SCENE 19

3K 83 0
                                    

Seusai sahaja masuk waktu rehat, Nediya segera ke parkir dimana kereta Faris berada disitu. Nediya menunggu bosnya itu dengan sabar. Sekilas dia memandang di sekelilingnya untuk menanti kehadiran Faris. Beberapa minit kemudian, dia melihat Faris berjalan menuju ke arahnya. Dia cuba bereaksi biasa di hadapan Faris.

Faris menjemputnya masuk ke dalam kereta. Tanpa berlengah, Nediya memasuki kereta Faris itu dan duduk di bahagian depan seperti kebiasaannya. Pertama kali dia menaiki kereta bersama Faris, dia menolak untuk duduk di bahagian hadapan namun dipaksa oleh bosnya itu. Nediya akur. Kini dia sudah terbiasa berada di tempat duduk hadapan bersebelahan dengan tempat duduk pemandu itu.

Faris terus menghidupkan enjin keretanya. Kedua mereka saling mendiamkan diri. Sebelum ini pun, Nediya banyak berdiam diri apabila berada dalam kereta bersama dengan Faris. Kebanyakan, Faris yang akan memulakan perbualan dan bertanyakan soalan kepadanya.

Nediya memerhati jalan yang Faris lalu itu. Dia pelik kerana itu bukan jalan menuju ke restoren yang sering dibawa Faris. Tanpa segan, Nediya bertanya. "Encik Faris nak pergi mana ni? Bukannya restoren yang biasa kita pergi tu dah lepas ke tadi? Nediya menyoal. Faris mendiamkan diri sejenak. Kemudian, dia berkata. "Hari ni kita makan dekat restoren yang jauh sikit. Dekat restoren favourite saya. Saya ada benda penting nak discuss dengan awak."

Nediya terdiam apabila mendengar kata-kata Faris itu. "Benda penting? Memangnya ada apa?!" Nediya mula mengomel dalam hatinya. Dia tidak mahu memyoal kembali maksud kata-kata Faris itu. Dia cuba mengikut apa sahaja yang dikatakan Faris. Dalam hatinya berharap kalau betul lah ada sesuatu yang penting yang ingin dibincangkan oleh Faris kepadanya, moga-moga itu adalah berita baik. Janganlah Faris ingin memecatnya daripada kerja disitu.

Hampir dua puluh minit kemudian, tibalah mereka berdua di lokasi restoren kegemaraan Faris itu. Nediya teruja melihat akan keadaan restoren tersebut. Cantik dan agak mewah. Seumur hidupnya, dia tidak pernah menjejaki kaki ke restoren sedemikian rupa. Faris segera mengajak Nediya masuk ke dalam restoren berkenaan. Dia memilih meja di penjuru restoren tersebut. Nediya hanya mampu mengikutnya dari belakang.

Apabila kedua mereka sudah membuat pesanan makanan dan minuman, Nediya menarik nafasnya sedalam-dalam sambil memulakan perbualan dengan Faris itu. "Jadi, apakah benda penting yang Encik Faris nak bincang tadi?" Faris melontarkan senyuman kecil. Nediya berharap agar perkara yang ingin disampaikan oleh Faris itu bukanlah satu khabar buruk buat dirinya.

Faris kelihatan turut menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum memulakan ayatnya. "Nediya, saya tahu, perkenalan kita baru dua bulan sahaja. Dari mula-mula awak bekerja di sini, saya dapat lihat dalam diri awak ada sesuatu yang menarik perhatian saya iaitu keperibadian awak. Saya tak nafikan awak juga seorang gadis yang cantik dan bijak." jujur Faris. Nediya hampir ternganga mendengar pengakuan Faris sebentar tadi namun dia cepat-cepat mengawal dirinya.

"Apa maksud Encik Faris?" Nediya cuba buat-buat tidak faham. Faris bersuara lagi. "Saya sudah jatuh hati dengan awak." Mata Nediya terbeliak. Dia bagaikan berada di alam mimpi yang sangat indah. Ungkapan yang dinyatakan Faris tadi betul-betul membuatkan dia bagaikan bermimpi. Lidah Nediya kelu. Dia tidak mampu berkata walau sepatah pun. Faris yang sedar dengan raut wajah Nediya yang berubah itu berkata lagi.

"Maafkan saya jika saya meluahkan perkara ini kepada awak. Saya tidak memaksa awak untuk membalas cinta saya balik tapi hanya sekadar ingin meluah." terang Faris lagi. Nediya berkata di dalam hati. "Aww saya pun sudah lama jatuh cinta dekat awak." Dia mahu memberi respons akan kata-kata Faris itu namun lidahnya bagaikan digam.

"Baiklah, Dhia. Saya tidak meminta jawapan daripada awak sekarang. Saya memberi awak ruang dan masa untuk awak berfikir. Oh, lagi satu, mulai sekarang, jangan panggil saya Encik lagi. Just panggil saya Faris." Faris menunjukkan muka tenangnya di hadapan Nediya. Nediya menjadi serba-salah.

Tiba-tiba hati kecilnya berkata. "Aku pun dah lama jatuh hati dekat dia. Perlu ke aku luah sekarang ni depan dia." Nediya berkali-kali berfikir sama ada dia patut meluahkan perasaannya di hadapan Faris sekarang atau tidak. Tidak lama selepas itu, Nediya meyakinkan diri untuk berkata. " Encik Faris... Maafkan saya, maksud saya Faris, sebenarnya saya juga berkongsi perasaan yang sama terhadap awak. Saya juga cintakan awak." Faris terus mengukir senyuman bahagianya itu. Dia terus memegang kedua tangan Nediya sambil berkata. "Thank you kerana beri jawapan yang paling saya nantikan."

Kedua hati mereka berbunga-bunga. Nediya betul-betul gembira kerana dia berani menyatakan apa yang tersimpan di dalam hatinya. Hal ini kerana Faris sudah pun meluahkan perasaannya kepadanya tadi. Jadi, selama ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Namun dalam hatinya, muncul perasaan bahawa dia hanyalah pekerja di butik tersebut namun Faris merupakan bos disitu. Dia cuba menghilangkan perasaan tersebut secepatnya. Makanan dan minuman mereka yang dipesan tadi sudahpun sampai. Mereka terus menikmati lunch mereka sambil bercerita dari hati ke hati.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now