Bab 27

1.8K 55 0
                                    

KERETA yang dipandu oleh Dr. Shah berhenti dihadapan rumah milik keluarga Farhana.
"Ni ke rumah Farhana dengan Zhafran tu?"Soal Dr. Shah yang turut memerhati kawasan sekeliling.

Riana angguk. "Awak temankan saya ya?"
"Boleh, sayang. Siapa lagi nak temankan tunang kesayangan saya ni." Seloroh Dr. Shah. Riana tersenyum gembira.

Akhirnya.. Setelah beberapa bulan mereka telah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan lagi 3 minggu. Dah jodoh mereka agaknya. Dr. Shah juga menerima kisah silam Riana. Biar pun jahat macam mana pun Riana dulu dia yakin yang Riana kini sudah berubah.

Mereka keluar dari perut kereta. Riana gigit bawah bibir. Dr. Shah berdiri di sebelahnya sambil memberikan dia senyuman.
"Kita masuk sama-sama okey? Kalau mereka baling telur ke apa ke kita hadapi sama-sama."seloroh Dr. Shah saja untuk menghiburkan hati Riana.
Riana tersengih.
"Jom."

Seorang wanita sedang membersihkan halaman depan rumah banglo itu pantas membuka pintu pagar apabila kedengaran suara memberi salam.
"Cik dan encik ni nak cari siapa ya?"soal wanita itu. Mungkin tukang kebun di rumah itu.
"Puan Farhana dengan Encik Zhafran ada tak?"soal Riana sopan. Wanita itu senyum. "Sekejap ya."

Wanita itu pantas masuk ke dalam rumah. Tidak lama kemudian wanita itu keluar kembali bersama Farhana dan Zhafran.

Langkah Farhana dan Zhafran terhenti apabila melihat wajah Riana dan juga lelaki yang tidak dikenali berdiri di sisi Riana.
"Awak nak apa lagi?"soal Zhafran tanpa bertangguh. Farhana menampar lembut lengan Zhafran. Riana hanya tersenyum melihat.
"Maaf kalau kedatangan saya ke sini menganggu awak berdua. Jangan risau. Saya datang sini cuma untuk memohon maaf daripada awak berdua dan saya nak berikan ni."lelaki yang berada disebelah Riana memberikan kad kepada Riana. Riana berikan kad itu kepada Farhana.
"Jemputlah datang ke majlis kami nanti. Alamat dan masa ada kat kad tu."kali ini lelaki disebelah Riana pula bersuara.
"Walimatulurus Riana dan Dr. Shahrul?" Baca Farhana nama yang tertera. Lelaki itu hanya senyum apabila namanya disebut.
"Congratulations. Saya doakan yang terbaik untuk awak berdua. Betul tak bang?"

Zhafran senyum. Nafas ditarik sebelum dilepas perlahan.
"Riana, saya maafkan semua yang pernah awak buat. Tak ada gunanya kalau nak berdendam kan sayang?"
"Iya, Riana. Kami tak simpan dalam hati pun. Semua orang pernah buat silap. Saya sendiri pun ada buat silap. Tak adil rasanya kalau nak hukum awak."

Riana terharu. Airmata yang menitis diseka perlahan. Dr. Shah berikan sapu tangannya kepada Riana.
"Terima kasih.. Ya Allah, ringan rasanya beban kat bahu saya ni bila dah minta maaf dekat awak berdua."ucap Riana sambil mengesat sisa airmatanya.
"Eh, jemputlah masuk. Boleh kita borak-borak kejap."ujar Farhana pula.

Riana dan Dr. Shah tolak dengan perlahan pelawaan itu.
"Tak apalah. Kami sekejap aje. Lepas ni nak cari barang lagi untuk persediaan wedding. Kalau macam tu kami pergi dulu ya?"Farhana bersalam dengan Riana begitu juga Zhafran dan Dr. Shah.

Mereka keluar dari perkarangan rumah banglo itu dan menuju ke kereta semula.
"Finally." Farhana pandang Zhafran.
"Apa?"
"Happy ending tak?" Soal Zhafran bersama senyuman di bibirnya. Farhana tersengih. "Agaknya."

Mereka sama-sama tergelak.

......................

Beberapa bulan selepas itu

"Abang nak bawa Hana pergi mana ni?"soal Farhana yang matanya diikat dengan kain.
"Hana buka eh?"
"Kejap, sayang! Belum lagi." Zhafran menahan tangan Farhana daripada membuka ikatan pada belakang kepala.
"Okey. Bila abang kira sampai tiga baru buka. Okey?"
"Okey."

Zhafran mengambil tempat dihadapan Farhana.
"Okey, satu." Farhana sudah memegang ikatan.
"Dua,"
"Tiga!"

Farhana buka ikatan. Matanya terpejam kerana terlalu lama diikat. Apabila pandangannya kembali normal alangkah terkejutnya dia melihat dia kini berdiri didepan sebuah cafe yang telah didekorasi dengan cantik dan menarik.

Zhafran peluk pinggang Farhana rapat kepadanya.
"Suka tak?"
"Ni... abang yang buat?"Hampir tidak terkata Farhana. Zhafran angguk.
"Tapi bukan abang tak benarkan ke Hana nak bussiness cafe dulu?" Pandangan mereka bertaut.
"Hmm.. Abang saja aje. Tak serius pun."ujar Zhafran tanpa rasa bersalah. Farhana tampar dada Zhafran sehingga suaminya itu mengadu sakit. "Sayang ni suka sangat tau tampar abang."
"Abang lah! Suka sangat buat jantung Hana ni macam nak berhenti mengejut."balas Farhana sambil mengesat airmatanya yang sudah mengalir itu.
"Hana sayang abang tak?"
"Tak."
"Betul? Abang cari lain tak kesah?"
"Sayanglah." Farhana peluk tubuh Zhafran erat.
"Jangan cari lain. Hana tak nak."rengek Farhana pula buatkan Zhafran ketawa kuat.
"Yelah, yelah. Abang tak cari lain."pujuk Zhafran pula kali ini. Farhana tersengih suka.
"Sayang abang."
"Sayang aje?"
"I love you so so much!" Ucap Farhana bersama ciuman pada pipi Zhafran.
"I love you even more."

TBC

Follow, vote and comment

kapten ragbi sekolah... suamiku? 2Where stories live. Discover now