SCENE 22

2.9K 85 0
                                    

Sudah tiga tahun berlalu Nediya mendirikan rumah tangganya dengan lelaki yang dicintainya itu, Faris. Tidak pernah sedetik pun perasaan cinta Nediya terhadap suaminya itu pudar begitu juga dengan Faris. Tiga tahun itu sungguh bermakna dan mereka bersama-sama mengecapi hidup berumah tangganya itu dengan penuh bahagia. Hasil tiga tahun perkahwinan mereka berdua itu dilengkapi dengan kehadiran seorang anak perempuan yang menjadi penguat kasih sayang mereka berdua yang diberikan nama Qiesha. Kini, Baby Qiesha sudah pun berusia dua tahun.

Sudah lama Nediya tidak berkunjung ke butik suaminya itu. Dia sudah lama juga tidak berjumpa dengan Yani. Jadi, dia mengambil keputusan untuk turun ke butik memandangkan suaminya, Faris masih lagi outstation dan pada masa yang sama dapat berjumpa dengan Yani. Kini, Faris sudah mempunyai cawangan jenama butiknya di beberapa buah negeri. Oleh itu, dia agak sibuk sekarang ini.

Sesampai sahaja di butik tersebut, Yani terus meluru berlari ke arah Nediya sambil cuba mendukung Baby Qiesha. Nediya berpelukan sekejap dengan Yani sambil bertanya khabarnya. Amat rindu pada kawannya seorang ini. Nediya melihat suasana di butik tersebut terkawal dan kelihatan beberapa orang pelanggan sedang mencari pakaian yang sesuai dengan seleranya di samping di bantu oleh beberapa orang pekerja lain.

"So, macam mana khabar kau, Yani?Rindunya aku pada kau. Maaflah, selama ni tak sempat nak datang butik ni. Maklumlah ada budak kecil ni." kata Nediya dalam nada bergurau sambil memegang lengan kecil anaknya itu. Yani yang sedang mendukung Baby Qiesha itu terus menjawab. "Alhamdulillah aku sihat je. Cuma tu la, masih belum jumpa cik abang lagi. Hahaha. Eh muka baby Qiesha ni macam muka bapa dia la. Tang mana rupa kau agaknya?" Yani berkata sambil memerhati wajah anak Nediya itu.

Nediya tergelak kecil sahaja mendengar kata-kata Yani itu. Sedang dia memandang ke arah pintu masuk butik tersebut, dia terkejut melihat seorang sosok wanita yang dikenalinya. Wanita tersebut juga memandangnya dengan reaksi yang terkejut. Dalam hati Nediya berkata. "Itu Laila, isteri Khalif."

Nediya cuba memberanikan diri untuk tampil bereaksi biasa dihadapan Laila. Laila kelihatan mahu berbelanja di butik milik suaminya itu. Mungkin dia mahu membeli pakaian untuk suaminya, Khalif. Laila meluru masuk menghampiri Nediya. "You ni Nediya kan?" Laila berkata. Nediya tidak sangka Laila masih mengingatinya lagi walaupun sudah bertahun-tahun tidak bertemu.

"Yes, saya Nediya. You datang sini nak cari baju ke?" Nediya berkata dalam nada yang sopan. Jika sebelum ini dia bercakap kasar dengan Laila, namun dia sedar yang dia tidak sepatutnya bercakap dalam nada yang biadap dengan wanita itu. Cuma Nediya agak pelik sedikit kalau dulu Laila membiasakan bertutur dengan panggilan saya-awak namun kini sudah bertukar ke you-I . Ah, itu tidak penting. Nediya cepat-cepat menepis hal remeh itu.

"Yes, I nak cari baju kat butik ni. Untuk suami I. U pula buat apa kat sini?" Laila lantas menyoal kembali kepada Nediya. Dalam kepala Nediya beranggapan yang Laila mahu mencari pakaian buat Khalif. Nediya bersyukur bahawa Khalif sudah pun kembali ke pangkuan isterinya. Nediya dengan mempamerkan senyuman di bibirnya terus berkata. "I takde buat apa pun kat sini." balas Nediya ringkas.

Yani yang tadinya khusyuk bermain dengan Baby Qiesha turut membalas. "Puan, sebenarnya butik ni milik suami Nediya. Dia sekarang ni pun dah jadi bos dekat butik ni." jujur Yani. Nediya memandang Yani dengan pandangan yang kosong. Laila menunjukkan air muka yang pelik dengan kata-kata Yani itu tadi. "Suami?" soal Laila.

"Yes, suami Dhia, Encik Faris. And ni anak mereka berdua." kata Yani lagi. Nediya segera menyampuk perbualan Laila dengan Yani tadi. "Jadi Laila, pilih lah baju mana yang sesuai untuk suami awak. Selamat membeli-belah." Laila segera menuju ke bahagian pakaian lelaki itu. Dalam kepalanya sedang memikirkan kata-kata Yani tadi sambil berfikir sesuatu.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now