"SIAPA abang dalam hati sayang?"
Farhana tersenyum mendengar soalan Zhafran.
"Abang. Kalau abang tanya siapa abang dalam hati Hana dah tentulah abang suami yang paling Hana cinta. Sejak kita sekolah sehingga sekarang cinta Hana tak pernah berubah even apa yang pernah berlaku dulu."jawab Farhana tenang. Zhafran tersenyum nipis. Rasa bersalah kerana hatinya masih meragui cinta Farhana."Abang, tentang apa yang jadi di hotel dulu..."
"Dah. Abang tak nak ungkit pasal tu. Sebab rasa sakit tu masih ada dan abang tak nak 'rasa' tu jadi penghalang hubungan kita lagi."Farhana getap bibir bawahnya. Hatinya masih tidak keruan selagi Zhafran tidak mahu mendengar penjelasan apa yang jadi dulu. Dia mahu semua ini berakhir.
"Tapi abang.."
"Abang nak tidur. Awak boleh drive sendiri kan?"potong Zhafran sebelum sempat Farhana menjelaskan. Farhana hanya mampu melepaskan keluhan. Mungkin belum tiba masanya..............................
Riana menangis ketakutan melihat suasana di sekelilingnya yang dipenuhi dengan api. Pakaiannya comot dipenuhi dengan darah yang tidak tahu dari mana datangnya. Dia berlari sekuat hati untuk meninggalkan tempat itu tapi dia seakan terperangkap. Akhirnya dia berhenti ditempat di mana dia berada tadi.
"Ya Allah! Ampunkan aku, Ya Allah! Ampunkan aku!"jerit Riana. Tubuhnya kepanasan yang tidak mampu dia tanggung.
"Allah! Sakit! Panas!"MATANYA terbuka secara tiba-tiba. Perit dan pedih. Mata kembali terpejam. Beberapa detik kemudian dia kembali membuka matanya. Lama dia melihat sekeliling sebelum otaknya dapat mencerna maklumat.
"Abang... Abang..."suaranya tersekat di kerongkong.Pintu bilik di kuak dari luar dan masuk seorang lelaki bersama seorang nurse wanita lalu menghampirinya.
"Doktor, patient dah sedar."Rania hanya melihat lelaki yang dipanggil doktor itu memeriksa nadi pada pergelangan tangannya.
"Cik Riana, awak boleh dengar saya?"soalnya.Riana angguk perlahan. Masih lemah lagi. Lelaki itu berbincang sesuatu dengan nurse itu sebelum nurse keluar dari bilik rawatan.
"Cik boleh bagi saya kerjasama? Bila saya tunjuk nombor apa cik bagitahu saya ya? Kalau cik tak larat nak jawab soalan saya cik kedipkan mata sahaja. Boleh kan?" Riana kedipkan matanya sekali. Doktor itu tersenyum."Baiklah. Cik nampak nombor apa ni?" Doktor itu menaikan tiga jarinya.
"Tiga..."jawab Riana perlahan. Sekali lagi doktor itu mencuba dan kali ini juga Riana menjawab dengan tepat.
"Baiklah. Alhamdulillah, keadaan cik memuaskan. Lepas ni nurse akan beri cik makan ubat. Lagi beberapa jam saya akan datang semula untuk pantau keadaan cik."ujar Doktor lelaki itu. Riana senyum.
"Terima kasih, doktor."
"Sama sama. Banyakkan berehat. Saya keluar dulu."Pintu wad tertutup kembali setelah itu airmata mula mengalir menuruni pipinya. Dia menangis teresak di situ.
"Ya Allah... Aku insaf. Aku ingin bertaubat kepada-Mu."rintih Riana perlahan.Nurse masuk semula ke dalam wad Riana. Pantas Riana menghapus airmatanya tadi. Bekas kecil yang berisi ubat diletakkan atas meja dihadapan katil.
"Cik, minum ubat ni ya?"ubat bertukar tangan. Air yang berada di sebelah katil diambil. Katil Riana dinaikkan sedikit agar mudah untuk Riana.
"Nurse... Siapa nama doktor tu tadi?"soal Riana. Nurse itu hanya tersenyum mendengar. "Doktor Shah Imran. Wah, cik pun berkenan ke dengan doktor Shah?"
"Bu... Bukan macam tu. Saja nak tahu nama."
"Ohhhh. Takpe cik. Doktor Shah tu pun single kalau cik nak try pun takde hal."Riana hanya mengukir senyum nipis.
Skip*
CARL berdiri dihadapan banglo keluarga Zhafran. Kakinya seakan tidak mampu untuk melangkah kehadapan.
"Kau tak boleh jadi pengecut Carl. Kau buat masalah kau kena betulkan keadaan."kata Carl pada dirinya sendiri. Baru dia ingin melangkah ke pintu utama sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumah. Dahi Carl berkerut seribu.
YOU ARE READING
kapten ragbi sekolah... suamiku? 2
RomansaIni kisah Farhana dan Zhafran setelah mereka menjadi dewasa dan mampu utk membina kerjaya sendiri. Tujuh tahun usia perkahwinan yg dibina semua diisi dgn memori yg indah tapi ulang tahun perkahwinan yg sepatutnya disambut gembira dan penuh kesyukura...