SCENE 30

3.1K 75 1
                                    

Pada malam itu juga, Faris dan Letizia bernikah di apartment Letizia dengan bersaksikan empat orang wakil daripada jabatan agama itu. Faris tahu perkahwinannya dengan Letizia disebabkan mereka berdua telah ditangkap khalwat namun, perasaan cinta terhadap Letizia telah pun meresap sebelum ini. Dia yakin dia dapat berlaku adil terhadap Letizia dan juga isteri pertamanya, Nediya. Letizia juga mencintai Faris walaupun dia tahu semasa perkenalan pertama dia dengannya, Faris sudah menyatakan bahawa dia sudah pun berkahwin.

Seusai sahaja proses pernikahan mereka, Faris membuat keputusan untuk tinggal semalaman di apartment Letizia. Telefonnya tidak disentuh langsung. Panggilan daripada Nediya langsung tidak dijawabnya. "I'm happy finally we already married." Letizia membuka bicara selepas dia secara rasminya sah menjadi isteri kepada Faris.

"Yes, me too. But, I cuma tak sangka ia berlaku secepat ini." Faris bersuara dalam nada mendatar. Dia bahagia dapat memiliki Letizia namun perkara ini terlampau cepat. Dia tidak menjangkakan dalam sekelip mata dia sudah pun menjadi suami Letizia. Segera dia menepiskan perasaan tersebut. Apa yang penting mereka sudah sah diijab kabulkan sebentar tadi.

"Sayang, nanti you pindah ye?" kata Faris lagi. Letizia naik hairan lalu berkata. "What do you mean? Pindah kemana? Is that your house?" soal Letizia. Wajahnya sudah pun terkerut. "No, kita tinggal dekat kondominium." balas Faris. Mata Letizia bersinar-sinar mendengar kata-kata Faris. Dia lantas memeluk Faris sambil berkata.

"Do you want to tell your wife about our relationship?"

Faris tercenggang mendengar kata-kata Letizia itu tadi. Dia kemudian menggelengkan kepalanya sambil berkata. " I tunggu masa yang sesuai untuk beritahu dia pasal kita."

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now