. Have a wife, children.." Jelas Fazriq. Mummy tersenyum gembira. "Bagitahu alamat keluarga dia. Nanti kami uruskan. Betul tak daddy?"
Daddy angguk sambil tersenyum.
"Wah! Nampaknya kita akan ada keluarga baru tak lama lagi!" Sambut mama girang. Semua turut gembira mendengar.
"Riq, apa nama dia?" Soal mummy lagi.
"Rasanya Hana tahu apa." Fazriq urut belakang tengkuk sambil tersengih sahaja.
"Apa?"
"Yara, mummy. Kalau nak tahu Yara pandai masak, lembut, cantik pula tu." Puji melambung Farhana. Buntang mata Fazriq. Melebih pula budak ni.
"Hmm.. Kalau dah macam tu sesuai sangatlah untuk Riq ni."
Semua gelak gembira. Fazriq hanya mampu tersenyum manis.*skip
Farhana membantu Zhafran untuk berdiri. Kakinya sudah semakin kuat untuk berdiri.
"Kan Hana dah kata abang mesti sembuh balik" Zhafran hanya senyum mendengar kata-kata Farhana. Betul. Dia akui.
"Abang nak sembuh untuk anak-anak kita." Ucapnya bersama senyuman. "Untuk Hana?"
Zhafran pandang Farhana. Dia sekadar senyum. Farhana turut senyum sambil memimpin Zhafran untuk keluar dari bilik.
Bari beberapa langkah yang diatur Handphone Farhana berbunyi. Melihat nama si pemanggil membuatkan dia sedikit cuak.
"Abang, Hana sambut call dulu."
"Okay." Zhafran hanya melihat Farhana pergi. Hatinya rasa pedih. Dia tahu siapa itu. Langkah payah diatur untuk keluar dari bilik.
..................
"MAAFKAN saya, Ira. Saya sedar kesalahan saya menjadi punca awak berpisah dengan Zhafran." Farhana terdiam. Dia cuma mahu mendengar sahaja.
"Saya nak minta maaf dekat awak berdua..."
"Carl. Saya dah tak nak dengar. Saya dan Zhafran dah kembali semula. Semuanya dah selesai. Saya harap lepas ni awak tak hubungi saya lagi." Farhana putuskan talian.# Hello! Sorry lama sangat menghilang. Sis belanja satu bab OK? But sorry kalau sikit sangat. Feedback, vote and follow sis OK?
YOU ARE READING
kapten ragbi sekolah... suamiku? 2
RomanceIni kisah Farhana dan Zhafran setelah mereka menjadi dewasa dan mampu utk membina kerjaya sendiri. Tujuh tahun usia perkahwinan yg dibina semua diisi dgn memori yg indah tapi ulang tahun perkahwinan yg sepatutnya disambut gembira dan penuh kesyukura...