SCENE 29

2.7K 72 0
                                    

Faris sudah pun sampai di hadapan apartment Letizia. Dia segera mengetuk pintu apartment Letizia itu. Tidak lama selepas itu, Letizia membuka pintu apartmentnya. Faris amat terpegun dengan penampilan Letizia yang seksi itu di samping bauannya yang semerbak itu. Kulit Letizia yang putih gebu itu membuatkan Faris sukar mengawal dirinya. Faris memandang ke dalam apartment Letizia sebelum dia memasuki ke dalamnya. Aneh. Kata Letizia tadi, dia mahu mengadakan party di apartmentnya itu. Tetapi tiada sesiapa pun tetamu yang hadir dalam apartmentnya.

"Tadi you kata you ada buat party kat sini. Mana yang lain. Sunyi sepi je." soal Faris. Masakan mengadakan party namun waktu sebegini masih belum ada tetamu yang datang ke apartment Letizia. Letizia hanya mengukir senyuman sebelum berkata. "Actually ni bukan party suka-suka untuk ajak ramai orang. But, I just ajak you je. Party sebagai permulaan hubungan kita sebagai seorang kawan. Yela, you dah baik sangat dengan I. You dah tolong I isikan minyak kereta I tempoh hari so I nak balas budi you dengan cara ni pula." terang Letizia panjang lebar.

Faris tidak faham akan tujuan Letizia menjemputnya untuk mengadakan party kononnya mahu membalas budi baiknya itu. Segera Faris berkata. "Kita berdua je? Dekat apartment you? Eh, maafkan I, Letizia. Bukan apa, bahaya kalau kita berdua sahaja. Cancel aje la. Next time kita plan benda lain, okay?" pujuk Faris. Letizia mula mencebikkan mulutnya sambil membalas. "Ala please.. Takkan la nak cancel you. I dah prepare semua benda dah untuk you. Please. We safe." pujuk Letizia lagi.

Faris menjadi serba-salah. Dia tidak mahu melukai hati Letizia yang kelihatan betul-betul ikhlas mahu meraikannya itu. Sesudah itu, Faris terus masuk ke dalam apartment Letizia. Letizia menunjukkan aksi yang menggoda kepada Faris menyebabkan Faris hilang pertimbangannya. Faris terus menarik tangan Letizia dengan kuat. Kali ini, bayangan Nediya dan baby Qiesha terpadam dalam benak fikirannya buat seketika.

Tidak lama selepas itu, pintu apartment Letizia diketuk. Dengan segera empat orang lelaki menolak pintu apartment Letizia yang tidak berkunci itu. Alangkah terkejutnya mereka berdua melihat empat orang lelaki dengan tag nama daripada jabatan Agama Islam datang menangkap perbuatan mereka berdua. Faris dan Letizia jadi hilang arah sehinggakan mereka berdua telah berjaya ditangkap khalwat oleh wakil daripada jabatan Agama Islam itu.

Pada malam itu, Nediya kelihatan gelisah. Dia berasa tidak sedap hati. Berkali-kali dia menelefon suaminya itu namun tidak diangkat. Hari sudah menginjak ke larut malam. Sebelum ini, Faris tidak pernah pulang ke rumah sehingga lewat malam begini. Jika ya pun, dia pasti akan menelefon isterinya untuk memberitahu. Nediya menjadi sedikit kusut ditambah pula baby Qiesha yang menangis di waktu malam ini. "Kemanakah Faris agaknya. Engkau lindungilah suami hamba ini, Ya Allah." doa Nediya di dalam hati. Dia terus berkali-kali menelefon kembali suaminya itu. Namun, tiada satu pun panggilannya dijawab.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now