"Saya nak tunaikan kehendak dia."
Bulat mata Yara melihat Farhana. Apa maksud wanita itu? Takkanlah...
"Puan..."
"Panggil Hana aje. Saya bukan bos Yara."tegur Farhana terlebih dahulu. Yara tersengih ditegur begitu. Dia berdehem seketika sebelum kembali serius.
"Hana nak buat apa?"Farhana senyum dan melihat Yara kembali. "Hana tak tahu kenapa dia buat macam ni. Tapi kalau dengan perpisahan yang dia nak... Maybe semua ni akan berakhir? Who knows, right?"
"Kalau ia berakhir dengan kegembiraan itu bonus. Tapi kalau semua ni berakhir dengan kepahitan? Yara risau pahitnya takkan mudah untuk hilang even bertahun."kali ini Yara mula menyuarakan kebimbangannya.Farhana terdiam. Sudah ke dia bersedia untuk meneruskan hidup tanpa Zhafran di sisinya lagi? Ketika itu dia akan bahagia ke? Atau akan lebih menderita?
"Hana."seru Yara. Farhana memandang Yara.
"Yara tak pernah bercinta jadi Yara tak boleh nak nasihat lebih tapi apa yang Yara harap.. Hana akan cari jalan terbaik dan bila Hana dah puas berusaha tapi keadaan tiada perubahan, buatlah keputusan yang boleh bahagiakan Hana."Farhana senyum mendengar kata-kata Yara.
"Terima kasih, Yara. Terima kasih.."Skip*
SARAPAN pada pagi itu ceria seperti tidak ada apa yang berlaku semalam. Mama dan papa juga seakan terlupa apa yang dia telah ucapkan semalam. Zhafran tarik kerusi dan duduk disebelah Farhana.
"Abang nak nasi lemak ke atau mee goreng?"soal Farhana ceria sahaja. Keceriaan Farhana membuatkan Zhafran bertambah pelik.
"Zhaf, orang tanya tu."tegur papa yang perasan Zhafran seolah mengelamun jauh.
"Nasi lemak aje."Farhana mengambil mangkuk berisi nasi lemak dan diletakkan atas pinggan Zhafran. Setelah itu sambal bilis dan kacang pula diambil.
"Hari ni Hana masakkan nasi lemak special untuk abang. Dah lama kan Hana tak masakkan untuk abang?"ramah Farhana bertanya. Zhafran ukir senyum ikhlas. Ya. Sudah tentu lama sehingga dia turut merindui nasi lemak air tangan isterinya itu.Suasana di meja makan itu ceria diselangi dengan usikan mama dan papa. Farhana juga tidak ketinggalan sama.
"Ma, pa. Hana nak bagitahu sesuatu."kali ini Farhana berubah serius. Zhafran turut tertarik dengan apa yang bakal Farhana katakan.
"Apa dia, Hana? Papa nampak macam serius aje."Farhana letak sudu perlahan. Dia memandang tepat kearah mama dan papa.
"Hana terfikir nak buka cafe. Hana nak minta izin juga dari mama dan papa. Boleh tak Hana nak buka cafe?"
"Papa tak ada masalah, Hana. Baguslah kalau Hana terfikir untuk buat business baru lagi tapi macam mana dengan butik yang Hana uruskan tu?"
"Betul tu, Hana. Mama pun setuju. Tapi butik tu kan Hana yang urus selama ni. Siapa yang nak gantikan Hana pula lepas ni?"kali ini mama pula mengutarakan rasa bimbangnya.Farhana tersenyum. Dia tahu menguruskan dua business dalam satu masa bukan perkara yang mudah tapi itu akan diuruskan nanti.
"Insyaallah boleh, mama. Hana teringin nak ceburi bidang baru pula."jawab Farhana yakin.
"Hana pasti ke?"Semua terdiam mendengar. Zhafran masih selamba menyuapkan nasi ke mulutnya.
"Kalau Hana usaha dan tawakal insyaallah. Hana tak jamin tapi insyaallah."
"Kalau abang tak izinkan?"kali ini Zhafran memandang Farhana yang duduk disebelahnya.Bibit pergaduhan seakan mahu tercetus ketika itu. Farhana juga diam merenung Zhafran dalam.
"Eh, sedaplah mee goreng Hana buat ni. Abang, cuba rasa mee goreng yang menantu awak masak ni."mama terpaksa mengubah topik perbualan sebelum keadaan menegang.
"Zhaf dah kenyang." Zhafran terus berdiri meninggalkan meja makan. Jika bukan disebabkan panas hatinya pasti dia akan menghabiskan nasi yang masih berbaki separuh itu tapi tidak tahu kenapa hatinya sakit untuk tetap bertahan di situ.Apabila langkah Zhafran semakin menjauh, mama menyentuh jemari Farhana erat.
