SCENE 24

2.8K 76 0
                                    

Laila membuka pintu restoren itu sambil memimpin kedua anaknya itu. Seperti biasa pada hujung minggu begini, dia akan berkunjung ke restoren itu sebelum pergi ke shopping mall bersama anak-anaknya itu. Sedang sahaja dia mahu mencari meja yang dia ingin duduk, dia ternampak Nediya bersama seorang lelaki dan bayi perempuan itu sedang duduk di meja hujung dalam restoren tersebut. Laila mengesyaki bahawa itu adalah suami dan anaknya seperti yang dikatakan kawan Nediya ketika di butik tempoh hari.

Tanpa berlengah, Laila terus menghampiri mereka sambil memimpin kedua tangan anaknya menuju ke arah meja tersebut. "Hi." Laila menyapa Nediya yang masih tidak perasan dengan kehadirannya disitu. Nediya memandang ke arah Laila begitu juga dengan Faris.

"Oh, Hi. Jemput duduk, Laila." balas Nediya. Tanpa segan-silu, Laila terus duduk di sebelah Faris. Nediya agak sedikit aneh. Faris berasa agak kekok. "Laila, perkenalkan ini suami saya, Faris. Dan ini anak kami, Qiesha." perkenal Nediya kepada Laila. Laila terus memandang ke arah mereka berdua. "Saya Laila." Laila memperkenalkan dirinya kepada Faris sambil melontarkan senyuman. Faris turut membalas senyuman Laila.

"Comel anak you ni." puji Laila. Nediya terus menyampuk. "Anak-anak awak ni pun handsome." Nediya membalas pujian Laila itu tadi. Laila terus berkata. "Mestilah handsome. Tengokla dia ikut muka siapa. Muka papa dia kan, Abang Khalif."Air muka Nediya berubah. Namun, dia cuba mengawal mukanya itu dihadapan Faris. Faris sepertinya memberi ruang untuk isterinya berjumpa dengan kawan lamanya itu. Kemudian, dia meminta izin untuk mengambil angin di luar restoren sekejap sambil membawa anaknya.

Selepas itu, Nediya berkata lagi. "Awak datang sini dengan anak-anak je ke?" Laila tersenyum kecil. Dia membalas. "Yes dengan anak-anak je. Suami I pergi oversea. Ada urusan kerja. So I dengan anak-anak jela. Kenapa? Nampak I macam seorang janda ke?" soal Laila. Nediya cepat-cepat membalas. "Eh, bukan tu maksud saya. Laila, sejujurnya saya tumpang gembira hubungan awak dengan Khalif dah pun baik. Saya nak minta maaf atas semua benda yang saya dah lakukan dekat awak dulu."

Laila tergelak mendengar kata-kata Nediya. Laila tidak berkata apa-apa. Keadaan sunyi kembali. Segera Laila berkata. "Untung kan awak. Dapat suami macam dia tu. Handsome lepas tu ada butik sendiri pula tu." Nediya menundukkan kepalanya. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Laila. Namun, dia cuba menampilkan senyuman kepada Laila.

"Alhamdulillah lah Laila." Nediya berkata ringkas.

Faris masuk semula ke dalam restoren sambil membawa anaknya itu. Kemudian, dia duduk di sebelah Nediya sambil berbisik. "Sayang, lepas ni I ada benda nak kena uruskan." Nediya mengangguk perlahan. Laila hanya memerhati mereka berdua. "Ok lah Laila. Ada rezeki kita jumpa lagi ye. Kami minta diri dulu." Nediya sudah pun mengemas beg tangannya selepas Faris sudah pun selesai membuat bayaran makanan tadi.

"Dhia, kalau senang-senang datang la rumah I. Ni alamat rumah I. Nanti boleh kita berbual lagi atau makan kat rumah I." kata Laila sambil menghulurkan secebis kertas yang telah ditulis alamat rumahnya itu. Nediya mengambil kertas tersebut sambil membalas. "Ok, Laila. InsyaAllah." Kemudian, Nediya dan keluarganya itu berlalu dari situ. Laila terus membuat pesanan makanannya.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now