SCENE 15

3.4K 95 0
                                    

Seusai sahaja Nediya membayar tambang, dia terus keluar daripada teksi tersebut. Hatinya berdebar-debar untuk masuk ke butik tersebut. Agak besar. Nediya melihat beberapa pelanggan masuk ke dalam butik tersebut. Alangkah gembiranya dia sekiranya dia dapat bekerja disitu juga. Tanpa membuang masa, Nediya mengatur langkah ke butik berkenaan.

Setibanya di sana, Nediya terus ke kaunter untuk bertanya sedikit soalan. Sungguh, hatinya sedikit gentar. Ini satu-satunya harapan dia untuk bekerja. Maklumlah di kampung itu bukannya banyak jawatan kosong yang ditawarkan. Sebelum ini pun, Nediya sudah banyak kali direject oleh majikan tempat dia memohon kerja. Kalau boleh, dia tidak mahu meninggalkan kampung ini dan keluar ke ibu kota untuk mencari pekerjaan di sana. Dia bertekad mahu berada di sisi emaknya sahaja.

Tanpa membuang masa, Nediya terus memberi salam. "Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan majikan butik ni?" Nediya berkata sopan. Penjaga kaunter tersebut terus menjawab. " Kat sini kitorang tak panggil majikan sis, kitorang panggil bos. Bos Faris. Macam tu." balas penjaga kaunter tersebut. Nediya mengerutkan dahinya. Naik hairan dengan kata-kata wanita sederhana tinggi itu. Kemudian, suasana kembali sepi.

Penjaga kaunter itu melihat raut muka Nediya yang mula seakan serba-salah lalu cepat-cepat dia berkata. "Hehe. Sorrylah sis. Saya gurau je. Encik Faris belum sampai lagi. Ops, Encik Faris tu pemilik butik ni. Yang awak kata majikan tadi tu. Oh, awak datang sini nak minta kerja ye?" Wanita itu bersuara lagi. Nediya yang dari tadi khusyuk mendengar penerangannya lantas membalas ringkas." Ye. saya datang nak minta kerja."

"Yeay, ada kawan baru." Tidak semena-mena wanita itu bersorak seperti teruja benar mendapat tahu ada orang baru yang bakal bekerja disitu. Nediya betul-betul naik pelik dengan tindakan wanita tersebut. Dalam hatinya beranggapan, mungkin wanita tersebut sejenis yang happy-go-lucky macam tu. Itulah tanggapan pertamanya terhadap wanita sederhana tinggi sederhana pendek itu. Pendek kata, yang sedang-sedang la.

Nediya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dengan segera dia menjawab " Hehehe. Saya baru nak minta kerja, cik. Bukan dah dapat pun." Wanita tadi tersengih sahaja. Tanpa berlengah, Nediya cuba memperkenalkan dirinya kepada wanita tersebut sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. " Saya Nediya. Cik boleh panggil saya Dhia." Wanita tersebut terus menyambut tangan Nediya sambil berkata. " Haha, tak payahlah panggil saya Cik. Nampak macam pelik. Oh, perkenalkan saya Ilyani. Panggil je Yani." Nediya menganggukkan kepalanya sambil melontarkan senyuman kepada wanita yang bernama Yani itu.

"Siapa dah tadi nama? Oh, Dhia, kebiasaannya bos datang lewat sikit. Dalam tengah hari macam tu? Hurm ni baru pukul 10 pagi. Lambat lagi nak tunggu dia datang." kata Yani. Dia betul-betul berharap selepas ini Dhia dapat kerja sama-sama di butik pakaian lelaki tersebut. Sudah lama dia seorang sahaja wanita yang bekerja di situ. Maklumlah butik pakaian lelaki mestilah hampir semua lelaki menjadi staf disitu.

Nediya mengangguk faham lalu berkata. "Oh, kalau macam tu nanti tengah hari sikit saya datang balik."

"Laa, abistu mahu kemana dulu?" Yani menyoal. Nediya segera membalas. "Saya ronda-ronda area sini dulu sementara menunggu bos datang balik."

"Eh, buat apa nak ronda letih kan kaki tu. Tunggu la kat sini. Kita borak-borak dulu. Keringkan gusi, huhuhu" Yani tampil berkata. Nediya hanya tersenyum lantas menganggukkan kepalanya.

Kau Pemusnah CintaWhere stories live. Discover now