Nediya membuka pintu pejabat Khalif tanpa mengetuknya dahulu. Baginya, dia tidak perlu ke bahagian receptionist untuk membuat temu janji untuk berjumpa dengan Khalif kerana Khalif bakal menjadi suaminya.
Lagak dan tingkah laku angkuh yang ditonjolkan oleh Nediya menjadi buah mulut staf-staf yang bekerja di syarikat Khalif dan menyebabkan dia tidak disukai oleh mereka.
Bagi Nediya pula, itu tidak penting, janji dalam masa beberapa bulan lagi Khalif akan menjadi miliknya. Selamanya. Dan mungkin syarikat Khalif turut menjadi miliknya juga. Sejenak dia terfikir untuk memecat kesemua staf yang sedia ada ini kerana berani mengumpatnya di belakang.
"Hi, sayang." Nediya berkata dengan nada yang manja. Khalif yang sedari tadi menatap ke skrin laptopnya lantas memerhati gerak-geri Nediya yang baru sahaja memasuki bilik pejabatnya.
"Yes, sayang. Ada apa datang office I ni?" Khalif membalas. Nediya duduk di sofa berdekatan meja Khalif.
"Nothing. I datang sebab nak jumpa you je. Memangnya tak boleh ke?" Nediya mencebik bibirnya. Khalif terus membalas " No, It's okay. But I busy sikit sekarang ni."
"Hmm you memang selalu busy. Masa untuk I pun dah kurang sekarang ni."
"I don't mean it. Okay la malam ni kita dinner sama-sama. Ok?" Khalif memujuk. Nediya yang tadinya menarik muka kini mengukir senyuman kecil sambil membalas " Okay sayang. I keluar dulu. Tonight kita jumpa ok?!"
Beberapa minit kemudian, Nediya mengatur langkah keluar daripada bilik pejabat Khalif. Kemudian, telefonnya berdering. Satu panggilan daripada nombor yang tiada dalam senarai kenalannya terpapar di skrin telefonnya. Lantas, dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello". Nediya cuba menjawab dalam nada halus.
" Assalamualaikum. Ini Nediya kan?" balas suara seorang wanita dengan nada lembut di corong telefon.
"Yes ini Nediya. So who are you?" Nediya sememangnya malas berbasa-basi dengan orang yang tidak dikenalinya.
"Nediya. Ini Laila, isteri sah kepada Khalif." balas wanita tersebut. Nediya terpaku. Kemudian dia menjawab " Ye, kau nak apa" .
" Nediya, tolonglah berhenti ganggu Khalif lagi. Kami sudah membina rumah tangga dah pun hampir enam tahun. Hasilnya, kami sudah pun ada dua orang anak. Tolonglah jangan jadi punca runtuhnya rumah tangga yang kami bina , Nediya. Saya merayu pada awak. Jauhi Khalif, Nediya." tidak semena-mena kedengaran bunyi tangisan dan esakan Laila di corong telefon Nediya.
"Hey, suami kau dah taknak kau. Jangan salahkan aku kalau dia dah muak dengan kau. Bina mahligai enam tahun konon." Nediya menjawab angkuh. Seakan-akan dia tidak berasa bersalah sedikit pun. Lantas dia mematikan talian telefonnya.
Laila cuba menghubungi Nediya berkali-kali tetapi tidak dijawab oleh Nediya. Sejujurnya Nediya sudah mengetahui bahawa Khalif sudahpun berumah tangga dan mempunyai anak. Cumanya, sepanjang tiga bulan dia menjalinkan hubungannya dengan Khalif, dia tidak pernah kenal atau dihubungi oleh isteri Khalif itu.
Dia tidak kisah dilabel perampas atau orang ketiga asalkan Khalif menjadi miliknya. Sebelum ini Nediya sudahpun mempunyai ramai teman lelaki, namun baginya itu hanyalah sebagai hasil dia memperolehi wang atau barang-barang daripada mantan kekasihnya itu. Tapi apabila kali pertama dia bertemu Khalif di sebuah restoren kira-kira empat bulan yang lalu, dia yakin dengan cintanya ini dan berhasrat untuk memiliki Khalif.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️