RAZIF termenung melihat situasi adiknya yang masih tidak sedarkan diri seolah bermimpi panjang. Walaupun Riana berjaya melepasi tahap kritikal, namun wanita itu seakan tidak mahu untuk bangun lagi.
"Nia... Berubahlah, sayang."ujar perlahan sahaja.Ya. Dia sudah tahu apa yang terjadi dan kini dia menyesal. Carl yang berusaha untuk mencari tahu punca sebenar turut sama berada dalam kekesalan. Fikirannya menerawang pada hari pertama pertemuan dia dan Zhafran sepatutnya dia sudah mengagak ada yang tidak kena tapi matanya dibutakan kerana terlalu sayang akan adiknya itu.
Tangan seseorang menyentuh bahunya. Razif berpaling ke tepi. Doktor Shah yang bertanggungjawab untuk merawat Riana kini berdiri disebelahnya.
"Sayangkan? Cik Riana ada rupa dan segalanya tapi memilih untuk menelan berdozen ubat tidur."komen Doktor Shah.Razif tersenyum pahit. "Dia dah pilih jalan ni, doktor. Saya sendiri lalai dalam menjalankan tugas sebagai abang. Kalau lah saya cuba fahami dan perhatikan betul-betul apa yang dia lakukan selama ni... Everything not going to turn like this."
"Awak tak boleh berputus asa, encik Razif. Kalau awak berputus asa macam ni bagaimana dengan cik Riana? Saya tak jamin dia akan bangkit sendiri tanpa sokongan sesiapa." Doktor Shah sekali lagi menepuk bahu Razif perlahan. "Belum terlambat untuk perbetulkan semuanya. Saya pergi dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam..."jawab Razif perlahan. Kata kata Doktor Shah bermain dalam fikirannya.
.............................
TENGAHARI itu Fazriq membawa Yara dan anak anak buahnya balik ke rumah daddy dan mummy. Pada mulanya setelah selesai shopping Yara mahu Fazriq menghantarnya ke hotel semula tapi Fazriq berkeras mahu Yara mengikutinya balik lunch di rumah.Yara masuk ke dalam dapur untuk melihat apa yang boleh dia bantu. Hanya seorang sahaja pembantu yang berada di dapur ketika itu.
"Ada yang Yara boleh tolong?"tegur Yara. Wanita separuh abad itu terkejut sambil mengurut dadanya.
"Cik Yara, jangan tegur macam tu. Terkejut mak Nab ni."Yara tersengih nakal.
"Mak Nab, ada yang boleh Yara tolong tak ni?"
"Eh! Takde apa dah ni. Mak Nab boleh buat sendiri. Yara duduk aje kat depan ya?"
"Takpelah, Mak Nab. Yara seganlah duduk sana tak buat apa. "Ujar Yara masih mahu membantu Mak Nab.Sayur yang berada di dalam singki diambilnya. "Yara tolong potong ya?"
Mak Nab tersenyum. "Yelah. Nanti kamu tolong Mak Nab masak sayur tu ya? Mak Nab nak solat kejap. Kamu dah solat ke?"
"Saya cuti Mak Nab. Kalau tak memang tak nampak batang hidung saya kat sini ni."seloroh Yara. Mak Nab tergelak perlahan. "Ada ada aje kamu ni. Mak Nab solat zohor kejap ya?"
"Okay, Mak Nab."Lincah sahaja tangannya memotong kecil brokoli berwarna putih dan hijau sebelum mengambil cendawan untuk ditumis bersama.
Setelah siap memotong sayur. Yara panaskan kuali leper yang memang sudah sedia di situ. Bawang dan ayam yang dipotong dadu dimasukkan ke dalam kuali setelah ayam kelihatan keperangan sedikit barulah Yara masukkan brokoli dan cendawan tadi.
"Hmm... Sedapnya bau." Yara pantas menoleh ke belakang. Mummy yang bertelekung tersenyum memandang kearahnya.
"Da... Datin. Maafkan saya. Saya cuma nak tolong Mak Nab masak aje."gugup Yara. Mummy senyum ceria. "Auntie Tak marah pun. Teringin juga nak rasa masakkan Yara. Fazriq kata Yara masak sedap. Lagi lagi masakkan kampung."
"Takdelah, datin. Saya tolong masakkan sayur ni aje yang lain Mak Nab yang masak."
"Tak perlu nak panggil Auntie ni datin, Yara. Panggil Auntie aje. Kalau nak panggil mummy pun tak jadi masalah." Yara tersengih mendengar kata kata Mummy. "Auntie nak solat ke ni?"
"Haah. Kamu dah solat?"soal Mummy.
"Saya cuti sekarang ni, Auntie."
"Ohh.. Takpelah. Auntie Naik solat dulu ya?"
"Baik, Auntie.".....,.................
Selesai semua kerja memasak Yara bergerak ke ruang hadapan. Niat mahu mencari Fazriq yang masih belum muncul sejak tadi. Lalu sahaja dia dikawasan bilik tempat Arash dan Aisya bermain dia menangkap pertengkaran antara dua beradik itu.
YOU ARE READING
kapten ragbi sekolah... suamiku? 2
RomanceIni kisah Farhana dan Zhafran setelah mereka menjadi dewasa dan mampu utk membina kerjaya sendiri. Tujuh tahun usia perkahwinan yg dibina semua diisi dgn memori yg indah tapi ulang tahun perkahwinan yg sepatutnya disambut gembira dan penuh kesyukura...