Special KRSS #3

263 16 2
                                    

SEMAKIN hari Farhana rasa kurang selesa dengan jiran baru mereka itu. Sudah masuk 2 minggu mereka terima makanan dari Nia hampir setiap hari melainkan jika mereka tiada di rumah.

Hari ini Nia menghantar lagi makanan kepada mereka.

"Abang, abang tak pelik ke Nia tu hampir tiap hari hantar makanan kat kita."Farhana bertanya. Zhafran yang sibuk menemani Arash dan Aisya bermain permainan mereka turut terdiam seketika.

"Abang ada juga rasa something tapi tak nak lah fikir bukan bukan masa bulan puasa ni. Tak baik sayang."

Farhana angguk tanda mengerti. Tapi hatinya tetap rasa tidak sedap. Kenangan lepas kembali bermain di fikirannya.

Zhafran menoleh melihat Farhana disisinya. Wanita itu mengelamun namun dia seakan dapat membaca fikirannya.

"Abang janji abang takkan curang lagi." Farhana pandang suaminya.

"Apa yang abang pernah buat dulu abang takkan ulang lagi." Tambah Zhafran lagi. Farhana sudah tidak keruan. "Abang..."

"Ya sayang. Tahu masa tu abang tak sedar tapi luarannya still abang. So, kali ni abang akan sedaya upaya untuk jaga keluarga kita ni. Abang takkan gagal kali ni." Jemari Farhana dicapainya lalu dikucup.

"Sayang percaya abang kan?"

Senyuman terukir dibibir masing masing.

"Percaya."

"Good girl."Pipi Farhana dicuit Zhafran.

"Hana tahu Hana good girl." Kembang setaman dia dipuji Zhafran. "Tapi kita ada masalah sekarang ni."

Zhafran angkat kening. Farhana menjuih bibir kearah bekas makanan yang baru diberi tadi.

"Nak bagi apa lagi ni? Hana dah tak tahu."

"Macam ni. Sayang masak lah lauk berbuka lebih sikit hari ni. Sebelum terawih nanti abang bagi kat dorang." Zhafran memberikan idea.

"Tapi abang nak makan hari ni masak lemak siput sedut boleh? Abang teringat ingat masak lemak siput sedut yang abang Riq sent kat abang ni."

Farhana terkekek ketawa. Abangnya itu tak habis habis dengan mengidam itu ini.

"Jap lagi Hana masakkan. Ni, abang tolong sayang kemas mainan dorang ni dulu. Tengok tu masing masing dah ambik tempat nak landing."

Arash dah Aisya sudah baring di sofa sambil mata mereka fokus kearah tv.

.................

"Nia, boleh tak lepas ni Nia tak perlu lah hari hari bagi makanan kat kitaorang. Rasa tak selesa sebab tengok jiran lain Nia tak bagi pun. Apa pula orang kata nanti." Wajah Nia berubah.

"Kenapa abang? Nia masak tak sedap ke?"

"Bukan macam tu Nia. Cuma saya dengan Hana tak berapa selesa. Dah selalu sangat bagi makanan ni. Sekali sekala takpe tapi ni hari hari macam lain pula." Balas Zhafran dengan suara yang cuba ditahan tahan.

Puan Kamariah hanya melihat dan mendengar saja. Menggeleng dia melihat perangai anak daranya itu.

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Nia."

Tak lama lepas tu Nia masuk ke dalam rumah bersama bekas makanan ditangan.

"Nia, mak nak cakap sikit." Akur. Nia duduk di sofa ruang tamu.

"Mak tahu kamu ada perasaan dengan Zhafran tu. Dah dah lah tu Nia. Kamu bukan tak tahu dia dah ada isteri. Mak tengok isteri dia tu bukan main lawa lagi. Jangan lah nak jadi penyondol berjaya. Kumbang kat Malaysia ni ramai lagi kamu tinggal pilih je nak yang mana tu pun kalau dorang nak lah." Sempat lagi Puan Kamariah memerli Nia. Nia cebik bibir mendengar perlian maknya.

"Yelah mak. Nia move on jelah." Nia helah nafas berat.

"Haa letak lah dulu makanan tu. Pergi bersiap. Kita nak pergi masjid ni."

"Baik, mak."

Skip

"Assalammualaikum kak Hana."

Farhana yang baru menyarungkan selipar memandang kearah suara itu. Puan Kamariah dan Nia berdiri dihadapannya.

"Waalaikumussalam Nia. Ni mak Nia ya?" Puan Kamariah senyum sebelum tangannya dihulur untuk bersalam dengan Farhana.

"Kak, Nia nak minta maaf sebab buat kak Hana dengan Abang Zhaf tak selesa dengan cara Nia. Nia tahu salah buat macam tu untuk tarik perhatian abang Zhaf. Nia minta maaf ya kak?" Nia memeluk tubuh kecil Farhana yang masih tercengang.

"Eh takpe. Akak tak marah pun. Takpe takpe."

Pelukan dileraikan. Zhafran datang bersama Arash. Aisya menarik baju Zhafran tanda mahu didukung.

"Abang, Nia minta maaf kalau buat abang tak selesa. Baru Nia sedar tak patut Nia buat macam tu."

Zhafran hanya tersenyum. "Takpe Nia. Small matter."

"Ni Nia dengan makcik balik naik apa? Boleh lah gerak sekali." Pelawa Zhafran.

"Takpelah. Anak makcik kejap lagi datang. Dia baru balik kerja tu. Biasalah doktor ni kadang kena kerja sampai malam." Tolak Puan Kamariah lembut.

"Oh yeke. Kalau macam tu kitaorang balik dulu ya?"

Setelah memberi salam mereka masuk ke dalam kereta.

"Abang ni dah tua pun saham tinggi lagi eh?" Zhafran tergelak mendengar kata kata Farhana.

"Memanglah. Sayang je rasa abang ni tak hensem. Dari sekolah lagi macam tu." Farhana cebik bibir namun turut tergelak.

"Abang tak tua lagi tau. Ingat sikit kita ni umur sama. Abang tua maknanya sayang pun tua! Aduh!" Pinggangnya dicubit Farhana yang geram.

"Abang ni nak kena kan? Tidur luar eh malam ni."

"Eh, mana boleh. Tak nak tak nak."

"Malam ni Arash dengan Aisya tidur dengan mama tau. Biar papa tidur kat luar." Sengaja dia meracuni fikiran anak anaknya itu.

"Luar!" Tiba tiba Aisya menjerit suka dari tempat duduk belakang. Farhana tersengih. Ada supporter!

"Aisya tak sokong papa eh. Papa majuk." Zhafran sengaja membuat suara merajuk ingin mendapatkan perhatian anaknya itu.

"No no no. Luar." Pecah gelak di dalam kereta itu.

TBC

kapten ragbi sekolah... suamiku? 2Where stories live. Discover now