"Abang, Laila nak cakap sikit dengan abang ni." Laila mula bersuara selepas dia melihat suaminya keluar dari biliknya itu.
"Ada apa?" Khalif membalas ringkas. Laila menarik nafas sebelum memulakan sesi soal jawab dengan suaminya itu.
"Perempuan tu jumpa abang kan tadi dekat office?" Laila cuba memberanikan diri untuk bertanyakan soalan ini kepada suaminya. Dia takut suaminya melenting apabila mendengar dia mula bercakap tentang perkara ini.
"Kalau ya memangnya kenapa?" Khalif sedikit pun tidak menjaga perasaan Laila. Laila cuba mengumpulkan kudrat untuk mengatur kata-kata di samping menahan air matanya daripada keluar.
"Bang, sampai bila anak-anak dan Laila kena bertahan dengan sikap abang macam ni. Abang tak kesian dekat Laila ke? Kalau tak pun, kesian lah dekat anak-anak. Mereka anak abang yang sah." Laila cuba menagih simpati Khalif.
Khalif terdiam sejenak. Lalu dia berkata "Apa masalah awak nak kaitkan benda ni dengan anak-anak? Untuk pengetahuan awak, tak lama lagi abang akan nikah dengan Nediya. Abang tak kisah sama ada awak benarkan atau tidak. Ini keputusan abang."
Terbeliak biji mata Laila apabila mendengar sendiri kata-kata Khalif sebentar tadi. Sungguh dia tidak menyangka bahawa masalah ini sampai ke tahap ini.
"Tergamak abang buat saya macam ni. Selama enam tahun kita hidup bersama, macam-macam yang saya dah lakukan untuk jaga rumah tangga ini, senang-senang abang nak hancurkannya.Mudah abang cakap, tapi saya yang menanggung kesakitan dan keperitannya. Apa kurangnya saya dibandingkan dia. Saya tidak meminta lebih pun, cukuplah abang kembali setia macam awal-awal abang propose saya dulu." Tidak semena-mena, Laila berkata dalam tangisan air mata yang sangat parah. Dia cukup penat jika hanya dia sahaja yang cuba menyelamatkan rumah tangganya seorang diri sedangkan suaminya yang cuba merosakkannya.
Khalif hanya membisu seribu bahasa. Laila hanya mampu mengesatkan air matanya yang mengalir laju itu. Dia cukup penat. Terlalu besar ujian yang ditempuhinya saat ini. Masakan tidak, mana ada wanita yang berimpian untuk melihat rumah tangga sendiri hancur begitu sahaja setelah beberapa tahun mempertahankannya. Oleh itu, selagi ada kudrat, Laila akan pertahankan hak dia sebagai isteri Khalif.
Sejurus itu, Khalif meminta kebenaran untuk ke pejabatnya kembali. Laila mampu memerhati Khalif keluar dari rumah sahaja.
Laila melepaskan perasaannya dengan tangisan yang teresak-esak. Sungguh ia tidak mudah untuk mengharungi ujian ini. Selang beberapa minit, Laila terus menuju ke bilik anak-anaknya.
Seraya itu dia berbisik ke telinga kedua anak-anaknya itu. "Selagi mama hidup, mama akan pertahankan hak anak-anak mama. Mama janji tu". Lantas dia terus menguncup dahi anak-anaknya itu sambil memeluk mereka.
YOU ARE READING
Kau Pemusnah Cinta
RomanceTeruskan membaca novel pertama saya di Wattpad atau Novelplus. Thankyou ❤️