Pejam celik pejam celik, kini sudah hampir dua bulan Nediya bekerja di butik pakaian lelaki milik Faris. Hubungan Nediya dan Yani juga semakin bertambah erat. Tak lupa juga hubungannya dengan bos nya itu. Faris sebenarnya menaruh perasaan kepada Nediya. Dia terpesona melihat kecantikan Nediya dan juga cara Nediya membawa diri. Namun, dia menunggu masa yang sesuai untuk meluahkan perasaanya kepada Nediya. Bukan apa, dia tidak mahu bertindak secara terburu-buru.
Bagi Nediya pula, dia begitu selesa bekerja di butik tersebut. Tiap-tiap hari ada sahaja lawak hambar daripada Yani yang kini merupakan rakan karibnya. Gaji yang diterima oleh Nediya juga mencukupi buat Nediya dan emaknya. Hubungan Nediya dan Faris juga baik. Nediya sebolehnya ingin memperbaiki hubungan yang baik dengan majikannya. Dia tidak mahu peristiwa dirinya dengan Kak Dira berulang lagi kerana bersikap kerja sambil lewa dan tidak menghormati majikannya. Dia cukup tidak mahu pisang berbuah dua kali.
Dalam pada itu juga, Nediya perasan bahawa layanan yang diberikan oleh Faris terhadapnya kadang kala melebihi layanan majikan terhadap pekerjanya. Bukan apa, layanannya terhadap Yani berbeza dengan layanan Faris terhadapnya. Masakan tidak, pada waktu rehat sahaja Faris pasti akan membawanya keluar makan di restoren berdekatan, manakala Yani keluar seorang diri di warung berdekatan dengan butik. Nasib baik Yani sejenis orang yang tidak terasa hati dengan layanan Faris itu. Baginya, dia sudah biasa rehat dan makan seorang diri kerana sudah bekerja disitu agak lama.
Faris juga turut mengambil dan menghantar Nediya pulang ke rumahnya dengan keretanya. Kata Faris, dia tidak mahu Nediya bersusah payah memesan teksi untuk pergi dan balik. Jenuh Nediya menolaknya namun Faris tetap berkeras mahu menolongnya. Pekerja-pekerja lain pula turut berkata tentang layanan Faris terhadap Nediya itu sesama mereka. Nediya menjadi segan akan hal ini namun dia juga perlu menjaga hati Faris. Mungkin Faris ikhlas memberi layanan sebegitu rupa terhadapnya. Nediya percaya kesenangan yang dia perolehi ini berkat doa emak terhadapnya.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️