SCENE 25

3K 68 0
                                    

Faris memandu keretanya untuk menuju pulang ke rumah selepas sahaja kerjanya selesai di butik itu. Sambil dia memandu keretanya tiba-tiba kereta di hadapannya itu berhenti secara tiba-tiba. Faris bersyukur dia sempat membrek keretanya itu. Dalam hatinya berkata. "Kenapa pula dengan kereta depan ni?!."

Beberapa minit, Faris melihat seorang wanita yang sangat cantik keluar daripada kereta tersebut. Faris melihat wajahnya cemas. Tanpa berlengah, Faris juga turun daripada keretanya untuk mengetahui tentang masalah yang dihadapi oleh wanita tersebut.

"Cik, ada masalah ke?" tanya Faris. Wanita tadi terus menjawab dengan nada yang manja. "I tidak tahu pula apa masalah dekat kereta ni. Tiba-tiba saja mati." Faris terpaku mendengar cara wanita tersebut bercakap. Sudah la penampilannya yang agak memukau, ditambah lagi dengan nada percakapan yang sungguh manja. Faris cepat-cepat istigfar dalam hatinya. Dia tidak sepatutnya terpukau dengan wanita tersebut memandangkan dia sudah pun mempunyai isteri dan anak yang cukup sempurna baginya.

"Oh, kalau macam tu cik naik dulu dalam kereta. Saya tolak kereta ni dulu ye. Kita kena ke tepi jalan raya supaya tidak menghalang lalu lintas." kata Faris lagi. Kelihatan beberapa buah kereta di belakang sudah pun memberi hon disebabkan mereka menyekat lalu lintas.

Sesudah Faris menolak kereta wanita tersebut ke tepi jalan raya, Faris segera mengalihkan pula kenderaannya ke tepi jalan raya juga. Faris memeriksa keadaan kereta wanita tersebut. Faris menggelengkan kepala apabila rupa-rupanya kereta tersebut telah kehabisan minyak. "Cik, kereta cik ni dalam keadaan baik. Cuma, minyak sudah hampir kering, cik." kata Faris kepada wanita tersebut.

"Really? Oh my God, I'm sorry susahkan you, I betul-betul tak perasan minyak dah habis rupanya." kata wanita tersebut sambil mengipaskan dirinya dek kerana kepanasan matahari. Faris menjadi serba-salah selepas melihat wanita tersebut seperti mendailkan nombor telefon kenalannya tetapi tidak diangkat.

"Kalau cik tak kisah, saya boleh hantarkan cik dekat tempat yang cik nak tuju dulu. Kereta ni nanti saya call ..... untuk dibawa ke stesen minyak. Selepas diisi nanti saya hantar cik kat sana pula." tawar Faris. Wanita tersebut hanya mengukir senyuman lalu berkata. "Betul ke Encik tak kisah nak hantar saya?" Faris mengangguk. Wanita tersebut berkata lagi. "Thanks sebab sudi bantu saya. Sebagai balasan saya akan belanja Encik makan dekat restoren area sini." tawar wanita tersebut. Faris terus berkata.

"Eh, tak perlu susah-susah cik." Wanita tersebut terus memujuk Faris sambil menunjukkan senyuman menggodanya. Faris seakan tercair dengan pujuk wanita tersebut. Kemudian, Faris membuka pintu keretakepada wanita tersebut untuk membawanya ke restoren berdekatan area mereka berada.

Sampai sahaja mereka berdua di restoren tersebut, pesanan pun dibuat. Faris akui bahawa wanita tersebut seperti bukan wanita dari daerah ini. Wanita tersebut membuka bicara dengan Faris. " Perkenalkan saya Letizia. I'm mix. My dad from KL and my mom from Scotland. I baru je sampai KL ni untuk jumpa daddy I. And you?" Faris terpegun dengan wanita yang bernama Letizia itu. Dalam hatinya terdetik. "Patutlah cantik bukan calang-calang, rupanya mix."

Faris lama mengelamun. Namun, lamunan dia terhenti apabila Letizia mengejutkannya. "Saya Faris. And tinggal area KL ni je. Cantik nama awak. Sama macam orangnya." puji Faris. Letizia tersenyum mendengar pujian Faris itu. "So are you single? Taken? or Married?" soal Letizia lagi.

Faris berdehem lalu berkata. "I'm married and ada seorang anak." Letizia sekali lagi mengukir senyuman. Faris turut membalas senyuman itu. Banyak perkara yang mereka bualkan di dalam restoren tersebut. Faris senang dengan sikap Letizia yang peramah itu begitu juga Letizia.

Beberapa minit berlalu, Faris menghantar Letizia ke stesen minyak dimana kereta Letizia dibawa ke sana itu. Selepas semuanya selesai, Letizia berkata. "Thank you Faris sebab tolong I. Mujur I jumpa dengan orang yang baik macam you nak tolong I tadi. Kalau tidak, apalah nasib I." Faris yang mendengar kata-kata Letizia turut membalas. "My pleasure. I tolong setakat yang I mampu."

"Kalau senang-senang, contact la I dekat number yang I bagi tadi." kata Letizia lagi. Faris hanya menganggukkan kepalanya. Tidak lama selepas itu, dia menuju pulang ke rumahnya. Skrin telefonnya sudah memaparkan beberapa panggilan yang tidak dijawab daripada Nediya. Mungkin Nediya khuatir akan dirinya yang masih belum pulang ke rumah sedangkan hari sudah beransur malam.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now