SCENE 18

3K 85 0
                                    

Seperti biasa, Nediya akan mengira stok pakaian lelaki yang baru sampai. Dulu dia agak kekok untuk melaksanakan kerjanya itu, namun selepas mendapat tunjuk ajar daripada Faris dan kawannya, Yani, dia menjadi semakin cekap menguruskannya.

Dalam segenap hal, Faris banyak membantunya dalam selok-belok perniagaan itu. Terkadang Nediya terpegun dengan ketulusan Faris dalam mengajar dan membantunya di butik tersebut. Sudah lama dia memendam satu perasaan yang tidak dapat dinyatakan iaitu cinta terhadap Faris. Hal ini kerana dia tidak dapat menafikan bahawa setiap kali Faris melayannya, dia memang jatuh hati dengan keperibadian bos nya itu. Namun, bila difikirkan semula, dia hanyalah pekerja biasa sahaja di situ.

"Dhia, macam biasa, lunch nanti tunggu saya dekat parking ye." ngelamun Nediya terhenti selepas Faris datang kepadanya sambil memberitahu perkara tersebut. Nediya cepat-cepat bangun daripada mamainya itu. Dia mendengar akan pelawaan Faris itu. "Baiklah Encik Faris." balas Nediya ringkas sambil menundukkan kepalanya. Sehingga ke hari ini, Nediya masih buntu bagaimana cara dia ingin menolak akan pelawaan Faris. Dia sudah tidak selesa dipandang pelik oleh pekerja-pekerja lain di situ.

"Amboi, nak lunch bersama lagi nampak. Dhia, mari sini aku cerita. Dulu bos tak pernah tau ajak mana-mana pekerjanya lunch or makan sama-sama. Aku yang seorang pekerja perempuan dia kat sini pun dia tidak pernah ajak tapi kau, baru dua bulan kerja sini, dia tak pernah miss bawa kau pegi lunch ke apa. Aku rasakan, bos dah jatuh hati dengan kau la." Yani meneka. Panjang lebar dia berkata. Nediya lantas mencubit lengan Yani itu sambil berkata.

"Ish kau ni. Mana adanya bos fall in love bagai. Mengarut aje." Yani dengan pantas berkata. "Yang muka kau blushing ni dah kenapa? Kau suka bos jugak ye. Eh, aku ni pakar dalam meneka orang tau. Aku tahu la orang tu macam mana. Dah kalau terlajak caring kat kau macam tu, bukan namanya dah jatuh cinta. Adoi budak ni." Yani bersungguh-sungguh dalam katanya. Nediya ketawa melihat kesungguhan Yani berkata itu.

"Ada-ada je kau ni, Yani. Dah la aku nak sambung kerja. Haih." Nediya terus mengambil buku catatannya yang tadi berada di atas meja berdekatannya. Yani tersengih melihat wajah Nediya yang blushing itu. Dia turut dapat meneka perasaan Nediya terhadap Faris. Dia tersenyum kecil.

"Yang kau tersengih-sengih ni kenapa, Yani?" Nediya yang melihat Yani tersenyum itu naik pelik dengan kelakuan Yani itu. Yani tidak mahu kalah terus menjawab. "Saja senyum. Nak bagi kulit muka tegang. Baru lambat tua." Nediya menggeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Yani. Mereka berdua terus bergelak sesama sendiri.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now