"Dah. Nanti Zhaf sejuk lah tu."pujuk mama. Farhana hanya senyum hambar. Hati tawar. Tawar setawarnya...........................
DOKTOR Shah memeriksa fail kesihatan Riana yang berada di hadapan katil. Dia memeriksa dengan penuh teliti sehingga dia tidak perasan dirinya diperhatikan.
Riana hanya diam menilik wajah doktor lelaki itu. Sejuk sahaja matanya melihat tingkah doktor itu. Doktor Shah mengalihkan pandangannya kearah Riana yang masih tidak lepas melihat dirinya.
"Ehem. Cik Riana, macam mana awak rasa hari ni? Better?" Soal Doktor Shah. Riana tersedar dari khayalnya. "Saya dah rasa okey sikit, doktor."
"Baguslah. Cuma nurse bagitahu saya pagi ni awak tak nak makan bubur yang hospital dah sediakan. Kenapa? Ada rasa mual ke apa?"
"Tak lalu, doktor. Bubur tu tak rasa apa. Tawar."ringkas jawapan Riana.
"Biasalah makanan hospital. Semua dah ikut diet khas untuk pesakit. Kalau awak nak makan yang cukup segala rasa tu kena cari kat restoran."selamba badak saja doktor Shah memberikan jawapan balasnya.Riana tersengih. Betul lah apa yang doktor tu katakan.
"Doktor, bila saya boleh keluar?"soal Riana. Doktor Shah pandang Riana dan letak fail kesihatan Riana diatas meja kembali.
"Bila saya rasa awak dah bersedia untuk balik."
"Bila doktor?"
"Sampai awak dah pulih sepenuhnya. Sekarang ni saya masih perlu pantau tahap kesihatan awak."Baru Riana ingin bertanyakan lagi pintu bilik wad dikuak dari luar. Wajah Razif terpacul dari sebalik daun pintu.
"Saya menganggu ke?"Doktor Shah senyum dan geleng. "Tak apa. Saya pun dah selesai kat sini."Razif senyum dan melangkah masuk. Doktor Shah keluar dari wad bagi memberi ruang buat dua beradik itu.
"Ria okey?"Soal Razif simpati. Riana angguk dan senyum. "Ria okey."
"Ria, kalau abang tanya ni abang nak Ria jawab dengan jujur. Boleh?"Razif sudah tidak dapat menahan sabar untuk bertanya hal yang berlaku antara Riana dan Zhafran.
"Tanyalah."
"Apa yang jadi sebelum ni? Ria buat apa sampai sanggup nak bunuh diri sendiri?"Riana terdiam. Perlukah dia buka aibnya kepada Razif? Rasa malu mula menguasai dirinya sendiri.
Skip*
Pintu bilik diketuk perlahan. Zhafran yang termenung di balkoni bilik melangkah perlahan-lahan menuju ke pintu.
Apabila pintu bilik terbuka, wajah Farhana menghiasi matanya. Langkah diatur perlahan ke katil.
"Hana nak apa?"soalnya dingin.
"Maaf. Hana mengganggu abang kan? Tapi boleh tak Hana nak pinjam sikit aje masa abang? 1 seminit pun jadilah."rayu Farhana. Zhafran lepaskan keluhan berat. "Cakaplah nak cakap apa."
"Abang, betul ke hubungan ni dah tak boleh diperbaiki lagi?"Zhafran terkedu sendiri mendengar soalan Farhana.
"Abang malas nak bincang pasal ni..."
"3 hari aje abang."pintas Farhana sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya. "3 hari aje Hana nak. Hana nak imbau semula masa kita dulu. Selepas 3 hari ni. Hana serahkan segala keputusan kepada abang untuk tentukan hala tuju rumahtangga kita ni."
"Hana merepek apa ni?"bidas Zhafran. Dia tidak faham apa yang Farhana maksudkan. "Hana tak merepek abang. Hana nak tunaikan kehendak abang. Tapi sebelum tu benarkan Hana rasai kenangan kita yang dulu buat kali terakhir?"sekali lagi Farhana meminta. Dengusan dilepaskan Zhafran. "Buatlah apa yang Hana nak buat dalam tempoh 3 hari tu."Putus Zhafran. Bukan dia sengaja mahu menyakiti Farhana tapi dia... Argh!
"Okey."Ujar Farhana sambil tersenyum hambar.
TBC
P/S: vote, follow and comment!😘
YOU ARE READING
kapten ragbi sekolah... suamiku? 2
RomanceIni kisah Farhana dan Zhafran setelah mereka menjadi dewasa dan mampu utk membina kerjaya sendiri. Tujuh tahun usia perkahwinan yg dibina semua diisi dgn memori yg indah tapi ulang tahun perkahwinan yg sepatutnya disambut gembira dan penuh kesyukura...