ZHAFRAN duduk bersandar pada kepala katil. Dia tidak tentu arah sekarang ni. Kenapa perlu dia rasa mcm tu? Kenapa?
Tengah Zhafran melayan perasaan sendiri pintu biliknya dibuka dari luar. Zhafran memandang kearah pintu.
"Papa!" Arash dan Aisya berlari perlahan kearah Zhafran. Zhafran senyum. Kedua anaknya itu dipeluk erat. "Kami rindu papa!"
"Papa pun sama sayang. Rindu sangat."hampir menitis airmatanya apabila terkenang keluarga mereka yg porak peranda.
"Papa, papa tak rindukan mama?"soalan Arash membuatkan Zhafran mati kata. Rindu? Adakah dia rindu Farhana? Ya.. Dia sangat rindukan isterinya. Setiap saat.
Mama masuk bersama dulang berisi jus oren dan biskut yang dibuatnya. Senyuman diberikan kepada keluarga kecil itu. Zhafran memandang ke belakang mama. Tiada lagi orang yg datang.
"Mama... Hana tak datang ke?"mama terkaku. Terkejut dengan soalan Zhafran itu.
"Tak.. Hana pergi klinik. Tangan dia melecur."
"Papa, semalam mama nangis. Tangan mama merah-merah. Arash takut."
"Apa?" Tersentak Zhafran.
"Arash, Aisya... Nenek ada buatkan biskut kegemaran kamu. Kamu makan ya? Kamu makan kat ruang Sana. Papa nak rehat dulu tu."Mama ubah topik. Mereka angguk dan turun dari katil. Mama memindahkan dulang tadi ke sudut meja kopi di hadapan agak jauh dari katil. Setelah itu dia kembali semula ke tempat Zhafran.
"Zhaf, jujur dengan mama. Kamu masih sayangkan Hana kan? Kamu masih cintakan dia kan?"desak mama. Airmata Zhafran menitis. Pipinya pantas diseka.
"Zhaf masih cintakan Hana, ma. Sayang Zhaf tak pernah berubah sejak dulu. Tapi.. Hana dapat terima ke keadaan Zhaf ni, ma? Zhaf dah cacat. Zhaf dah tak boleh jalan ma... Zhaf cuma akan menyusahkan Hana aje kalau kami bersama."luah Zhafran. Mama memeluk Zhafran. Cuba untuk menyalurkan kekuatan kepadanya.
"Jangan fikir negatif, Zhaf. Hana sayangkan kamu. Sepanjang Hana jaga kamu belum pernah mama dengar dia merungut tapi mama cuma dengar dia berdoa supaya kamu boleh jadi macam dulu."
Mama menahan airmata yg hampir jatuh. Dia tidak mahu cucu cucunya perasan akan hal ini..............................................
Farhana menyapukan krim yang diberikan oleh doktor. Nasib baiklah tidak melecur teruk. Setelah selesai membalut tangannya dgn bandange barulah dia tersedar. Jam dinding dilihat. Sudah petang. Lebih baik dia bergerak ke rumah mertuanya sebelum sesak.
Dia memakai shawl ungu pemberian Zhafran. Bibirnya dioles lipbulm agar tidak nampak terlalu pucat. Dia teringat kenangannya bersama Zhafran dulu.*Flashback*
"Sayang..."Zhafran peluk pinggang Farhana yang sibuk mengurus tudungnya. Zhafran menyangkut dagunya pada bahu kanan Farhana.
"Awak, saya nak pakai tudung lah. Nanti awak pula terkena pin ni."Farhana melepaskan pelukan pada pinggangnya. Zhafran buat muka merajuk. "Tahulah orang tu cantik malam ni. Siapalah saya ni. Dahlah tak handsome."
Zhafran berpura-pura mahu keluar dari bilik mereka. Tiba-tiba pinggangnya dipeluk dari belakang. Zhafran tersenyum senang.
"Siapa kata awak tak handsome? Awak handsome lah. Kalau tak handsome takde maknanya fan club awak tu dulu."ujar Farhana. Zhafran berpaling menghadap Farhana. Farhana mahu melepaskan pelukan tapi Zhafran menahan malah dieratkan lagi pelukan pada pinggangnya.
"Awak tahu tak sayang malam ni awak cantik sangat. Sampaikan saya rasa nak duduk dalam bilik dengan awak aje. Tak perlu nak pergi rumah daddy."
Farhana tersenyum. Pipi Zhafran dicubit perlahan.
"Auw! Sakitlah sayang.."
"Alolo, sakit eh?"Cupp!
Zhafran tersengih suka.
"Suka tak?"soal Farhana. Zhafran angguk laju.
"Kalau suka jom kita pergi rumah daddy eh? Hero awak tu dah tunggu kita. Kang menangis kat sana."Farhana ambil beg tangan dan menarik tangan Zhafran.*End flashback*
Farhana menyeka airmatanya yang semakin deras. Nafas ditarik perlahan sebelum dihembus. Farhana berdiri dan mengambil beg tangannya.
*Skip*
Carl termenung di beranda hotel. Dia melihat langit malam sama sahaja seperti hari-hari sebelum ni. Fikirannya masih terfikir akan peristiwa malam tu. Peristiwa yang menyebabkan Farhana menjauhkan diri darinya.
Handphone yang berada dalam kocek seluar dikeluarkan. Nombor Razif didail. Lama menunggu barulah panggilannya bersambung.
"Zif, kau tau tak mana rumah Zhafran?"
YOU ARE READING
kapten ragbi sekolah... suamiku? 2
DragosteIni kisah Farhana dan Zhafran setelah mereka menjadi dewasa dan mampu utk membina kerjaya sendiri. Tujuh tahun usia perkahwinan yg dibina semua diisi dgn memori yg indah tapi ulang tahun perkahwinan yg sepatutnya disambut gembira dan penuh kesyukura...